I know, some of us (or is it just me?) memang buat amal secara bermusim. Contohnya malam blog aku ni. Hari Jumaat la selalu aku buat entry yang berunsurkan reflection sikit (dengan tag tazkirah). Hari lain ada jugak aku selit sikit-sikit, tapi biasanya banyak merapu meraban je :P
Dan semalam juga la aku pasang mp3 selawat Nabi seceliknya mata, waktu masih berbaring di katil. Hari lain, celik mata je, atau lepas solat Subuh, maybe aku capai hp, terus check FB - bajet retis, ada notification fans tinggal komen.
Aku harap, kita tak hanya berselawat masa sambut Maulidur Rasul. Atau hanya masa orang sebut Rasulullah... kita pun terkumat-kamit sambung "sollallahu alaihi wasallam."
Hari lain? Harammmm...
Harap menyanyi terlalak-lalak lagu rock kapak, atau nyanyi 'Twinkle twinkle Little Star' kat anak-anak. Eheh.
Kita ni kan DUTA risalah Nabi SAW. So sepatutnya koman-koman pun kita menggambarkan sedikit akhlak
baginda. Ke kita buat kerek je dengan non-Muslims, senyum pun tidak.. apatah lagi nak tolong... sampai diorang kata "Huh, memang dasar terrorist!"
Khaira ummah apa namanya kalo cenggitu.
Macam mana pulak dengan amalan-amalan simple yang selalu kita buat, yang sama macam Rasulullah buat. Contohnya:
- Gosok gigi sebelum solat- sebab ikut sunnah ke, sebab taknak mulut busuk?
- Basuh tangan sebelum makan - sebab ikut sunnah ke, sebab jaga kebersihan?
- Makan dengan tangan (kanan) -sebab ikut sunnah ke, sebab rasa leceh nak 'potong' ayam dengan sudu/garfu? Atau rasa geli nak makan dengan tangan basuh b*rak? Haha
Satu lagi persoalan...
Bila
diperdengarkan kisah Rasulullah SAW (dalam halaqah ilmu atau dalam status 'ustaz-ustazah Facebook' kita yg Islam ini rasa sedih ke atau tak rasa apa-apa???
Hmmm...
Mari kita renungkan.
betul tu. patutnya sunnah nabi kena selalu hidupkan.
ReplyDelete