Thursday, December 6, 2012

Kembali mencari #susahnya

Aku sebenarnya nak blog pasal students aku yang sedang konvo sekarang, nun jauh kat Malaysia. Tapi pasal tak dapat lagi best shots gambar-gambar diorang, nanti esok je la aku buat entry.

Well, at the moment, aku dan MrHubby sedang semak kepala pasal mencari. Jenuh dah ni, dah dekat sebulan jugak la.

Tak pasal-pasal sambil menaip ni, lagu lama Ukays (Kembali Mencari) berkumandang kat PC aku. Aicehhh bajet jadi soundtrack le ni. Haha. Poyo





Well, kitorang tengah cari rumah baru. Rumah sekarang ni rasa macam sempit pulak sebab barang-barang dah beranak.  
Tak tau la masa bila diorang mengawan... tau-tau je pinggan mangkuk bertambah, toys makin banyak, barang-barang merapu pun makin beranak-pinak. Tu belum masuk lagi stok simpanan (beras berkampit-kampit, minyak bertin-tin, guni bawang dan karung potatoes, stok diapers). 
Dok kat Aussie ni, nak membeli barang, alang-alang tengah sale memang kena angkut cukup-cukup. Umpama kalau berlaku darurat (perang ke, natural disaster ke--- nauzubillah), kau masih boleh survive duduk dalam rumah selama sebulan. Hehe
Lainlah kalau kaya-raya, masa takde sale pun boleh beli sesuka hati.


Masa aku mula-mula sampai hari tu, kitorang sambar je terus rumah kat Paradise tu... sebab...

  1. Dah start bulan puasa, segan nak menumpang rumah orang. Walaupun Abg Shibi dan Kak Surah sekeluarga sangat accommodating, kami takut rasa macam menyusahkan.
  2. Tengah winter pulak tu. Takkan nak on heater 24/7. Takut pulak bil letrik rumah diorang melambung, nak nak pulak electricity tariff baru je melonjak dengan gemilang ala percikan bunga api pada malam New Year. Harap-harap sumbangan tak seberapa tu dapat meringankan beban diorang untuk tempoh 5-6 hari kitorang tumpang berteduh.
  3. Rumah tu dah kind of fully furnished. So, takde lah jenuh nak mencari barang-barang keperluan (i.e washing machine, fridge, etc) dalam bulan puasa.

Kali ni kena cari rumah yang dekat dengan sekolah Lil Adam, sebab once dah habis IELP nanti, no school bus will be provided. So kena hantar sendiri. 
Terkilan jugak la sebab masa awal-awal dulu takde sapa pun emphasize on that criteria (cari rumah yang dekat dengan sekolah) walhal dah tau Lil Adam memang akan mula sekolah in a few months time.
Lagipun, aku dah tak tahan daulat dengan landlady yang ramas-mesra dan informatif itu.


Masalahnya, most rumah dah naik sewa sampai >AUD300 per week. Kalau 3 bilik, okaylah jugak. Ni setakat dua bilik je. Adoiyaiii...

Aku pun dah decide dah tak jadi nak ke belah west, walaupun lebih dekat dengan lab aku... sebab sekolah yang elok kat belah west adalah kat Torrensville dan Cowandilla. Sewa kat situ? Gulp.
Takpe la aku berulang setiap hari naik bas/tram pun. In a way, sepanjang perjalanan aku pegi/balik dari uni, aku boleh relax layan FB dan berangan.

So, wish me luck, peeps.

..

3 comments:

  1. hehehe.
    baguih hang ni. baguihhh

    ReplyDelete
  2. cepat2 laa abes konvo. hazab mak nak pergi kerja. hahaha

    cepat btol brg ko beranak pinak yer :) semoga dpt mencari rumah idaman hati dan owner yg ok :)

    ReplyDelete
  3. Sabar yer Is, semoga semua urusan dipermudahkan.

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat