Wednesday, April 7, 2010

Tiger Plight




Pada suatu hari (cewah!), Sang Belang bangun dari tidur dan berasa sungguh hebat. maka ia pun bertemu dengan haiwan lain dan bertanya...

Sang Belang: Siapa yang paling hebat di hutan ini?

Monyet: Err...mes-mesti la Sang Belang...(sambil menggigil)

Tak puas dengan jawapan tu, Sang Belang tanya pulak kat rusa soalan yang sama.

Si Rusa: Ohhh...mana ada yang lain lebih hebat daripada Sang Belang! (muka cover takut)

Dengan gah nye, Sang Belang berjalan dan apabila ternampak gajah, dia bertanya lagi soalan tadi.

Sang Gajah yang dok tengah syok makan pulak..terus mengangkat Sang Belang dengan belalainya, menggoncangnya sepenuh hati, menghempasnya ke tanah, dan membaling Sang Belang ke pokok yang berhampiran.

Kali ini, Sang Belang dengan terketar-ketarnya menghampiri Sang Gajah dan berkata...

Sang Belang: Wei..kot ye pun x tau jawapan, jangan la marah sangat sampai macam ni!!!



Ehehehe...tu lawak jer. Anyway, I am posting an entry about Tigers in conjunction with the Tiger Blogfest 2010.

As an environmentalist, certainly aku rasa terpanggil untuk participate.

Anyway... sekarang ni kalo nak tengok Harimau je, kena pegi zoo. Itu pun kalo bernasib baik, ada la 3,4 ekor. Kena pulak kalo harimau tu tengah sakit atau baru je mati, maybe tak berpeluang langsung tengok.

Ye la kan? Sapa berani nak gi usap-usap kepala harimau secara live?
Tapi, kalo dikenangkan... anak-anak kita pun ada yang kenal harimau dalam buku/ensiklopedia je. Kesian kan? Tu pun tau Harimau jer... tak reti bezakan harimau Bengal, harimau Siberia, Harimau IndoChina, harimau China Selatan, harimau Sumatera, etc.

Mesti kita taknak suatu hari nanti, generasi cucu cicit kita mengenali dinosaur sepertimana kita sekarang. Tengok gambar je... yang real tak pernah tengok langsung!

(Weh, tapi kalo ada dinosaur, kena la ada Ultraman pulak!) :P



Pemburuan dan penyeludupan adalah antara aktiviti utama yang menyumbang ke arah kepupusan ni. Ada yang jual kulit/bulu harimau, tulang, anggota badan (untuk tujuan perubatan) dan banyak lagi kat black market. Selfish betul!

Habitat dan bilangan harimau juga makin pupus disebabkan pembangunan. Well, kita tebang hutan, potong bukit segala... untuk tujuan perumahan, perindustrian, perladangan, etc. Kesian kan?
Tau la dah buat EIA (environmental impact assessment) bagai, tapi sejauh mana pelaksanaan janji-janji yang ditabur tu? Kalo rumah kita kena hijack dengan orang, pandai pulak marah!

So, how do we play our part?

  • Educate yourself and others on tigers. Ada ilmu, ada le awareness.
  • Kempen/petisyen for tiger conservation
  • Support politicians yang mempertahankan biodiversiti, eh...I mean specifically, harimau. Nak-nak kalo politicians tu memperjuangkan hak hidupan liar ni dengan impose higher penalties to poachers, etc.
  • Financial support to tiger preservation groups- yang ni boleh check dengan zoo.
  • Kalo rasa x banyak boleh contribute, at least join me to blog about this Tiger Blogfest 2010.

Planet of the Monyets (http://planetofthemonyets.blogspot.com/) mengadakan Tiger Blogfest 2010 ni untuk menyedarkan orang ramai tentang masalah kepupusan harimau, melalui gabungan blogger di serata Malaysia.

So, kalo nak tau details, klik jer kat link ni.


p/s: I do think that keeping a tiger as a pet is cool, but hey..it's endangered and exotic! So, biar je la zoo bela.

4 comments:

  1. belle,
    baru je i nak post entry pasal nie. thks anyway!

    ReplyDelete
  2. Was going to post bout this yday, but tak sempat...:)

    ReplyDelete
  3. i ada harimau kecik kat rumah hehehe... :D
    btw i suka harimau, big handsome cat... hehe... my hubby pun suka infact penah call zoo mintak nak buat keje sukarela depa kata boleh, but then kitorang mintak nak jaga harimau jer, dia kata jaga harimau jer tak leh..
    :D

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat