Saturday, February 16, 2013

Green fingers or black thumb?


Masa kecik dulu, I remember... the first plant I learnt to plant/grow was 'pokok manik'. Pokoknya paling tinggi pun setinggi satu jari. Daunnya hijau, kecik-kecik macam embun. Tok ajar aku masukkan dalam pasu, gemburkan tanah...dan voila! Pokok manik aku subur malar hijau. Aicehhh....

Aku tak tau la pulak nama tu betul ke tak. Tapi aku rasa tu cuma nama samaran atau rekaan Tok kot. Sebab bila aku google 'pokok manik'... keluar gambar ni...

 Pokok-pokok yang dibuat (crafts) dengan menggunakan beads/manik. Hahaha.

 Anyway, AlFatihah buat Allahyarhamah Tok yang aku rindui.

 
Namun begitu, agaknya tangan aku ni 'panas' kot, I hardly grow plants ever since. Keeping them green is almost impossible.

Sekarang ni... Dah dok kat negara orang, kalau setakat nak masak tomyam kena beli serai, nak masak asam pedas, kena beli daun cenehom (read: kesum)... rasa jenuh la jugak. Nak gunanya sikit je pun. Tapi kalau 3 batang serai dah sama dengan RM3.50, harus la rasa macam nak titik dengan daun-daun serai tu sekali untuk maximize betul-betul penggunaannya. Dan kunyah sekali serai dalam tomyam tu. Hahaha.

Tu belum lagi nak beli daun kari, daun limau untuk tomyam, bunga kantan untuk laksa, dan daun-daun sampingan untuk masakan, in which I always cheated, tak gunakan pun. To me, kalo terer masak, bahan tak cukup pun boleh jadi sedap. Kennnn? Hehehe

Recently, I taught Lil Adam and Lil Adib to plant the easiest plant. 
Onion bulbs!

Haaaa..yang ni adalah pokok kedua yang aku belajar tanam seumur hidup aku. Masa tu aku kat Tadika KeMas. So, aku dah tau dah pokok ni confirm senang tumbuh. 
Nak lagi best, bawang memang murah kat Adelaide ni. So, bila aku tengok ada bawang yang dah bertunas sikit atau dah nak lembik...aku guna la untuk projek ni.

Masa menanam, aku sibuk pegang tanah, so takde kuasa la nak snap gambar.
Anyway, ni gambar dua beradik tu dok excited menyiram onion bulbs tu.



 Tanam dalam IKEA punya watering can, you. Kellas kau Jah.

 


 After a few weeks of ignorance, and hanya-bila-teringat watering sessions... Ta-daaa!!!



p/s: Yang putih-putih brown tu adalah kulit telur yang sengaja aku suruh Lil Adam crush dan tabur as a source of natural calcium carbonate for the plants.
 

 Lil Adam siap pilih kasih lagi nak bergambar dengan daun bawang yang paling maju tumbesarannya. 
Time ni Lil Adib tengah sibuk hadap In the Night Garden kat dalam rumah, sebab tu takde gambar dia.
 



Dan lagi satu...
Ni aku tak patut riak lagi, takut tak menjadi karang... Tapi kira boleh la menyelit jugak kat entry ni...

Pokok kesum!!!
Ni adalah hasil semaian/tanaman MrHubby, bukan aku. Hehehe


Tanam dalam Corning gitu!
Kellas tak mak, noks?!

6 comments:

  1. kat sana kena tanam masa Spring spy boleh guna masa SUmmer kan. Dulu kami ada tanam jugak tp terlambat. Serai naik tp masa winter terus kejung. Timun pulak tak sempat nak mmembesar. tomato je boleh rasa sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Ni masa summer baru terhegeh2 tanam. Kira boleh la kot kan?

      Delete
  2. Tanam ja dlm corelle baru hang tu. Hahaha

    ReplyDelete
  3. masya Allah, hebat pokok daun kesum tu duk dlm jug corningware. tp betul kata transformed housewife, daunkesum ni cerewet sket. nnt winter kena bwk masuk rumah kalo x most likely x survive

    ReplyDelete
  4. Waahh terer abg ipaq aku! Leh mkn asam pedas Johor la hari2...hehehe

    ReplyDelete
  5. comelnya..Salam perkenalan.. jom follow blog saya balik..:)

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat