Thursday, August 25, 2011

Kenapa tukar duit raya



Bila baca pasal Elissmie kena menunggu 2jam, baru aku tau... jenuh jugak rupanya orang tukar duit raya. Aku takde pengalaman lagi rasanya.

Kitorang senang je, selalu berkirim dengan SIL je yang keje kat Bank Islam. Biasanya K.Mie akan call/sms tanya how much nak tukar, duit berapa hengget berapa keping. Then, kitorang bayar la masa nak collect duit tu. Atau tolak siap-siap duit bil dia yang under nama aku.

Kalo bank kehabisan duit tukaran, K.Mie akan menggunakan kuasa veto dia sebagai manager untuk buka peti besi dan...... okay, aku tipu. Cuma part manager tu je yang betul. Eh, ke K.Mie Assistant Manager ekk? Ahh..takpe la. Mana tau aku bodek-bodek ni tetiba leh dapat duit raya nanti. Hahaha



Sebelum ber-SILkan orang keje bank, aku rasa aku siap-siap kumpul sikit-sikit duit baru menjelang posa/raya. Alaaa... anak-anak sedara side aku berapa kerat je. Masa tu baru ada 4orang.
Kalo aku nak tambah untuk adik-adik, lagi 2 orang je.


Tapi kan... aku wonder la. Nape la orang kita beria benau nak duit keras dan baru dalam ang pow/qi pow/lam pow tu.
Nak kata duit lembik yang dah lusuh, ada bau ikan tu...tak best? Mengada la!
Duit tu laku jugak kan? Kan ada tulis... WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI...bla...bla...

Esok-esok abis musim raya, duit tu bukan kita sayang-nak-guna pun. Guna jugak. Bukan kita simpan bawah bantal pun.

Haa... di sini aku nak menyeru kengkawan sekalian buat kebajikan.
Apa kata untuk kengkawan blogger kita yang lambat lagi kita nak jumpa lepas raya atau maybe tak dapat jumpa sebab jauh, kita 'bagi' duit raya dengan meng'klik iklan-iklan Nuffnang tu. Hahaha. Kan dapat pahala...

Kita mulakan dengan iklan-iklan di blog ini.
Sila...sila... Jangan malu-malu. Hehehe.
Bernas kan cadangan aku?



9 comments:

  1. masa kecik, saya suka cium bau duit raya yang orang bagi.
    jadi, masa besar ni, saya suka nak bagi budak2 cium bau duit raya yang saya bagi... hehehehe

    ReplyDelete
  2. sya,
    hahaha.takut tercium bau ikan pulak ye?

    ReplyDelete
  3. dah bagi duit raya 25 sen.. hehe

    ReplyDelete
  4. belle,

    mr big yang keje bank pun tak dapat tukar duit baru coz dah abis. diorg print baru nie sket je lah...

    alah yang penting.. baru lama ada aku kisah...

    hakhakahkahakhakhakha

    ReplyDelete
  5. ooo ada motip suruh klik kat iklan NUffnang rupanya. hehehehe. takpe Knur tlg klik jugak.

    ReplyDelete
  6. hahahaa.... tetiber ada iklan suh klik iklan.... i loike, muahaha

    ReplyDelete
  7. i dulu masa kecik2 kalo dpt duit x baru n keras, gigih basahkan duit sket then seterika. hehe

    ReplyDelete
  8. sapa nak sampul raya? apak buat bisnes jual sampul raya ni hahaha :D asyik nak tukar duit raya je...

    ReplyDelete
  9. okeh aku klik 2x sbb anak ko ade 2. turn ko pulak ek hehehehe

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat