Thursday, January 3, 2013

Mari uji minda: Hurin Supalan

Dulu, aku pernah berangan untuk ada mak mertua (MIL) yang modern.Yang ala-ala semi-datin gittew. Alasan bodoh aku - saja nak merasa panggil 'Mama' kat MIL (sebab mak sendiri aku dah panggil 'mak').
Tapi mengenangkan ke'laser'an mulut aku.. kang tak pasal-pasal aku tegur "Eh, nape pesen tudung Mama ni beropol-ropol macam langsir? Nape hairdresser style-kan rambut Ma kembang sangat?" Harus la aku terus dicop menantu hamsap. M*mfus aku kena santau.

Ditakdirkan aku dapat MIL orang lama. Orang kampung.
So, takde la aku nak ber-mama-mama dengan dia. Kang dia kata aku buang tebiat pulak.
MIL sempat sekolah sampai darjah berapa aku tak ingat. Tapi mesranya humang aiiii. Dan paling best, boleh dibawak bergurau (Read: Kadang-kadang aku bergurau kasar jugak!)


Pernah kitorang pegi kedai kat Tanjung Gemuk. Dia tunggu dalam kereta, so dia minta aku belikan Handiplast.

Aku tanya... "Mak nak tampal luka apa?"

"Tampal luka apa pulak? Handiplast yang dalam botol tu!"

Ahh sudahhh. Aku blur kejap.  Dahi berkerut.
Tetiba aku ketawa besar. "Hahaha. 100 Plus la, mak! Lawak la mak ni"

"Handiplast. Hundred plus. Mana la aku tau. Sama je."

Nak dijadikan cerita lagi, walaupun berjauhan ala PJJ cenggini... masih ada lawak MIL yang boleh buat aku tersengih-sengih macam kerang wangi.


Kelmarin, Kak Mie (SIL) post kat FB...

Anak2 cucu... sapa tau Tok suh beli apa ni... dia mmg cucu Tok...



Aku baca sambil kerut-kerut dahi.
Sabun Top, Bawang putih dan Ayam tu aku boleh la pick-up. Tapi....

HURIN?


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


SUPALAN?





Apakah?






Mulut aku kumat-kamit sebut..."Hurin..hurin...Dalam botol pulak tu."
Sambil mengamalkan critical thinking. Cewah, poyo!
Hurin. Haaaa... mesti oren ni. 
Oren (sunquick base) la tu. 

Dan aku pun tinggalkan komen.
Wahaha... Hurin tu mesti oren. kan? Kan?



Lepas tu aku sambung fikir. Siap tanya MrHubby lagi.  Mengelat aku kan, guna talian hayat pulak.
Supalan tu apa pulak, bang?

Hmmm... 2 pek pulak tu.




Korang tau tak apa?







SOFTLAN!
Hihihi.
2 pek tu sebab dia selalu beli refill pack.



Comel kan MIL aku?
Hehehe. Mak... mak....

Jauh-jauh ni, rindu pulak nak mengusik dia.
Teringat masa aku dengan biras aku, Abg Kamel a.k.a Cartoon Sagu gelakkan Mak bila tengok phone book dia dulu. Maunye tidak. Sebesar-besar kad manila tu. Aku dah snap dulu gambar tu nak buat bahan blog, tapi mana ntah aku letak.



Okay...ini bukanlah entry mengutuk MIL ye.
Bagi aku... MIL aku comel sangat bila salah eja macam ni . Alaa..macam budak-budak kecik jugak, bila lukis tak serupa apa-yang-cuba-dilukiskan.

Dan kalau aku usik dia depan orang (sedara-mara, jiran tetangga), dia akan bagitau "Menantu aku yang ni memang suka menganjing (mengenakan) aku."


11 comments:

  1. Ekekeke...gelak² mak baca nok. Nasib bos tak der kat ofis nih. Supalan ngan hurin yg tak tahan tu ☺☺. Sweet lah MIL ☺☺

    ReplyDelete
  2. So betul la hurin tu sunquick?? heehehehehe

    ReplyDelete
  3. jiey mien,
    apparently gitu le kekdahnye. hahaha. mmg menantu sejati kan?

    ReplyDelete
  4. السلم عليكم ورحمة الله

    Puas juga memikirkan dua perkataan tu...:)

    ReplyDelete
  5. Supalan.. ku ingt bhs jawa dh td ngeee. Comei la MIL hg..

    Btw aku dh xdak. Both. Xsempt tgk Afiq pun. Al-fatihah utk both arwah.

    ReplyDelete
  6. adui..lawak betul
    teringat arwah mak i pun cmtu. tapi dia tak menulis..ni becakap.

    masa tu i tingkatan 2, nk keluar pegi pekan.
    pulak tu ada pasaraya baru bukak. pastu ada pulak satu biskut baru asyik keluar iklan kat tv.
    dia pun suruh i beli biskut tu.
    'na, nanti hang pi goden belikan cipsemut kt mak'
    jenuhla kepala i ni pk...
    rupanya mak i ckp,
    'na, nanti hang pi golden(nama pasaraya tu) belikan CHISPMORE kt mak'
    hehehehe :D

    now MIL i plak cmtu..
    'mak dah SETEMEK' dah..kenduri ni bla bla bla (cite psl preparation kenduri SIL)
    rupenye SETEMEK tu ESTIMATE... kelas ko jah!
    hahahaha

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat