Monday, January 28, 2013

Graduation! Kau ado? Aku nan ado.

Masa aku abis tadika dulu, cuma ada majlis kecik jer. Tu pun tak buat sampai sehari kat dewan besar-besar dengan prop bagai, persembahan segala. Paling-paling pun, naik stage, pegang sijil, sengih, snap-snap amik gambar... siap.
Jaman sekarang ni, dah jadi trend..baru habis tadika pun dah buat majlis kat hotel 4,5 bintang. Aku tak merasa lagi la yang ganas tahap Komeng macam tu sebab Lil Adam sekolah kat Malaysia dulu setengah tahun je. But his first graduation adalah untuk ALiM Summer School yang aku enrol dia aritu (read: HERE)

Kellas kau Jah.'Graduation' gitu. Mama punya dulu namanya 'penyampaian sijil' je. (Apakah orang dolu-dolu tak cukup kreatif atau tak berjiwa besar?)

Well, all I can say is... majlis kat Enfield Community Centre tu sederhana tapi cukup meriah. Tak ramai sangat parents yang hadir, sebab yang masuk summer school pun memang tak ramai.


Adik Umayr memulakan majlis dengan AlFatihah recital. Lancar sungguh.

Yours truly semangat duduk depan kennn? Bukan apa... asyik tipikal je penuhkan baris belakang, kalo students buat macam tu, aku marah. So, baik aku dok depan. Lagipun aku tak nak jadi macam masa aku kecik dulu...tiap-tiap tahun naik stage amik hadiah pun, parents orang lain duduk paling depan, sedangkan abah (pernah datang ke?), mak dan tok duduk kat luar je. Huhu.


Lepas tu ada slot tentang parenting daripada penulis buku 43 Inspirasi Mendidik Anak, Hisham Sharif dan Hasifah Zainuddin.

p/s: Aksi Hisham tu bukanlah aksi cakar harimau ye? Hehehe


Aku rasa inspired dengan tips-tips yang dikongsi. InsyaAllah nak try la nanti.
Tapi satu yang aku nak share kat sini dengan korang...
Penuhkan dada anak-anak dengan ilmu Al-Quran, insyaAllah hati dia akan terang untuk menerima ilmu-ilmu lain. Sebabnya? AlQuran itu nur.

Masa ditayangkan slide dan video aktiviti dan progress anak-anak semasa summer school tu...
Tak tau macamana nak gambarkan betapa besarnya hati aku... happy dan terharu sebab selama ni aku selalu terlebih risau tentang Lil Adam's progress.
Sayu rasanya... aku harap takde la orang perasan aku terkesat-kesat hujung mata time tu.



Lepas tu, ada persembahan istimewa daripada anak-anak summer school...demo solat. Lil Adam dipilih sebagai imam. Alhamdulillah.

Tapi sebelum tu Teacher Syifa tanya, sapa nak masuk syurga? 
*Semua angkat tangan tinggi-tinggi.*
Dalam syurga ada apa?
Lil Adam: Mainan.
Teacher Syifa: Haa...mainan. Lagi?
Lil Adam: Hadiah.
Teacher Syifa: Lagi?
Lil Adam: Makanan! Makanan!

Hahaha. Lawak betul Adam ni.


Terserlah sangat Lil Adam tu anak aku. Kuat makan. Ehehehe. Tapi takpe, orang mesti ingat ayah dia yang kuat makan, kalo dilihat secara fizikal. Muehehehe.

Sori la, aku yang 'gaptek' ni tak reti nak embed video tu kat sini.
Sape-sape yang dalam friend list aku atau MrHubby dapatlah tengok video tu kat Facebook kitorang.

Anyway, bacaan solat semua dibaca dengan kuat. Sohih la memang they have gained something from the short school session.

Gambar last kat atas ni... Ammar siap tonggeng lagi time orang lain tengah baca surah lazim.


Eh eh...ni apa imam goyang-goyang ke kanan nih?


Hmmm...sejuk hati tengok anak-anak bersolat.

Wajah-wajah yang suci.



Walaupun mulut masing-masing ikut je Teacher Syifa bacakan doa, I wonder apa yang diorang mohon kepada Allah sebenarnya...
Adakah toys, hadiah atau makanan macam yang Lil Adam sebut-sebut tadi? Hahaha.
Hmmm



Next, suara hati seorang anak dideklamasi melalui bait-bait sajak. Ada bakat terendam rupanya. Hihihi


Then...Masa yang dinanti-nanti pun tiba... penyampaian sijil dan hadiah untuk anak-anak semua.

Selain sijil... Lil Adam juga dapat anugerah untuk Full Attendance dan juga Iqra' Terbaik.

Senyum lebar dia..especially bila dapat pillow pet dinosaur tu.

Sebab actually, budak-perasan-Ultraman ni memang dok usyar dinosaur tu dari awal majlis lagi. Ehehehe. Tu kira dia jadi Ultraman, dinosaur tu jadi resaksa la tu.



Heh. Sama tak? Sama tak?



Last but not least... Inilah tenaga pengajar di belakang tabir, yang berhempas-pulas menyumbang tenaga untuk membekalkan anak-anak dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.


Semoga usaha kalian menjadi saham untuk kemudian hari dan dilimpahi keberkatan.

Lil Adam hanya bagi cenderahati comel ni je kat teachers dia.


Balik rumah, Lil Adam pun posing sakan la dengan hadiah-hadiah dia.



Oh ye... dinosaur tu Lil Adam namakan Diggin. Aku pun tak tau la mana dia dapat nama tu.

Dear Adam,
I am so proud of you. Anak Mama pandai kan? :)

1 comment:

  1. Jawapan-jawapan tu memang terserlah ciri2 anak mak sangat, especially tang makanan tu haha

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat