Thursday, December 20, 2012

Hebat dulu, hebat ke akan datang?

Aku rasa jaman sekarang ni, dapat straight A's tu dah biasa. Macam orang sekarang masuk U. Lainlah jaman kakak abang kita dulu (yang lahir tahun 70-an dan sebelumnya), memang grand sangatlah kalo dapat semua A dalam SRP/SPM. Nak nak pulak kalau lepas tu dapat masuk U.

Dulu: Uiiii...anak Pak Mael tu dapat masuk U. Pandainya diaaaaa.

Kini: Kau study kat U mana? (loser sangatlah kalau soalan tu irrelevant kepada penerima soalan.) Nampak sangat masuk U tu dah jadi sesuatu yang biasa. Tak gah dah.



Beserta dengan PMR results yang keluar semalam, ex-student aku ada tulis status kat FB.




Aku ingatkan 'superb' tu memang real superb la, sebab Si Farid ni budak pandai jugak. Sebab tu aku ingat dia overwhelmed.

Anyway, bila Farid cakap 1A pun takde, aku dapat bayangkan... 

Betapa masa tu expectation mak bapak sangatlah tinggi. Yang kat kampung mungkin mencanang kepada setiap jiran tetangga yang dia tersermpak masa on the way pegi pasar. Atau jadi topik utama waktu si bapak bersosial di kedai kopi.
Yang kat bandar pulak, maybe tanpa ditanya pun dia dok rewind-play cerita yang sama..dengan hidung kembang-kempis menyedut oksigen lebih banyak daripada biasa.
Yang mendengar? "Tak tanya pun." atau mencemik ala-ala "Kau ingat anak kau je pandai?"
Cuma dulu orang tak sebut la "Ada aku kesah?" Hihihi

Cuma bila kita tengok balik... kawan-kawan yang tip-top masa kat sekolah rendah atau sekolah menengah dulu, ada je yang menjadi 'orang biasa je' hari ni. Kerja biasa. Lifestyle biasa. Family biasa. (nak family luar bisa, kawin dengan alien la weiii).
Kawan-kawan yang dulunya selekeh atau sempoi je...sekarang dah jadi somebody.

Personally, kawan-kawan sekolah menengah aku ramai jadi orang bagus-bagus. Bisnes sendiri, appear dalam TV (sebagai tokoh, bukan pak pacak), etc. Maybe sebab boarding school tu dah tapis orangnya. Semua budak bijak.
Kita gostan satu tapak. Kawan sekolah rendah.
Ada je kawan-kawan sekolah rendah aku yang dulu tak merasa naik stage pun masa Hari Penyampaian Hadiah, tapi sekarang kemain hebat lagi...  jadi pakar Maths, ada yang tengah buat PhD, ada yang keje kat overseas (tak tau la sekadar 'floor engineer' ke apa) dan macam-macam lagi.

Itu membuktikan result PMR kita tak menjanjikan apa-apa pun.
Keputusan SPM memang penting. But again, itu pun tak menjamin kau dapat kerja elok.
Ada yang rasa dah hebat sangat lah kalau habis buat Degree. Tapi tak jugak. Ada jer yang top student, tapi lambat dapat kerja, masih menternak lemak dan menanam anggur di rumah... sedangkan kawan dia yang kena repeat 2,3, subjects dulu dah 4,5 bulan merasa gaji sendiri.


Cuma masa nak sambung komen kat FB Farid pasal 'being a successful man' tu... At first, aku nak taip - dia dah ada career, gaji makan tak habis, ada kereta besar, rumah besar (ye ke?), bini besar...eh, bini lawa... 
Tetiba aku tekan backspace balik.

Aku rasa tak betul definisi 'orang yang berjaya' kalau aku tulis macam tu.
Macam-macam cara orang define hidup diorang dah successful.

Ada yang rasa... Rumah macam mahligai syahdu, kereta 4,5 bijik menjalar depan laman walaupun belajar sampai SPM je dulu (tu pun  pangkat 2) tu berjaya.

Ada yang anggap ... Cashing cheques lima angka tiap-tiap bulan hasil jualan barang-barang MLM tu dan menayang kat FB/blog sebagai berjaya. Ye la kot. Berjaya motivate orang.
Kalau dia riak, berjaya kutip dosa la pulak.

Ada yang ingat...  Jadi politician, semua orang dengar cakap dia. Maklumlah... ada title Dato. Tu la berjaya bagi diorang. Walhal lawak kat Malaysia mengatakan... dalam crowd, baling je seketul batu, confirm kena kepala sorang Dato.  Lame sungguh.


Ada je kengkawan yang aku dan MrHubby kenal... Bila dah masuk kerja kat Petr*nas, terus cas hebat dan kaya. Cakap nak hebat saja. Dia la dewa, dia la boss. Terus rasa tak cool nak hangout dengan kawan-kawan keje gomen, sebab takleh ajak main golf. Bini orang Petr*nas pun terus rasa tak sekufu nak sembang-sembang dengan bini kepada kawan si husband.
Itu contoh je la. Yang keje kat Pet*nas sebagai pump attendant, tak berlagak pun macam orang tu! Hehe. Eh, tak sama ekkk? :P


Tapi tu la kan. Allah tu Maha Adil. Tak semua yang kita nak tu kita dapat.

Antara yang aku nampak depan mata...

Ada yang kerjaya bagus, gaji besar, family penyayang, tapi masa untuk keluarga terpaksa dikorbankan, maklumlah kerjaya bagus tu menuntut masa kerja yang tak tentu.
Ada yang suami banyak duit, baru buka mulut nak tanya "Abang..cantik tak ba..." terus Kate Spade depan mata.
Ada yang pasangan bahagia, taat dengan suruhan Allah, tapi diduga dengan lambat dapat zuriat.
Ada yang macam elok berkerjaya, duit pun banyak dah simpan... tau-tau perangai pulak failed. Terus takde boifren lekat. Andartu.
Ada yang anak orang kaya, dah beranak-pinak pun masih dapat elaun drp bapak, tapi physicalnya tak la lawa macam Maya Karin pun. Eh, lupa pulak cosmetic surgery mahal ekk? Hehehe


Semua tu mengajar aku bersyukur. Dan sambil tu kena la menilai jugak, dulu aku macam bagus je...tapi sekarang dan masa akan datang, aku hebat ke? Hebat di mata manusia je ke? Hmmm

6 comments:

  1. .:: Bab "Antara yang aku nampak depan mata..." itu saya setuju... Skrg saya tgh muhasabah diri... Huhuhu!!! *syukurrrr Alhamdulillah... ;) ::.

    ReplyDelete
  2. sokong sangat. memang banyak jumpa dah.. moral of the story bersyukur dgn apa yg ada dan jgn riak. btol x?hehe

    ReplyDelete
  3. aku spm 1 nak msuk 2
    but then..
    keje jdi technician je..
    sbb?!
    aku jenis hands on punya
    up bringing bpk aku train aku keje berat
    supposely masma umur 21 lps dpt aircraft mechanic certificate aku mestilah buat easa or aircrfat licence enginner aku..
    but then perancangn Allah tu maha meluas,,
    end up jdi technician kat UIA
    aku jdi lebih jdi manusia
    kawin pun and ade anak..
    even payslip aku takde riban but then..
    ilmu yg aku gain dari kawan2 and university buat aku lebih menilai kehidupan aku bukan dinilai dari duit and pangkat.
    most of my fren yg dah jdi engineer..
    tpi tak kwin..
    still berpeleseran..
    tak semua tpi lama2 boleh terjebak..
    mcm kes aku dulu..
    pkl 3 pagi tak blik umah lagi even bertudung bagai..
    up in the point..
    aku rasa betapa losernya aku ni di mata Allah..
    just wish to all my fren yg dah jauh tersasar diberi hidayah oleh Allah..
    *memori keje kapal..sampai aku tahu ape itu jack daniel..bloody mary..martini..pweehh.mujur tak telan.klu tak rosak dah hati ni.


    ReplyDelete
  4. x semesti nya pandai masa kecik akan 'berjaya' (dlm istilah kerja and duit) bila besar. i tgk ramai kwn2 yg kelas2 bwh masa dulu nya, lebih generate duit berlipat ganda from those yg kelas2 atas. pastu ramai jg beranggapan kalo buat belajar sampai tahap tertinggi, mesti hidup senang. emm... x juga... dulu2 mungkin ye kot. skang kena ada PhD baru jawatan tetap dlm kerja. bottom line, kalo pandai, belajar lah tinggi2 kerana Allah. ada PhD and jd lecturer tu mmg x akan kaya lah, but insha Allah rezeki drpd Allah mmg cukup2 x kurang hehe

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah dgn apa yg ada. kena juga terus berusaha utk jd terbaik dunia & akhirat.

    ReplyDelete
  6. Sama2 la kita bersyukur..supaya Allah menambahkan rezeki kita

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat