Wednesday, August 31, 2011

Eid mubarak

Bersiaran dari Endau, Mersing (PIL's place).

Salam aidilfitri from Isabelle, Lil Adam, SAM (mrhubby) and Lil Adam...



May this is a meaningful eid full of blessings to all my readers


posted from Bloggeroid

Monday, August 29, 2011

No more

Berlalulah sudah Ramadhan
sebulan berpuasaaaa...
Macam-macam kita boleh makan
bukan setakat kurma...


Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Isabelle, SAM, Lil Adam & Lil Adib.

Saturday, August 27, 2011

Lil Adam's own bento (food art)

Influenced by what he saw on the telly, he asked me to make a 'polar bear'... as shown on BabyTV.

So this morning, I prepared and helped him made....err...




Does it look like a polar bear??? :P




We added some scrambled eggs and he decorated it into God-knows-what.


But hey, it looks yummy kan?



And another one was a tortoise (iyelah tu)...


Ntahapahapalah anak bujang aku ni

posted from Bloggeroid

Friday, August 26, 2011

Semua dah distracted

Kat FB, 9 daripada 10 status updates adalah tentang raya.
Tentang balik kampung. Tentang baju raya atau kuih raya pun dah kurang. Orang dah tak blog pasal PaRam. Nampak sangat raya dah dekat.

Kalo terserempak orang atau chat kat FB or twitter.. tipikal questions adalah... balik ke mana, hari apa bertolak.

Siang tadi kat fac, lengang selengang-lengangnya. By noon, aku tengok parking bay was not full as usual.

Cuma aku je dok buat derk lagi.

This year we do not plan to celebrate raya sangat. Hence the observation.

Yang setia keje sampai arini pun aku bet kepala dah ke mana. Badan je kat ofis.


*blur.nape mama & ayah x kalut-kalut nak beraya?*

Btw, Munira Hardy (camna nak buat hyperlink kalo blog dr hp ye?) baru je selamat melahirkan baby girl pukul 2pm+ tadi. Congrats!!!

posted from Bloggeroid

Android users are smart- (non-Androiders sila makan hati)




Thursday, August 25, 2011

Kenapa tukar duit raya



Bila baca pasal Elissmie kena menunggu 2jam, baru aku tau... jenuh jugak rupanya orang tukar duit raya. Aku takde pengalaman lagi rasanya.

Kitorang senang je, selalu berkirim dengan SIL je yang keje kat Bank Islam. Biasanya K.Mie akan call/sms tanya how much nak tukar, duit berapa hengget berapa keping. Then, kitorang bayar la masa nak collect duit tu. Atau tolak siap-siap duit bil dia yang under nama aku.

Kalo bank kehabisan duit tukaran, K.Mie akan menggunakan kuasa veto dia sebagai manager untuk buka peti besi dan...... okay, aku tipu. Cuma part manager tu je yang betul. Eh, ke K.Mie Assistant Manager ekk? Ahh..takpe la. Mana tau aku bodek-bodek ni tetiba leh dapat duit raya nanti. Hahaha



Sebelum ber-SILkan orang keje bank, aku rasa aku siap-siap kumpul sikit-sikit duit baru menjelang posa/raya. Alaaa... anak-anak sedara side aku berapa kerat je. Masa tu baru ada 4orang.
Kalo aku nak tambah untuk adik-adik, lagi 2 orang je.


Tapi kan... aku wonder la. Nape la orang kita beria benau nak duit keras dan baru dalam ang pow/qi pow/lam pow tu.
Nak kata duit lembik yang dah lusuh, ada bau ikan tu...tak best? Mengada la!
Duit tu laku jugak kan? Kan ada tulis... WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI...bla...bla...

Esok-esok abis musim raya, duit tu bukan kita sayang-nak-guna pun. Guna jugak. Bukan kita simpan bawah bantal pun.

Haa... di sini aku nak menyeru kengkawan sekalian buat kebajikan.
Apa kata untuk kengkawan blogger kita yang lambat lagi kita nak jumpa lepas raya atau maybe tak dapat jumpa sebab jauh, kita 'bagi' duit raya dengan meng'klik iklan-iklan Nuffnang tu. Hahaha. Kan dapat pahala...

Kita mulakan dengan iklan-iklan di blog ini.
Sila...sila... Jangan malu-malu. Hehehe.
Bernas kan cadangan aku?



Wednesday, August 24, 2011

Baju raya dan tailor yang *tetttttttttttttttttttttttt*



Dah makin ramai orang suka pakai sedondon satu keluarga. Ada yang pilih tema merah cili, hijau pucuk pisang, biru laut. Cuma tahun ni kurang la kot yang nak pilih kaler kuning bersih.

Ada jugak yang suka melarat-larat bukan setakat tema untuk baju, tapi dengan langsir, sofa segala pun nak ikut kaler tema.
Konon la sangat beli kain sutera Korea, last-last serupa boria ada la. Har har har

gambar contoh je.ni bukan baju raya aku


Korang pakai kaler apa this year?

Tahun ni, kitorang sedonden je... bukan sedondon.
Aku takde tempah baju raya pun. Kain memang banyak dok ada, tapi tailor yang semenggah memang susah nak cari.
Lagipun, kos tempah baju kat bandar sekarang ni dah sama dengan kos aku beli baju siap. Kalau tak pun, maybe tambah duit sikit lagi, dah boleh dapat baju siap. Senang, tak payah tunggu. Lepas bayar, boleh masuk fitting room, sarungkan baju tu kat badan dan...voila!... dah boleh terus pegi beraya.


Aku ni bukan la jenis cerewet sangat, jadi takde masalah la nak beli baju siap.
Saiz either S atau M.
Setakat fabrik tu, mana yang aku berkenan, aku hangkut je la.

Pernah aku hantar kat tailor yang ada pertalian. Niat nak membantu ekonomi orang la kekdahnye.
  • Dah la siap lambat.
  • Baju gedoboh macam MrHubby boleh pakai (okay, aku exaggerate di situ)...sedangkan aku dah bagi baju contoh.
  • Kain ada carik sikit (walaupun kat bahagian yang tak kelihatan dan dia dah tampal).
  • Dah la dua pasang.
Nasib baik kain murah je aku beli. Fine. That was the first and the last. Baju tu aku tak pakai sampai hari ni.


Pernah aku hantar kat tailor yang so-called-bagus-dan-customer-ramai, tapi sudahnya pesak baju aku berkeropok kembung-kembung macam paktongko (cakoi) digoreng dalam minyak panas.
  • Baju buruk.
  • Hati sakit.
  • Dah la kena bayar mahal.
  • Kena hantar alter balik.
  • Kena tunggu baju siap alter.
  • Kena bayar lagi sekali (kalo tak kena gaya).
  • By the time baju siap, aku dah tak lalu nak pakai baju tu.


Jadi sekarang, aku dah tak susah-payah mendesign dan menempah baju. Tak payah feeling Lisa Surihani atau Neelofa dengan baju raya 7,8 pasang. MrHubby pun dah tak heran sangat dengan baju raya.
Tuhan pun suruh pakai baju yang bersih masa raya, bukan baju baru. Hihihi.


Cuma aku tingat sorang minah-yang-tak-sudah-sudah-nak-compete-tak-bertempat-dengan-aku. Jaki sebab nak buat macam aku (dulu la), baju raya lain daripada biasa. Sanggup dia perap kain untuk tempah baju semata-mata dia tak nak hantar kat tailor yang aku kenal. Sebab dia tak nak aku tau fesyen apa yang dia tempah.
Hahaha. Memang budus kan? Dia ingat aku ada banyak masa nak pi spy tengok baju kepam dia tu buat fesyen apa? Puh-lease la. U are not even in my league!




WW-sama tak?






Tuesday, August 23, 2011

Aku pada pandangan mata Lil Adam T-T


Often that Lil Adam compliments each of us.
Katanya Ayah is handsome, Adam is handsome like Ayah. Mama is beautiful, Adik... comel.

Tapi there are times when aku gedix terlebih, aku tanya kat dia "Am I beautiful?"
Biasanya dia akan pandang muka aku dulu... siap pegang dagu/muka aku sebelum bagi jawapan.

Pernah dia jawab "No, Mama is not beautiful."

Huhu. Kejam kan?

Tapi bila lama-lama aku observe, rupanya 'beautiful' dia tu hanya bila dia tengok aku lengkap ber-eye shadow. Hahaha.
Maksudnya kalo muka aku dah super-selekeh macam maid-tak-mandi-lepas-bersilat-kat dapur, confirm jawapan dia "Mama is not beautiful."

Sedih kan?




Last week, masa aku dok belek-belek postur depan cermin, tetiba Lil Adam datang belakang aku dan cuit-cuit badan aku.

Lil Adam: Eh, where's Mama's baju?

Mama: *buat muka sedih* Hmmm... I have no baju. Poor Mama.

Lil Adam: Come on, Mama. I show u. *tarik tangan aku ke bilik baju*

#ye, satu bilik kat rumah tu dikhaskan utk lemari baju dan hanging rack yang sesak bergantungan baju-baju aku & MrHubby. Belum masuk lemari baju lagi satu kat master bedroom (baju aku je)

Lil Adam: Haaa.. this one, Mama.

Mama: But I don't wanna wear this one. This blouse is not nice.

Lil Adam: Blouse? (*first time dengar). This blouse....bla-bla...many...lots....

Mama: *gulp* (Ni nak perli aku le ni)


Kuih raya -buat ke tunjuk?

Quite a number of bloggers gak aku tengok rajin buat biskut raya tahun ni. Aku ada gak niat nak buat. Tapi kalo sekejap-sekejap Lil Adib nak panjat aku mintak bonbon, niat tinggal niat je la.

Masa terboyot-boyot last year rajin pulak buat. Siap biskut Ultraman bagai.
Bajet rajin semacam nak dapat babygirl la kunun (sedangkan masa tu aku dah tau nak dapat babyboy).hahaha

Maybe sebab aku tolong jual biskut raya tahun ni. Tahun-tahun lepas aku tolong jual tat nenas (gulung).

Tahun ni aku beralih jual macam-macam biskut pulak.

Yang julung-julung kali ditemui- agar-agar kering!!! Hoyeh!
*sila buat wave*



Biskut gajus. Adapun gajus bukanlah salah satu drp ingredientsnya. Cuma biji gajus je (cashew nuts).

Biskut aiskrim comel..mesti budak-budak suka.


Yang ni kalo ada kat rumah... kelasss kau, Jah.
Badam kismis hitam. Dalam mini souffle cup gitu.



Biskut badam coklat.

Kuih bakar/bangkit. Aku ni memang tukang bawak balik kuih ni untuk MIL.



Yang bentuk cinta-berbedak-gebu ni, biskut oat.
....dan banyak lagi la. Aku yang malas nak snap gambar.

Best kan?
Warna-warni gitu.

Hmmm... menengok kepada sejarah tetamu di rumah aku, tahun ni aku tak sakan berkuih raya la kot. Hahaha.

Apa pun, kalo aku ke rumah orang dan jumpa tiga jenis biskut ni, confirm aku makan bersungguh-sungguh-tanpa-segan-silu-sampai-kena-topup-balang.
  • Cornflakes madu
  • Makmur gebu, esp. yang inti kurma
  • Almond London (eh, ke London Almond ehh?)

So, kalo korang taknak biskut korang abis, bila nampak aku datang... cepat-cepat sorokkan kuih raya yang 3 jenis ni.
Namun harus diingat, aku ni jenis omnivor... selain daripada 3 jenis tu pun, aku makan jugak. Har har har.

Monday, August 22, 2011

Sa-tegok sahaja ta' apa


Bahahahaha. Sunggoh kelasik iklan ini.

Aku wonder la...nengok ke gambar/pakaiannye, macam jaman P.Romli dulu. Ahhh.. tapi apa nak pelik, jaman tu dulu mana orang follow sangat ajaran Islam.


Tengok iklan ni, aku tingat MIL aku.
That was waaay ago, dalam tahun 2007 kalo tak silap. She came to our house for a few days, and she found a similar bottle in our fridge- with cork and aluminum foil.

So, one day she came to my room... asking me

"Ni, Is.. Mak nak tanya sikit ni. Botol yang dalam peti (ais) tu botol arak ke?"

Aku: Hahahahaha. Mak ni, lawak la. Hahahaha

MIL: Dah tu, mende apa?

Aku: Mak rasa apa? Arak la tu. *buat muka serius*

MIL: Kau biar betul, Is.

Aku: Itu sparkling water la, Mak. Macam air gas, tapi rasa dia pelik. Ri (MrHubby) dapat dalam hamper. Sebab tak sedap bila dah try tu, tu yang dok biar je dalam fridge.

MIL: Ooo...itu la. Aku dok belek tengok. Aku dok fikir... Nak kata korang ni minum arak, tak menasabah. Aku tengok dok semayang tonggang-tonggek diorang ni (aku & MrHubby).

Aku: Hahahaha. Mak... mak...



Lagi artis Melayu mesra anjing

Mula-mula dulu, kecoh pasal Jee dan anak-anak dia main anjing.
Lepas tu Sharifah Sofia.
Then, dalam 2minggu lepas, kawan aku nampak sorang artis lama pompuan (zaman AR Badul) bermesra dengan anjing dalam keta, dekat-dekat airport. Bila kawan aku perhati, dia cepat-cepat cover.



Kali ni pulak, turn Nanu Baharuddin.

Amboi...mesranyaaa.....

Ni kekdahnye sebab takde laki nak dipeluk time tido la kot.

Tunggu la. Nanti mesti keluar jawapan standard drp dia "Saya pegang masa bulu anjing tu kering. Tak pe kan?"


Ini la yang orang kata. Kalau bodoh, jangan tayang kebodohan kat orang. Kalau jahil, jangan sampai takboleh diajar.




Justin Bubur


Artis-artis kita setakat jual kek lapis, popia, kuih raya... katanya untuk mendekati peminat.

Tapi apalah sangat dibandingkan dengan Justin Bieber ni...



Aku bet ramai peminat budak-rambut-tutup-dahi ni yang berharap dapat beli dan rasa bubur ni sebab dia yang masak.
Nak tau nape? Sebab diorang mesti percaya Justin Bieber yang masak. Har har har


Sunday, August 21, 2011

Status FB pada bulan puasa



Bulan Ramadhan ni, amongst the fav. status updates are about food.

Contohnya:
  • Baru balik dari PaRam-roti jala, kebab daging dengan air kathira.
  • Ayam percik, air tebu dan puding mempelam ala tropika for berbuka. Nyum nyum

Yang jenis suka check-in, maybe sepuluh kali sekejap update...

  • Is*belle has just checked in at Carrefour- beli bahan untuk buat kuih raya!
  • Is*belle has just checked in at Hotel Grand Berbintang-bintang for iftar.


Come Isyak, ada gak yang post status kat FB macam ni...
Is*belle has just checked in at Surau/Masjid sekian-sekian.

Memang takde salah pun.
Sometimes, we just wanna share with our friends- this is what I'm doing.

Cuma, untuk muhasabah...
Jangan sampai terdetik rasa riak di hati "Aku solat tarawih ni weyyy"


Kang baik-baik nak kaut pahala Ramadhan, pahala x dapat...dosa pulak dapat.
Sekadar peringatan, untuk diri sendiri juga.


Saturday, August 20, 2011

Why we shouldn't buy iPads :)


Dear MrHubby,

Setelah menelek fakta-fakta ni, Sayang rasa tak jadi la nak belikan iPad untuk Abang. Hehehe. Percaya tak? Percaya la...percaya la....



Friday, August 19, 2011

Gadis kampung takde yang blonde-Nora Danish



"I dont like my hair black but wut to do. Gadis kampung takde yg blondeyyy...
Masih shoot utk Zikir Buat Dhia. Thank God for another day. Salam Nuzul Quran to all my Muslim friends :)"

gadis kampung nora danish

Gitu le kata Nora Danish. Apa pendapat korang?


I'M NOT OFFENDED BY ALL THE DUMB BLONDE JOKES
BECAUSE I KNOW I'M NOT DUMB
AND I ALSO KNOW THAT I'M NOT BLONDE


MrHubby's lousy birthday celebration


Since yesterday was MrHubby's birthday, aku ajak berbuka kat luar. Try Buffet Steamboat & BBQ kat D'Kayangan, Sri Acapella Serviced Apartment. Aku baca review, ada orang kata ok.
Lagipun, nak book yang jauh-jauh kang tak sempat lak nak menempuh jam segala. Dah la penat balik dari keje.

*muka berpura-pura riang*


I booked for four pax. And I mentioned, 2 kids... minta tempat yang sesuai untuk park the stroller. Sekali bila aku datang, dia bagi aku meja kat tepi dinding. dengan 2 kerusi (kau ingat anak aku takde bontot?). Maksudnya ada 3 sisi je, dan salah satu drpnya tersembul sikit tong gas. Dah la jauh dari kipas/aircond.


Sebenarnya aku dah nak jadi Padayappa dah, but bcoz I don't want to ruin MrHubby's birthday, aku sabar je.

Untuk men'divert' kemarahan, apa lagi... angkut la makanan banyak-banyak.


The steamboat. Segala mak nenek aku rendam.
Ketam, udang, lala, lokan, kupang (mati la kena gout!). Cuma bila tengok ayam, aku fikir "Apa kelassss makan ayam. Hahaha" *berlagak


Lil Adam and me fooling around tunggu azan. Lil Adib terlena dalam kepanasan tu. Kesian dia.


Desserts- pusingan pertama. Sebenarnya aku amik 2,3 kali gak... sebab nak compensate ketidakpuasan hati aku makan main course.


Aiskrim pun ada, tapi kena kaut dengan senduk!!! Duh...


Makan tak puas.

Out of 10 (10 ye, bukan 5)...aku rate buffet ni...

Service: 6
Dari time aku booking, kena cakap dengan Bangla yang macam-tak-faham-cakap-aku.
Bila sampai, nak identify pekerja pun susah (tak semua pakai uniform). Tanya meja aku, blur-blur. Sekali dapat meja, dia tulis untuk 2 orang. Grrr...


Ambience/ comfort: 5
Crowded. I hate crowds.
Fine, aku masih boleh terima... tapi kalo dah menggelupur panas tu, takde ampun bagimu derrr.


Food: 7
Variety boleh tahan. Presentation ada yang ok, ada yang tak.
Ada balls yang macam tak fresh dah (rasa masam sikit). Tobat la... aku tak nak kena bowel infection macam masa pi JB aritu.


Facility untuk solat: 3
*MrHubby je pegi, aku sanggup balik solat kat rumah. Katanya 10 jemaah pun tak muat, nak wuduk entah kat mana hala.


Price: 8
RM 28.90 per pax. Mana nak dapat kan?
RM61.30 for two adults (including service charge).

Total: 5

Conclusion:
Not recommended untuk orang yang tengah bercinta (boleh kena reject terus), family with anak kecik (like us), new business clients (confirm tak dapat job).
Tapi sesuai untuk orang yang lapar giler. Hehehe


No fancy celebration this year, atas sebab-sebab tertentu.
No treasure hunt.

Malam balik dah penat, aku tido awal. So, masa sahur baru keluarkan birthday ice cream (asyik birthday cake je)... Muka MrHubby pun ngantuk jer...


Anyway, happy birthday, Cinta. Nanti kita pi makan kat tempat lain pulak la ye. Tapi jangan lupa kita singgah Poh Kong atau Wah Chan ye. Hehehehe.
Mata kuar love-love tak?




Thursday, August 18, 2011

Buffet Ramadhan @ Bangkok House, De Palma


Semalam, sempena menjelangnya birthday MrHubby, dia belanja kitorang berbuka kat Bangkok. Hmmm... jauh kan?
Bangkok House yang kat De Palma Section 19 tu la.

RM45 je. Kids katanya bayar 50%, tapi Lil Adam free je.


The spread of food was good. Okay la kalo aku yang perut tong ni pun boleh kenyang.


Tapi sebab sambil kelek Lil Adib, tak dapat la snap gambar sakan. Ni pun amik gambar dua pinggan je.

Yang lagi 2,3 pinggan dah selamat masuk perut, baru tingat. Hehehe.

Segala pulut mempelam, ABC yang aku balun dah tak sempat nak amik gambar. Korang nak tengok, pegi la makan situ. Tak mahal pun...

Yang bestnya sebab De Palma ni kan sekarang berlandaskan syariah gitu, jadi nak solat pun convenient. Takde la dah susah payah posa sehari kaut pahala, tau-tau kaut dosa sebab tak solat sebab tersandar kekenyangan.


p/s:
Jangan tanya nape birthday MrHubby, tapi dia yang belanja. Aku memang mengada. Birthday dia pun, aku yang sibuk-sibuk dapat hadiah..Huahuahua


Low income??? Apa ni oii?


Today is MrHubby's birthday.
Happy birthday, Cinta :)
Mmmmuahhh... (sila jangan muntah, kang batal posa korang).


Ni aku gatal meng-GoogleTranslate-kan ayat aku.
SAFE BIRTHDAY.
MAY EXTEND THE AGE AND LOW INCOME.

Hahaha... sapa yang mau low income? Bunguks la GT ni.

Anyway, sempena hari special ni, aku nak sahut seruan Jiji, dengan menjawab soalan-soalan kat bawah ni...



How old is he? He's 32 today.


How long did you date? Flirting 3mths, cinta-cinta 1.5 months, long distance 1.5 years.


Who eats more? Orang takkan percaya kalo aku ngaku aku. So, kita tuduh dia je la. Ekekekeke


Who said “I love you” first?. I did. Ye, aku memang gatai.


Who is taller? Him la. Baru la rasa protected.


Who sings better? Me! Me! (#perasan-takdak-sapa-dah). Tu la, masa bercinta dulu, suara tak sedap pun kata "dengkuranmu umpama muzik di hatiku". Anak dah dua, nyanyi macam Anuar Zain pun (bila pulak?) aku kata out of tune. Hahaha. Keji


Who is smarter? Me! Me! (#perasan-tak-abis-lagi-ke-weyy) But most of the time, perkara-perkara yang melibatkan application (real life situation), dia gak yang terer. Aku tunjuk terer je. Hehe. Nasib baik sama bidang.


Whose temper is worse? ME? WHAT??? WHO SAID THAT? ooops...kantoi (#dan-dan-buat-suara-ayu-sambil-tangan-ala-nasyid)


Who does the laundry? Together-gether. Baru la cinta.


Who does the dishes? I do, but he does help occassionally (sampai MIL pelik, sebab he was known for not helping in the kitchen at all). U see, u see... *batting eyelids


Who sleeps on the right side of the bed? It used to be him. Tapi sekarang aku sudah bertukar teman sekatil. Kadang Lil Adam, kadang Lil Adib. *sigh*


Who cooks dinner? Me most of the time. Tapi yang jarang masak tu la yang jadi special. (Errr... Apa? Cinta nak sesuatu yang special?)


Who cooks better? MEEE! *tak-boleh-blah-sedangkan-kekadang-tu-aku-masak-tak-jadi-pun*


Who drives when you are together? Him, bcoz he doesn't have the bonbons to soothe Lil Adib. Haha. Pernah sekali dua je aku drive when he's in the car.


Who is more stubborn? *dengan muka penuh konfiden* Me!!!


Who kissed who first? Me *blushing*


Who is the first to admit when they are wrong? Dia la, bcoz I'm never wrong- (see above, I’m stubborn).


Whose parents do you see the most? Sama je. Setahun dua kali (on average) each side.


Who proposed? Tau la aku gatal. Tapi bab propose, dia la wei...


Who is more sensitive? Aku. Mengada!


Who has more friends? Dia kot. I only keep friends whom I am comfortable with.


Who has more siblings? Sama je. 5.


Who wears the pants in the family? No need to talk about the best-paid jobs, but he takes control of almost everything. Aku nganga je. Hehe


Who makes all the decisions? Dia. Sebab aku tak reti dan terhegeh-hegeh buat decision (dan juga sebab aku malas pikir)


Nuffnang ads

My Heartbeat