Sunday, December 23, 2012

Kebosanan yang berbaloi-baloi

Sedang berehat sementara tunggu kek coklat untuk birthday Ummi siap kelmarin, tetiba Abang Syed call untuk ajak MrHubby temankan dia dan Abg Fizul pegi ke Melbourne. Impromptu pulak tu. Mula-mula kata nak bertolak pagi esoknya, tapi tetiba diawalkan jadi malam tu jugak.

Nasib baik la aku dah pernah jejak ke Melbourne masa winter jaman Master dolu. Jadi kedengkian tu dari skala 10 turun ke 2.5 je. Dan disebabkan trip pun 'balik hari'... 2.5 pun berkurang jadi 1.5 je.

So, untuk kek tu.. aku cuma sempat buat deco simple je, sebab barang baking entah ke mana dah packing (kan kitorang nak pindah rumah) dan aku terus minta MrHubby drop by untuk hantarkan sebelum berangkat ke Melbourne.


Snap gambar pun tak sempat... tapi cenggini je la rupa kek tu (yang dicuri dari Ummi).

Lepas tu, aku dan anak-anak pun semalaman dan seharian la di rumah.
Bosan la jugak sebab dah lama tak duduk rumah 24jam macam housewife. Masa keje dulu pun, jarang sangat aku amik cuti... dan kalau cuti pun, jarang sangat aku melekat kat rumah. Paling lama pun berkurung kat rumah, at least mesti aku nak keluar menghirup udara segar (segar la sangat kat bandar Shah Alam tu) bila dah malam. 
Tapi dah kali ni tinggal dengan anak-anak je... so, aku layan tido, tengok TV, masak dan makan. Dan makan lagi.

MrHubby sampai rumah dah pukul 1 a.m semalam.
Nasib baiklah kepulangannya itu diiringi oleh KFC bucket. Muehehe.

 

Korang mungkin ingat "Elehhhh KFC je pun nak kecoh."

Tapi bagi aku yang dah 6 bulan tak jumpa ayam-bukan-sekadar-goreng-kunyit, adalah menjadi satu rahmat besar. Sebabnya?
Kat Adelaide ni mana boleh makan sebarang fast food (unless kalo kau nak berpegang kepada ajaran ahli kitab. Eleh macam la kebulur mati kalo tak makan  KFC/McD/Hungry Jacks tu!)  Tapi kat Melbourne ada KFC halal. Hehehe.


Pendek kata, berbaloi-baloi jugaklah duduk memerap kat rumah, walaupun hakikatnya aku punya bosan tahap dewa  duduk seharian di rumah dah sampai tahap nak berasap kepala.

So, kepada pasangan-pasangan yang nak outstation, pastikan jangan balik dengan tangan kosong. Terutamanya kalau bini/laki masing-masing jenis yang easy to be satisfied with food. 
Burp!!!

7 comments:

  1. Di sini saya tak berani nak beli KFC unless ke semenanjung..:)

    ReplyDelete
  2. Me shuhada..
    Tu la.dpt cheapskate mcm aku..senang la

    Abd Razak...
    Elak yg syubhah kan?

    ReplyDelete
  3. .:: Heheheh!! Sangat setuju dengan paragraph yg terakhir itu... Nyummmm!!! Nyummmm!!! ::.

    ReplyDelete
  4. i pon last mkm kfc 6 months lps, masa kt london. oh no, tiba2 nk...!

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat