Friday, February 8, 2013

Makan dalam pinggan bekas b*bi

Biasa la..nak dekat-dekat Raya Cina ni, maybe ada yang nak berziarah ke rumah kawan-kawan non-Muslim kan? Or in my case, tak kira festive season pun... aku maybe berkunjung ke rumah colleagues atau restoran yang ada hidang b*bi, cuma aku order seafood atau go vegetarian la kan.

However, we can't avoid the fact that pinggan/mangkuk yang digunakan tu mungkin pernah diletakkan bacon/pork atau yang se-geng dengannya. Takkan la nak bawak disposable plates/bowls/cutleries sendiri pulak kenn?. 




So, maybe ada yang wonder... boleh ke?
Takpe ke makan dalam bekas yang pernah hidang b*bi, tapi tak samak dengan air mutlak 7kali, termasuk 1 kali air tanah?

Kalau setakat gelas Heineken atau Carlsberg (pernah diisi beer) yang dah dicuci dan diisi jus atau Coke (macam kat tempat karaoke tu), aku dah tau memang boleh- sebab itu bukan yang 'ain' (nyata).


Aku bukan la cas-Mufti Adelaide *cough* kennn? Tapi sekadar berkongsi ilmu untuk kes yang kat atas tu.
Ni aku dapat daripada FikrahHalaqah.
Founder nye: Ustaz Muhammad Fathullah Al-Haq bin Muhd Asni, who is now studying at Yarmouk University of Jordan in a Bachelor of Syaria & Islamic Studies.


Soalan:
Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya, apakah hukum kita pergi ke rumah rakan non-Muslim dan kita makan makanannya. Kita tahu bahawa dia memberi kita makanan yang halal, namun pinggan yang dia guna, atau bekas yang dia masak mesti ada kesan daging khinzir. Kerana pasti dia menggunakan bekas dan pinggan yang sama untuk hidangan khinzir sebelum ini. Sedangkan dia tidak membasuhnya dengan air tanah, hanya membasuhnya dengan air biasa sahaja.

Saya keliru dengan perkara ini. Ada orang kata bahawa yang kena basuh dengan air tanah hanya jilatan anjing sahaja. Jika terkena pada bulu anjing, dan badannya tidak perlu samak. Benarkan ustaz?

 

Jawapan: 

Wasalam. Terima kasih di atas soalan yang baik. Islam adalah agama yang mudah dan meraikan manusia. Sebab itu apabila kita ingin mengira perkara yang haram, teramatlah sedikit berbanding perkara yang halal. Hal ini kerana, perkara yang haram pasti akan terikat dengan dalil. Jika ada dalil yang jelas mengenai pengharamannya, barulah perkara itu menjadi haram. Jika tidak dapat buktikan perkara itu dari sudut syariat bahawa perkara itu haram, maka ia kekal dengan keharusannya.

1.Pergi ziarah ke rumah kawan non-Muslim yang baik adalah satu perkara yang sangat terpuji di dalam Islam. Ini kerana, kita dapat berdakwah dan dapat menunjukkan akhlak Islam kepada mereka sedikit demi sedikit mengikut kreativiti kita. Namun kita tidak boleh makan hidangan yang haram jika mereka hidangkan kepada kita seperti minuman arak, daging khinzir dan lain-lain.

Namun, apabila mereka meletakkan hidangan yang halal pada bekas-bekas yang sebelum ini mereka letaknya dengan daging khinzir, maka ia tidak mengapa untuk kita makan hidangannya walaupun mereka tidak membasuhnya dengan air tanah.
Hal ini kerana, Imam Nawawi menyebut di dalam kitab syarahnya yang bernama al-Majmu’, “Beliau menyebut bahawa yang paling tepat dalam hal ini ialah, khinzir atau dagingnya apabila disentuh oleh orang Islam, maka tidak perlu membasuhnya dengan air tanah. Cukup memadai membasuhnya dengan air mutlak sekali sahaja.” (al-Majmu’, 2/525)

Walaupun Imam Syafie mengatakan bahawa apabila terkena khinzir, wajib membasuhnya dengan air tanah. Namun Imam Nawawi membantah fatwa Imam Syafie, kerana Imam Syafie hanya mengkiaskan perkara tersebut dengan jilatan anjing. Padahal tiada dalil yang tepat daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan bahawa apabila terkena khinzir, wajib basuh dengan air tanah. Maka Imam Nawawi dalam hal ini memilih pendapat yang mengatakan apabila terkena khinzir, basuh sahaja seperti biasa tanpa dengan air tanah.

Justeru, jika saudara berada di rumah non-Muslim yang menghidangkan makanan yang mungkin sebelum ini mereka menghidangkan daging khinzir. Tidak mengapa untuk saudara menjamahnya, kerana bekas itu tidak disyaratkan pun untuk membasuhnya dengan air tanah. Hal ini sama juga apabila kita berada di hotel atau sebagainya.

2. Ya benar, ungkapan itu juga adalah yang dipilih oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’. Beliau mengatakan, “Yang perlu dibasuh dengan air tanah jika kena jilatan anjing sahaja, namun jika terkena dengan bulunya, darahnya, najisnya, badannya, atau lain-lain kecuali jilatan, maka tidak perlu basuhnya dengan air tanah. Ini juga adalah pendapat Imam ar-Rafi’e dan al-Mutawalli.” (al-Majmu’, 2/525-526)

Imam Nawawi memilih pendapat ini kerana ia kuat dari sudut dalilnya. Di dalam hadis Nabi SAW yang berbunyi, “Jika kena jilatan anjing pada bekas kamu, maka basuhlah ia dengan air tujuh kali, salah satunya dengan air tanah.” (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis tersebut hanya menyebut jilatan anjing sahaja, tidak pula menyebut pada perkara yang lain. Wallahu A’lam

8 comments:

  1. Hi isabelle,

    harini baru berani nak komen...hehehhe....

    memang setuju dengan pandangan yg dikemukakan....

    Sebab sebenarnya Islam itu mudah, tetapi ramai di kalangan kita yang membuatkan Islam itu sukar....

    Bayangkan kalau bekas yang pernah hidang hidangan babi pon kena disamak dulu, tentulah huru-hara hidup Isabelle (yang study di obersea) dan juga hidup saya (apabila di rumah mertua).....

    Tetapi saya tak nafikan isu ni sensitif, bagi kebanyakan orang yang tidak faham. Kebanyakannya tetap berpegang pada pandangan, apa-apa kaitan dengan babi/anjing, kena samak.......untuk orang2 sebegini, kita senyum ajer lah......sebab kita cakap pon bukan depa nak dengar kan....

    ReplyDelete
  2. oo..baru ku tau..sy penah ke rumah kwn non muslim,situasi camni jgk..dia buat bbq tp sampai ke sudah tak mkn..just mkn jajan dan minum air kotak je..padahal dia duk ulang2 bgtau dia tak mkn pork..sy waswas masa tu..hurm..

    ReplyDelete
  3. bagus ni, aku ni banyak jemputan CNY nanti...TQ tau..

    lil adam sihat tak?

    ReplyDelete
  4. السلم عليكم ورحمة الله

    Ya, ramai Ulama berselisih pendapat tentang perkara ini dan saya lebih cenderung kepada lebih berhati-hati..

    ReplyDelete
  5. saya perhatikan ramai yang tak tahu apa maksud samak. samak maknanya membasuh, membersih, menyuci kulit haiwan selain anjing dan babi.

    Contoh nak amik kulit harimau buat tudung.
    Cara-cara samak ialah..
    kulit harimau tu disiat dan dicukur bulu yang ada pada kulit kemudian direndam dengan bahan peluntur untuk memisahkan segala lendir, lemak dan apa-apa yang masih melekat pada kulit harimau. Lepas rendam, angkat dan gosok/sental dengan berus untuk membersihkannya. Keringkan dan boleh guna kulit harimau tu buat tudung.

    Kalau basuh tempat yang terkena najis berat seperti anjing dan babi itu tak dipanggil samak OK.

    ReplyDelete
  6. terima kasih banyak2 atas panduan ni... sebab byk membantu saya.. jadi sekarang tak perlu was was bab makan makanan kawan2 kat overseas ni.. sian jugak tengok dia org beriya2 masak sampai jaga betul2 tak nak campur dgn pork tapi kita risau pada benda2 tak perlu risau macam pinggan mangkuk semua tuh... alhamdullilah ....sekarang saya boleh la makan bingka pisang member non muslim baru bagi pagi tadi :D jazakillah sekali lagi ye...

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat