Thursday, January 3, 2013

Start today, eh tomorrow? Eh...

Humang aiii...sibuk dengan rumah baru, terabai jap 'rumah maya' ni. Banyak draft yang pending untuk dipost sebenarnya (tentang Christmas, tentang birthday Lil Adib, tentang rumah, tentang blablabla)  tapi terbantut sebab takde internet kat rumah, dan dah dua minggu tak masuk ofis. Orang cuti krismas, aku pun cuti jugak. 

Well, Alhamdulillah. Aku dah selamat berpindah ke rumah baru kat Hectorville. No more Paradise lah. Dulu boleh la perasan ahli sorga, sebab dok kat Paradise. Sekarang, aku kena buat statement... "Ahli sorga dok kat mana-mana pun boleh, tak perlu berselindung di sebalik nama tempat yang 'sejuk'..kan?" :P
Hehehe.

Cerita pasal rumah baru nanti la dalam next entry ye, sebab boleh aku snap-snap sikit interior dan exterior rumah aku tu.

Hmmm...
Okay, agak terlambat aku nak ucapkan Happy New Year kat korang.
Tapi lantak le kan, sebab middle of Nov aritu kan dah sambut New Year (read: Awal Muharram). So, nak kecoh apanye? Heh





Jangan tanya pasal resolution lah. Every week, every day kita boleh buat azam baru. Semua untuk jadi lebih baik. Cuma aku harap, aku beringat untuk sentiasa perbetulkan niat KERANA ALLAH TA'ALA. Bukan apa, kadang-kadang kita terlupa.

Contohnya:-
  • Aku study ni bukan untuk dapat title 'Dr' je atau bukan untuk gaji besar atau pangkat besar je.
  • Makan bukan setakat untuk kenyang je, tapi supaya ada tenaga untuk beribadah (tapi bila perut dah boonch, melingkar kekenyangan! Duh!)
  • Berkumpul dengan kawan-kawan bukan setakat nak bergosip je... tapi untuk eratkan ukhuwah sesama Islam (non-Muslim pun kita kena berkawan jugak).
  • Post blog entry bukan untuk suka-suka saja. Tapi untuk berkongsi ilmu dan perasaan, dengan harapan ada manfaat kepada orang lain. Eh.

Wahh... cakap berapi-api.
Okaylah. Aku nak kena sambung draft untuk entry yang lain pulak (bukan ke patutnya aku hadap proposal draft? Hehe)



Ehhh..bukan apa. Kan next week baru officially aku masuk ofis/lab balik.

Next week? Maksudnya still not tomorrow la ekkk?
*facepalm*

3 comments:

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat