Tuesday, December 11, 2012

Lemak b*bi yang men-snow-kan kulit


Aku agak lambat start mengenal segala chemical emollients untuk kulit muka aku. Dah Form 4 gitu baru aku start. Tu pun sebab ada lelaki yang tegur kata kulit aku nampak kering. Nasib baik yang tegur tu Abang Fashni (my second cousin). Kalau Anuar Zain yang tegur... haihh gelaplah masa depan..

Well, umur 16 baru mengenal moisturizer kira lambat la kan. Tak macam sesetengah kawan kat asrama dulu--- jangankan moisturizer, pencuci muka pun siap bau apricot, brand mahal yang takde kat supermarket. Tu mesti sebab parents diorang concern pasal jerawat-jerawat yang subur di permukaan penuh kelenjar sebum diorang yang aktif. Tapi aku? Pandai-pandai sendiri la.

Nasib baik kulit muka aku tak macam permukaan bulan. Kalau tidak, senang la Neil Armstrong atau Dr Sheikh Muszaphar. Super-impose je gambar diorang pakai astronaut suit dengan close-up kulit tu. Hahaha.

Seingat aku moisturizer pertama yang aku kenal adalah Olay. Ye la..masa tu mana ada jenama Loreal, Garnier, Nutox, Bioessence bagai. Nivea pun baru dok R&D nak buat krim muka gamaknya.
Lagi satu yang 'in' masa tu adalah Hazeline Snow. Sangat glamer di pasaran.
Ewah... rasa nostalgik pulak teringat kat brand ni.


Masa tu... kat TV iklan Hazeline Snow ada Tiara Jacqueline naik kuda, dengan lagu background Time After Time. (sila klik video kat bawah ni untuk refresh memori korang)



Cuma pernah la kecoh jap pasal Hazeline Snow ada bubuh lemak b*bi.
Hahaha. Itu yang kasi gebu ala-ala snow tu.
Sampai sekarang aku tak tau benda tu betul ke tak. 

Masa tu JAKIM mana aktif lagi untuk sahkan keb*bian benda alah ni (JAKIM dah ditubuhkan ke tahun 90-an?)
Sekarang dah menjadi remaja semi-antique ni... aku main tibai je pakai moisturizer cap apa pun.
Bukan apa... dengan cuaca agak extreme masa winter dan summer, aku pun dah naik confuse.
Maunye tidak...untuk keep the skin moistened, aku suka sorbolene cream/ lotion, tapi sunscreen pun kena pakai.
Tu belum pikir lagi nak tempek toner dengan moisturizer biasa. Sudahnya, aku main lumur je mana yang tercapai dek tangan. Silap haribulan, night cream pun aku tibai pakai di siang hari.

Okay.
Cukup bebelan untuk hari ni.
My SV dah buat surprise- minta draft by end of this week, whereas I was planning to start writing during the long summer break. Huhu

6 comments:

  1. yelah...16 tu kira awal la...I tak ingat bila but i tink lepas secondary baru i nak berjinak2 guna :P

    ReplyDelete
  2. awal lah tu kiranya
    kita ni masuk U baru tergedik2 nak pakai mcm2 kat muka ni

    tapi hazeline tu mmg nostalgia lah

    ReplyDelete
  3. i sampai skang pon x istiqomah pakai moisturizer tsk tsk tsk... but first start rasanya around 18 kot, sbb takut side efek

    ReplyDelete
  4. dulu pun pakai haz snow. tak tau plak pasal kes lomak babs ni.. :S

    ReplyDelete
  5. owhhhh masa zaman aku, hazeline snow tu dah tak laku.... hahahahaha #motip perasan yang tersangat muka lalaalaalalalalalala

    ReplyDelete
  6. Dulu Hazeline saya pakai sebagai krim sehabis cukur.

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat