Tuesday, January 15, 2013

Makanan untuk 3 hari

Kat Malaysia, aku tak kisah sangat pun nak stock-up beras, kicap, tepung bagai. Kalau aku rasa rajin nak masak, aku akan singgah kedai Wak Tong (Agro Bazaar) dan beli apa yang patut, especially perishables la. Ayam ke, ikan ke, sayur ke...
Maklum la, life kat Malaysia yang hectic (penat balik keje, berkejar amik anak dari nursery, nak masak, mandi, makan, etc)... kalau bahan masak takde, terus singgah kat Shaaz. 
"Machaaa... Nasi banyak, ayam kasi potong, sayur, kuah campur."
wooo..wooo Rindunya kat mamak Shaaz.

Tapi kat Adelaide ni, masing-masing akan stock up lemari makanan sampai penuh. Ala-ala kalau diisytihar darurat pun, kau masih boleh survive dok dalam rumah 3,4 bulan. Wahahaha.

Bukan aku sorang je, tapi almost semua Malays (ke Malaysians?) kat sini buat macam tu. Susu UHT Devondale berkarton-karton, beras basmathi berkampit-kampit, telur berdozen-dozen, kentang dan bawang macam nak buat kenduri, ayam ikan sampai freezer tak boleh bernafas (ngeri arrr kalau tetiba dengar freezer bernafas!).
Maklum la, alang-alang membeli tu agak jauh (esp. ayam halal) dan alang-alang tengah sale, borong la cukup-cukup. Lagipun, duit elaun bukannya banyak mana sangat sampai boleh bershopping waktu bukan sale. Eh, marah orang KPT kalau baca ni. Tapi kalau terbaca tu... Jangan lupa ye luluskan permohonan untuk revise allowance kitorang. Kalau tak pun, at least naikkan la jadi rate A. Adelaide ni bandar, bukannya desa atau pekan koboi. Heh

Begitu la selesanya bila stok ada banyak depan mata. Bila-bila nak masak, dah ada.

Beras basmathi berkampit-kampit macam nak pi perang!

Rempah-ratus-ribu dan segala maknenek juga jadi koleksi sementara.


Teh pun jadi koleksi. Sebab aku dan MrHubby penggemar teh.
Segala perisa, segala jenis ada... to suit the mood. Kalo tengah nak relax, minum la chamomile tea. Kalo rasa badan hangin nak kentut je..minum la lemon ginger tea. Hehe


Ni belum masuk lagi gambar ayam/daging dalam freezer. Macam orang nak kenduri 3 hari 3 malam.



Sampai la satu hari tu.... aku terbaca tazkirah kat blog Abang Abd Razak.
Gulp!!!



Dari Anas, pada suatu hari Nabi keluar. Beliau memegang tangan Abu Dzar dan berkata, 
"Tahukah Engkau bahawa di hadapan kita ada tanjakan seperti tebing yang curam? Tidak akan ada yang bisa mendakinya, kecuali orang yang ringan (tidak membawa apa-apa)." 

Seorang laki-laki berkata, "Wahai Rasulullah, apakah saya termasuk orang yang ringan atau orang yang berat?" 
Nabi menjawab, "Apakah engkau punya makanan untuk sehari?" 
Laki-laki itu menjawab, "Ya." 
Lalu Nabi bersabda, "Apakah engkau punya makanan untuk besok?" 
Ia menjawab, "Ya."
Lalu Nabi bersabda, "Apakah masih ada untuk hari besok?" 
Ia menjawab, "Tiada ada." 
Nabi bersabda, "Apabila engkau memiliki makanan buat tiga hari maka engkau termasuk orang-orang yang berat."



Huwaaa... Insap! T-T

13 comments:

  1. Kitorg tak stock up! Paling byk utk two weeks je. Tak suka aku tgk mknn byk byk hehe Rasa nnti bazir

    Tazz

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Msia, we never stocked up. sbb asyik mkn kat kedai.hehe

      Delete
  2. Byknya stok. Kat sana brg murah2 ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo convert mmg la terasa mahal.
      tapi kalau dalam 'angka' dollar, nmpk kecik jer.hehe

      Delete
  3. Salam kenal...
    Byk tu stok...sy lak mmg tak reti simpan stok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat msia xkisah. kalo xde stok...terus singgah kedai mkn je

      Delete
  4. i jenis beli every week. sini x de beza beli byk atau sket, mcm tu jgk la mahalnya. satu lg, i ni pelupa. tau2 rosak / busuk, so kena la beli and pakai terus, dah yilek baru beli lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.ktorg tiap2 hari masak. dan selalu lapar, so jrg la lupa ada stok mknn

      Delete
  5. kami dulu kat Hamilton tak susah sgt nak beli ayam, daging halal sbb ada 2 Butcher Halal. Beras & benda2 lain pun byk kat Kedai Thai. Selalu buat stok seminggu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wpun ada stok..kitorg tetap rajin kuar shopping groceries, kira buat aktiviti jln2 la kununnya.haha

      Delete
  6. Rasanya ikut keadaan juga, kalau susah nak cr mknan halal, jauh pula tue.. elok juga simpan stok at least sampai the next groceries shopping... Aku selalu tengok rancangan 'Doomday Preppers', kalau tgk dorang nie simpan stok lg giler2... sampai setahun! Tp bukan laa aku suruh ikut dorang, tp elok sediakan payung sebelum hujan.. huhuhu... 3 hari, seminggu oklah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bukan seminggu, bear. dah tahap smpi dekat sebulan.
      confirm la aku 'BERAT'

      Delete
  7. Banyak giler stok beras, kami plg banyak pun 4 kampit aje tapi yang selalu banyak stok biskut, coklat ajelah. Hmm, teringin pulak nak berteatime sambil makan scone with clotted cream and jam..nyum nyum

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat