Thursday, January 24, 2013

Aiyoo...where is the rojak?


Penat mengemas lepas majlis housewarming cum birthday Sabtu lepas, Ahad tu we had an invitation to Nadiya's house. Memandangkan aku masih penat dan takde SuperPower Kacip Patimah untuk diminum, aku cuma bawak peach puff jer sebagai juadah potluck untuk dinikmati bersama.


Kengkawan lain ada yang bawak bihun goreng, kuih koci, kek, puding karamel, cik mek molek, dan macam-macam lagi la.


Rasa tercabar la jugak tengok tuan rumah buat menu pasembor. Cek org Penang pun tak buat menu pasembor masa majlis hari sebelumnya.
Hang tau saja la...nak buat pasemboq tu kena sedia cucoq udang rangup2, goreng tokua (tauhu), nak sagat timun dan sengkuang, sedia tauge, rebus teloq, masak kuah kacang. Uiii..banyak gheja tu, habaq kat hang. Pendek kata (eh, si Pendek mana yg berkata-kata ni?)... aku yang baloq liat (malas nauzubillah) ni memang takkan buat la menu pasemboq.


Makan punya makan... Semua menu aku try, sup ja aku tak rasa (maybe sebab baru semalam tu menu sup kat rumah aku).
Sembang punya sembang... dapat sorang lagi geng untuk meng-coffee nanti, MaiLin.




Masing-masing khusyuk makan...





Lepas tu aku dok terfikir la jugak... bila nak start aktiviti Peach Picking nye? Dah dalam invitation ditulis aktivitinya Peach Picking and ROJAK Eating



Harus la nak kena petik buah dulu untuk dibuat rojak. Kennn?
Rojak kan buah potong-potong yang dicalit atau dicampur dengan kuah sambal hitam tu.
Macam ni ha....



Tapi aku biarkan persoalan itu bermain-main di minda aku.
Nak tanya tuan rumah, malu.
Aku tau orang kata "Malu bertanya, sesat jalan." Tapi dalam konteks ni aku yakin aku tak sesat jalan dah...sebab aku berjaya sampai ke rumah Nadiya walaupun baru first time. Terima kasih, Garmin- pedoman perjalanan anda. Hahaha. *taglinetakbulehblah.
Tuan rumah: Nadia, Habibi dan maknye dengan pancaran nur dari wajah sampai menyilaukan kamera


So, again... aku teruskan aktiviti bersembang.
Habis bersembang, sambung bergosip. Hahaha (okay, yang ni aku tak sure).
Dan buat ais kacang pulak buat kali ke-3.


Sedang rancak aku berborak dengan MaiLin, tetiba diorang panggil petik peach.  Join anak-anak yang dah siap pegang galah dengan buah peach dalam beg plastik. Masak tak masak, semua diorang bedal petik. Hihihi.



Aku pun bangun la...untuk join memetik.
Hmmm... hari dah makin lewat. Acara makan-makan macam dah nak abis. Tapi rojaknya tetap tak nampak batang hidung bayang.


Haha. Ni adalah perbuatan keji bila aku disuruh amik gambar diorang, tapi aku tetap nak masuk dalam gambar.
 
 

Gambar riang mak-mak budak sebab dok suruh "TUNJUK LA BUAH MASING-MASING, BIAR NAMPAK DALAM GAMBAR"

Maksud aku buah peach yang dipetik tu la.


Kalau setakat berdiri tercegat je, ada nampak macam tengah tunggu perbarisan pun ada. Tak nampak la tujuan asal gathering ni.




Berbalik kepada persoalan rojak yang aku tunggu-tunggu tu....

 
Masa dah balik tu baru aku terperasan....  
Eh, pasembor ni kan orang selain orang Penang memang panggil rojak!




Kat kedai mamak pun tulis rojak ...atau rojak mee (kalau nak campur mee kuning).  Kecualilah kalau kau pegi kedai mamak kat Penang.- Hameediyah ka, Subaidah ka, Pelita ka, Line Clear ka, semua memang la panggil pasemboq! Takkan nak cas KayEll tetiba sebut 'rojak'.

Haihhh *facepalm*
Terasa bengap di situ.

Nasib baik aku tak tanya orang. Kalau tidak, harus la kemaluan aku membesar dengan jayanya.



 

5 comments:

  1. .:: Hahahahah!!! Tetiba saya pon tertanya-tanya, dimana rojaknya??? Ahakz!!! ::.

    ReplyDelete
  2. ya ka? aku x dgr pun. maybe la jugak..sbb ada gak org utara lain kat situ kan. hang, k.surah, abgshibi..ehehehe

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat