Yup . You read it right. Ni bukan birthday celebration, tapi collaboration.
Sebab aku collaborate dengan Ummi untuk sama-sama raikan anak kami Lil Adib (2y.o) dan Afiq (4y.o).
Kalau sebelum ni buat majlis untuk Farah dan Lil Adam kat rumah dia, so kali ni kami la pulak jadi tuan rumah, alang-alang kitorang pun dah pindah ke rumah yang lebih selesa.
Alhamdulillah... so kiranya last Saturday tu, majlis housewarming cum birthday party la.
Penat jugak jadi 'mak perantin' ni. hehe.
'Perantin' lelaki sebelum bersiap. Sibuk di belakang tabir.
Hehehe. Peyut tuncit.
Kami sebagai tuan rumah sediakancarbonara pasta, puding pelangi, pizza, ais kacang.
Tetamu pulak bawak macam-macam... vadai idaman lama-ku-tak-jumpa, mi goreng sedap-tak-terhingga, lompat tikam tapi-tak-lut, anggur, plum dan peach dari backyard sendiri, cekodok oleh-tuannya-yang-pemalu, kuih keria pojaan Adam, karipap (tester untuk order lepas ni), cucoq jagung best, puteri mandi tak-pakai sabun, sausage twist bun (home-made guna breadmaker baru!), dan macam-macam lagi yang dah tak tersebut.
Gambar makanan pun tak sempat snap, actually (gambar makanan ni ihsan drp Gina).
Main menu adalah bihun dan kuetiau sup, dengan 2 jenis sup: sup gearbox dan sup ayam (sebab kitorang ada Siva dan Selvi juga sebagai tetamu). Lagi pun takkan semua orang nak mamah gearbox tu kan? Ehehee.
Eri dan Ummi siap sponsor cake lagi. Tima kasih ye :")
Lilin 4 dan lilin 2. Silap tak panggil K.Norra tiup lilin sama-sama sebab birthday dia pun hari Sabtu tu, yang ke-42.
Afiq happy je, Lil Adib plak blur-blur sebab baru bangun tido dan ternampak cake.
Macam biasa la...aktiviti makan-makan sambil sembang-sembang.
'Abam perantin' maintain hensem.
Mesti minah Aussie si Victoria yang bubbly tu pun rasa overwhelmed dengan keramahan orang Malaysia. Hahaha
Nak nak pulak bila ada orang bagitau dia "This is a SMALL Malaysian gathering."
Kat hall depan pun ramai berkumpul...dengan topik perbualan macam-macam, macam dah berbulan tak jumpa. Walhal baru last week bersembang. Biasa la, pompuan kan. Aku pun macam tu. Hehehe
Sayangnya Dino tak dapat attend (sebab Lisa, his wife ada hal), dan Sharyn (my co-sv) pun ada majlis kat rumah bestman (masa wedding) dia.
Luckily, Ganyk datang dengan anak-anak dia... Alex and Stefan.
They really enjoyed the food. Selama ni aku pot-pet-pot-pet bercerita pasal makanan Malaysia, kali ni dia hadap sendiri..baru dia tau how 'colourful' our food is. Colourful macam ais kacang/ ABC jugak.
Sempat la aku bagi try rasa teh tarik jugak.
Walaupun tak kaw sangat, diorang cakap best. Aku rasa kalau diorang rasa teh tarik K.Surah, terus bawak ayam golek nak menuntut ilmu buat teh tarik.
Sambil makan, anak-anak main di laman. Kitorang 'dapat' mini playgorund daripada Abg Syed, so ada la tempat budak-budak nak main.
Zaim dengan toy shopping trolleynya.
Afifa maintain ayu je.
Birthday boy dok scoop woodchips kat laman.
Eh... kemain cas-lawa lagi anak Syifa/Hisham ni dengan spek itam dia sambil main trampoline. Hihi
Maybe tentang current issues...pasal keje...
atau sports...atau politik...
pasal anak-anak..
Aku tak tau lah.
Takkan sembang pasal Corning dan Corelle kot kan?
That topic is so-Malay lah!
Lagipun apa la sangat setakat beberapa bijik Corning Corelle kitorang berbanding dengan orang yang dah berkotak-kotak dah kumpul dan shipped back to Malaysia. Hahaha.
Meriah sangat majlis kitorang. Sampai ke malam dok menyonyot gearbox dari periuk. Haha. Part tu tak leh buat depan tetamu matsaleh. Kang terkejut beruk pulak diorang nengok. Thanks to all...yang bawa macam-macam juadah, yang bagi macam-macam hadiah. Untuk Lil Adib, untuk Afiq...untuk rumah kitorang (sempena housewarming kan?)
We really appreciate them.
Cuma aku terkilan sikit, sebab solat jemaah patutnya lelaki kat living area, supaya yang perempuan boleh ikut kat hall kecik depan pintu (takkan sorang je pompuan nak rebut 27 darjat kan?)
wahh.. meriah sangat.. hilang rindu kat orang kampung sekejab. hehee
ReplyDeleteGitu la.jauh di perantauan kena la kasi happening supaya x terasa kekurangan.
DeleteMeriah nya majlis ☺☺
ReplyDeleteAlhamdulillah meriah. Smpi ke mlm dok menyonyot gearbox.hahaha
Deletekehkehkehkehkeh last ayat suke
ReplyDeleteYg third last para..x suka ke? Eheks
DeleteHmm, nampaknya nanti pun nak kena pinjam a few pictures jugak ler, sibuk bersembang and makan sampai perut buncit terlupa nak snap gambar potong cake..aishhhhh
ReplyDeleteSila ler. Gina igt gak nak snap gmbr mknn.ktorg lg la satu pun tarak
DeleteTertarik dgn kuih puteri-mandi-tak-pakai-sabun hahaha...
ReplyDeleteDah tu solat jemaahnya jd mcm mana? Mohon pencerahan.. ;)
Solat jemaahnya ditunaikan kat kwsn yg aku nak gunakan utk jemaah pompuan. Grrr... so jemaah pompuan nak mencelah masuk join cuma kat bilik adam. Dah la bilik kecik..xkan nak merentas saf lelaki kenn?
Delete