Monday, December 17, 2012

2 months artwork at ET

Nenong..nenongggg...
Mengong...mengong...
Arghhh... aku dalam mode sengal sebab baru je berdiskusi sakan dengan SV dan co-SV.

Well, Lil Adam baru je start school holidays (of the 4th term, of 2012) at East Torrens. Sempat la dia bersekolah 2 bulan. Nampak la ada improvement, walaupun aku tak abis-abis dok risau pasal progress dia. Maybe my expectation is too high- sebab dia anak sulung, dan sebab masa aku umur 6 tahun, aku dah boleh membaca sokkabar. Tapi kekdah pembelajaran kat Aussie ni adalah macam playschool. Relax dan enjoy-enjoy. Jadi pressure tu kurang... aku takut dia tercicir.
Anyway, ni la antara hasil-hasil kerja dia....
 
Yang ni dia buat koala dengan aku...guna bahagian tengah toilet roll tu...



   supaya nanti boleh terus saruk kat pokok, ala-ala koala tu tengah dakap pkok la kununnya. Hehehe

Rudolph the XMas reindeer, inspired by Zakuan (anak Kak Surah)... dengan XMas card untuk Teacher Wendy.

Haaaa...yg ni dia bawa balik dari sekolah. Bell, Xmas tree ornaments dan XMas tree. 
Yang snowman tu siap dikembungkan dengan kertas lagi disumbat dalam perut dia. Hahaha
 

Okay...Itu artworks yang musim XMas. 
Yang ni pulak yang entah bila dia buat, dah hujung-hujung term baru bawak balik selambak ke rumah.
Kelongsong popcorn.
 
Lil Adam and the helper.
 
His very own version of clock. Dengan nombor terbalik. Haihhh..dyslexic kah anakku?

Aku terharu bila tengok gambar ni...
walaupun watercolour tu cair dan brush yang dia gula pun lebar semacam, aku nampak dia lukis  our BigRedCar...dengan traffic lights.

 Sob sob..tetiba rindu kat BigRedCar


This one was hand-painted by him, for Diwali.


Colourful bell..err...yang ni for XMas gak kot.
Rumah 3D dengan pokok dan rumput imaginasi Lil Adam.
 

Yang ni pulak... dia tulis lepas diorang ada aktiviti pegi shopping kat Woolies.

Aku pun tak tau la nape senarai barang yang dia 'beli' tu semua start dengan huruf P je. 
Peas- Pineapple- Pumpkin -Pear- Peppers

 
Walhal dia bawak balik apple sebijik. 
 Konfius...konfius.
  
Apa pun..paling lawak adalah 'journal' dia tentang trip tu. Aku suka interpret lukisan-lukisan dia, sebab dulu masa bercinta dengan MrBoyfren, aku selalu hantar surat dan buat 'karangan bergambar' macam ni. Hehehehe

Hahaha.Gila comel (takde sapa dah nak puji anak sendiri).
Cer tengok octopus tu.



*klik gambar untuk tumbesaran yang cemerlang*
 Dan yang ni paling lawak sebab aku tanya...apa yang dia lukis kat muka 3 orang lidi tu? (gambar last). Lil Adam jawab...tu gigi diorang sebab they were feeling very cold (sambil buat aksi menggetap gigi). Hahahaha



Froggy with googly eyes :)
 


 In this handmade book pulak, dia lukiskan his favourite foods...
 

Watermelon, carrot... dan yang tengah tu aku pun tak ingat dah dia jawab apa (masa aku tanya aritu).
Amacam, nampak tak rupa tembikai dan carrot dia?
 
Yang merah tu bukan wayang kulit, walaupun ada tulang (from icecream sticks) kat belakangnyadan yang selonggok kelabu tu adalah...cer korang teka apa?

Ikan. 
Hahaha.
Siap ada sisik bulat-bulat lagi.
 
3D corner, siap ada buat Mama, Ayah and Adam. Adik dia takde la pulak.
Yang bertampal kat dinding tu adalah roti (dlm bungkusan), sayur (aku rasa la)...dan donut (pink glaze, you!)
Well, aku selalu membayangkan indahnya kalo aku kat sini sebagai dependents yang mengikut MrHubby- mesti aku akan banyak menyibuk buat aktiviti kat sekolah Lil Adam.


p/s:
Ni gambar hari second last Lil Adam nak gi sekolah. Tetiba  dia buat onar tak mau naik school bus, terpaksa la kitorang hantar sendiri. So masa nak hantar dia, Lil Adib sibuk nak bawak toys dalam bagpack. Sama macam perangai abang dia dulu.

Yang nak tergelaknya, beg Thomas dia dia tak bawak... tapi dia isikan toys tu semua dalam bagpack Ultraman abang dia.


Haihhh... sama-sama minat Ultraman rupanya anak-anak bujang aku.
 


 

5 comments:

  1. byk jugak artwork Adam dlm 2 bln. Australia sama mcm NZ, sekolah diaorg tak stress.

    ReplyDelete
  2. i pon slalu pikir mcm tu Is. kalo lah i surirumah yg ikut suami bekerja / belajar, alangkah best nya. lg byk aktiviti bole join and bwk anak. ni x, terpaksa curi2 masa nak pegi mana2. kat sekolah aisyah pon, i je yg x brp nak kenal / mimgle dgn parents lain, volunteer lg jarang skali sbb i betul2 tggu cukup masa baru pick up aisyah, xde nya nak bertenggek 15 minit sebelum pick up time just to socialise dgn parents lain. kalo ada meeting PTA pom, i sllau skip aje haha.

    ReplyDelete
  3. TH,
    risau nnt balik Msia jenuh nak catch up the pace.

    oyis,
    hahaha. i masih free...so ada la sekali dua buat2 rajin socialize dgn volunteers tu. esok2 dah bz..tak tau la

    ReplyDelete
  4. syoknya sekolah mcm ni tak stress. budak2 pun best jer belajar. sekolah kat msia mak bapak yg stress memanjang bila anak2 tak perform. hahahahahahahaa

    tu buah rambutan ker? hehehe

    ReplyDelete
  5. kreatifnya adam! benda2 camni memang make learning fun and exciting for kids! i'd really love to incorporate these into my lessons someday :)

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat