Thursday, December 13, 2012

Jakun jumpa fresh cherries!


Selain bersun-bath kat pantai (aku kan dah tanned ala Latina, tak yah la sun-tan lagi)... antara summer activity yang ditunggu-tunggu kat South Australia ni adalah CHERRY PICKING!!!

 

Harus la ciwi (Kedah dialect for 'menunjuk-nunjuk') sebab selama ni cuma kenal glazed cherry je kat Malaysia. Hahaha. Yang kalo deco letak atas cake Blackforest pun rasa tak lalu nak makan, sebab it tastes more like chemicals rather than real cherry!

 
So, weekend lepas, kitorang pegi kat Lenswood (109B Cold Store Road).



Sementara tunggu geng sampai (Farah/Izwan) mesti la bergambar riang dulu bahan-bahan untuk blog.

 

We were given bucket(s) masa kat entrance tu.
Kalo penuh bucket tu ada la dalam 5kg katanya, so kitorang tak le tamak haloba-loba amik sampai 2,3 bucket.

Cherry pertama kitorang jumpa kat atas rumput...sapa punya ntah tergolek.
Dua bijik je pun.
Lepas dah nampak berlambak-lambak atas pokok, terus tak heran dah.
Hahaha




Lepas tu ada briefing daripada staff kat situ, on the how-to's, do's and dont's.


Sila maafkan yours truly dengan gambar gedix ni...Bak kata Mak, engkak-engkak.
Maklum la. Masa kat Sydney/Melbourne dulu pun aku makan fresh cherries yang beli kat market jer.
Hahaha


Antara popular variants yang ada
  • Sunburst
  • Chelan
  • Van
  • Lapin
  • Stella



Tapi setelah kitorang rasa yang Merchant ni (kaler gelap) manis nak mamfus, maka kitorang telah mengabaikan pokok-pokok ceri merah yang lain. Huahuahua

Bucket pun mula dipenuhi oleh Merchant cherries. 
Ye la kan... buat apa nak bawak balik yang tak manis kan?
 

Sambil petik, boleh je sambil rasa. Tapi aku tak berhenti mengunyah.
Dah bukan tahap 'rasa' lagi dah... aku rasa ada la dalam 50 bijik kot aku makan sambil memetik tu. Hahaha



Lil Adib pun suka..tengok tu...sampai bersememeh mulut dia. Nasib baik tak stain kat baju.


 

Berhenti rehat jap.
BF di bawah pokok cherry. Kelles kau, Jah.


Lil Adib Tomeyto sedang berusaha nak makan cherry direct dari pokok.

 


So, lepas dua jam jugak la kitorang naik kembung  'merasa' cherries kat dalam farm tu,  time to go home. We didn't fill up our bucket, sebab kalo banyak sangat, tak tau sapa nak makan. Sebab aku je hantu buah kat rumah tu.


Timbang, ada la dalam 2kg lebih.
Sekilo AUD 5.
So, aku kena bayar AUD12.50 jer.
Kalo nak dengan carton, tambah lagi AUD2.



Sampai arini, cherries yang aku bawak balik tu tak abis-abis lagi.
Dah dua kali aku bawak ke lab (jamu kengkawan)... bagi kat orang sikit... aku kudap sambil tengok TV... Entah camna la diorang yang bawak balik sampai dua tiga bucket tu ye?

Our doctor nak datang sini dari Malaysia early February nanti, harap-harap sempat la dia picking. Tak kira la cherry ke, apple ke... sebab dia dah excited sangat tu. Hihihi


5 comments:

  1. terliurnyaaa....pos laa sket kat aku. hahahahaahhaa

    ReplyDelete
  2. Isabelle,

    aku yg menengok ni pun join jakun gak...

    wow..... gitu rupanya rupa sebenar pokok cerry...

    ReplyDelete
  3. aku suke gile dgn merchant tu
    jarang ade kat Giant or tesco
    kat bakery pun jarang ade
    tpi sedapnya ya hampun
    esp klu uat cheery cheesecake or topping kat rainbowcake
    tpi kdg2 dah sangap
    carilah kat coldstorage
    mahey pun mahey la

    ReplyDelete
  4. mmg dah summer betul ke kat sana? kering garing dah rumput2 kat background tu.. kalo di UK, cherry picking season around may, baru2 nak spring. btw, comel je adib BF kat bwh pokok ceri. sure rasa ceri2 gitu susu dia hehehe

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat