Tuesday, August 23, 2011

Kuih raya -buat ke tunjuk?

Quite a number of bloggers gak aku tengok rajin buat biskut raya tahun ni. Aku ada gak niat nak buat. Tapi kalo sekejap-sekejap Lil Adib nak panjat aku mintak bonbon, niat tinggal niat je la.

Masa terboyot-boyot last year rajin pulak buat. Siap biskut Ultraman bagai.
Bajet rajin semacam nak dapat babygirl la kunun (sedangkan masa tu aku dah tau nak dapat babyboy).hahaha

Maybe sebab aku tolong jual biskut raya tahun ni. Tahun-tahun lepas aku tolong jual tat nenas (gulung).

Tahun ni aku beralih jual macam-macam biskut pulak.

Yang julung-julung kali ditemui- agar-agar kering!!! Hoyeh!
*sila buat wave*



Biskut gajus. Adapun gajus bukanlah salah satu drp ingredientsnya. Cuma biji gajus je (cashew nuts).

Biskut aiskrim comel..mesti budak-budak suka.


Yang ni kalo ada kat rumah... kelasss kau, Jah.
Badam kismis hitam. Dalam mini souffle cup gitu.



Biskut badam coklat.

Kuih bakar/bangkit. Aku ni memang tukang bawak balik kuih ni untuk MIL.



Yang bentuk cinta-berbedak-gebu ni, biskut oat.
....dan banyak lagi la. Aku yang malas nak snap gambar.

Best kan?
Warna-warni gitu.

Hmmm... menengok kepada sejarah tetamu di rumah aku, tahun ni aku tak sakan berkuih raya la kot. Hahaha.

Apa pun, kalo aku ke rumah orang dan jumpa tiga jenis biskut ni, confirm aku makan bersungguh-sungguh-tanpa-segan-silu-sampai-kena-topup-balang.
  • Cornflakes madu
  • Makmur gebu, esp. yang inti kurma
  • Almond London (eh, ke London Almond ehh?)

So, kalo korang taknak biskut korang abis, bila nampak aku datang... cepat-cepat sorokkan kuih raya yang 3 jenis ni.
Namun harus diingat, aku ni jenis omnivor... selain daripada 3 jenis tu pun, aku makan jugak. Har har har.

9 comments:

  1. I baru siap buat choc chip je hujung mingu lepas, dpt 2 balang kecil..jadi lah tu hehe

    ReplyDelete
  2. tahun ini saya cari coklat, yang bercoklat dan berkacang sahaja :P

    ~ sebab anak pun bergayut bon bon maka bagus juga mencari milk booster preee argh argh argh

    ReplyDelete
  3. arwah nenek aku dulu jual agar kering,pastu skang makcik aku. last year dpt dua balang free, sampai la ni ada lagi. keji tak ?lupa :p semalam duk kemas2 nampak tersrok dlm almari :p hahaha.

    ReplyDelete
  4. biskut raya buat dah sadakallahulazim dah..hehehe.. nak kena buat lain pulak..huhu..

    aku tingin biskut snowy almond..adess

    ReplyDelete
  5. kalo camtu, nanti kalo akak datang Penang, saya gantung "TUTUP" la kat depan pintu.

    ReplyDelete
  6. tifa sempat tunjuk aje...belum ada mood nak buat kuih raya :) nanti natilah bila sampai seru

    ReplyDelete
  7. i x buat lg. beli lg la idak, sapa nak jual kat sini. ntah thn ni x feel. tgk la kalo dah 3 hari nak raya tu, kalo psg lagu raya kuat2 mungkin mood itu mari.. heheh

    ReplyDelete
  8. eh sama la kita punye feveret kuih raya! i entah kenapa terajin this year dok pulun buat honey joy n makmur.. almond london beli je la kot x reti buat hehe

    nampak gaya i kena buat lebih la kot kot u datang raya rumah i abes sebalang kekekeke

    ReplyDelete
  9. Hehhh..sila laaa..silaa....biskut makmur I sedap serius.. :-)
    Tayang skek.. :-P
    http://immasurya.blogspot.com/2011/08/biskut-makmur-resepi-tradisi.html

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat