Wednesday, December 19, 2012

Feng shui untuk pindah rumah

Ingat lagi bebelan aku pasal susah mencari aritu?
Actually sehari lepas tu, Alhamdulillah... dah nampak sinar gemilang nak dapat rumah yang kitorang aim, tapi terpostpone pulak sebab boss kepada real estate agent tu macam sengal sikit. Kena submit supporting docs sampai dua tiga kali, which means dah 80% dah potential nak dapat. Tapi lepas dua hari tetiba suruh cari rumah lain. Ciss..harapan pelesu.
So, aku pun terus gegar agent tu directly, dan InsyaAllah tak lama lagi dapatlah kitorang pindah ke rumah baru (yang lebih selesa, harapnya).

Ni le sneak peek rumah tu... Hehehe.


Walaupun belum packing, aku tergerak hati nak pikir Feng Shui untuk berpindah nanti. Bukan la kepercayaan meraban sangat. Aku ni 50% Chinese 50% Malay, so setakat ambil logik yang tak merosakkan aqidah je la.

Bila aku cari-cari tips pasal benda ni...
Ada macam-macam rupanya.

Yang pertama, siap dengan kiraan Chinese Almanac untuk hari-hari yang sesuai dan tak digalakkan berpindah. Tapi takde kuasa la aku nak ngikut sampai cenggitu sekali. Kang kata aku ni syirik pulak.
Biasanya aku berpegang kepada hari Jumaat (sebagai hari yang mulia), Sabtu Ahad (sebab convenient kan..weekend), dan aku cuba avoid Selasa (to seal a deal atau buat apa-apa yang major).


Light up the strategic locations within the home the day before the official moving in date.
Rugi woh. Tariff letrik kat sini dah naik 100% (since July), takkan aku nak biar menyala 24 jam bodo cenggitu je kalau takde orang dalam rumah?



On the appointed day and hour, open the main door with your right hand.
Memang la langkah kanan dan guna tangan kanan. Takkan la guna tangan untuk beristinjak lak. Owhh..maybe kot masa tu tangan penuh angkut barang le kot.


Say a silent prayer and proclaim you are the rightful owner taking possession of your home.
Tak payah. Aku baca surah AlBaqarah je nanti. Kalau aku malas, aku pasangkan mp3 jer. Hehe. Kalo lagi malas, aku baca bismillah jer. Hehe.


Ketua rumah masuk dengan kaki kiri.
Eh... apahal pulak? Sudah...sudah... Kitorang nak langkah kaki kanan gak. Biar la semua kanan-kanan-kanan-kanan, macam kuda ber-gallop je nanti. Hahaha


Buka pintu dan tingkap untuk bagi masuk the flow of energies. Sprinkle handfuls of salt and rice mixture at corners of each space, followed by space clearing with a singing bowl.
Acecece...ni kira macam tabur beras kunyit la kot. But err... Singing bowl? Swinging Bowl a.k.a mangkukhayun aku tau la (restoran kat Adelaide nih).


Light up and turn on water pipes, gas and electrical appliances in order to declare the preparedness and perfect function of your new home.
Bukak kejap je la. Lama-lama kang, tepuk dahi pulak aku nak bayar bil.


Light up a stove with charcoal to symbolize a bright career, warmth at home and the ‘passing on from one generation to the next’. Put a kettle over the stove to boil.
Mana boleh??? Kettle kitorang letrik punya. Kang lingkup la heating element dalam tu :P


Receive a ceremonial red packet and place it at the bottom of the wooden rice urn. Fill it up with rice to the brim and stick a red and gold sticker that denotes ‘Fullness’ (满).
Hmm... tong beras dah ada, tapi bukan la WOODEN. So, to compensate kekurangan tu, sticker tu nanti aku tulis dengan tulisan jawi sekali la.Pa-nun-wau-ha. Penuh. Muahaha


Aku sebagai lady of the house kena pastikan ada 'the five essentials' kat dapur sebagai lambang stable supply of food on the table. Sebotol minyak masak, kicap, cuka, garam, gula. 
Okay, semua ada...kecuali cuka. Boleh la kot beli nanti. Lagipun kan Rasulullah SAW bersabda: 
 "Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. 
(Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

The children will troop in with buckets, pails and cleaning aids. Leave the broom to a later day.
Bab main dengan baldi memang kepakaran Lil Adam dan Lil Adib. Tapi kat sini pun memang guna vacuum jer, so, takyah susah hati la pasal penyapu tu.



Move in your safe into the Northwest sector of the house or a location as advised by your consultant. 
Pass. Aku takde safe deposit box.


Request for another red packet from an elder to symbolize continuation and expansion of the family’s fortune.
Alamak... angpow merah yang MakNgah bagi dulu dah koyak-rabak. Aku nak mintak kat sapa pulak yang dikira elder kat sini nih?




Then aku kena buat fresh flowers arrangement kat living room area. Aku suka contoh yang diberi... orchids (tanda purity), magnolia (for nobility) dan Lily (lambang good fortune and desires). 
So, Cintaaa... jangan lupa belikan bunga pojaan Mama ye. Yay!
Alternatively, boleh gak letak sebakul fresh fruits macam buah oren (lambang prosperity), apples (safety), nanas (good fortune), delima (for opportunities) and buah peach (for good health). 
Yang ni pun boleh la kot nak buat, kalau kebetulan memang dah ada buah-buah tu kat rumah.

Cook a meal and serve tea with the boiled water from the stove. Allow the charcoal to burn out before cleaning it up and then filling it up with fresh charcoal to be place under the cooking cabinet (to ensure stability of income and uninterrupted supply of food on the table).
Bab masak dan teh tu boleh la buat, tu pun kalo dapur tak pakai letrik (hot plate). Wahahaha. Tapi apa susah... kita buat je doa selamat.


Eh coppp. Tapi..last sekali katanya...
Moving in is reserved strictly for immediate family members and should not include guests. The house-warming party is a separate matter.
Hahaha. So, awal-awal berpindah nanti cuma majlis kesyukuran kitorang 4 beranak je la. Ada kelapangan (dari segi masa dan RM, eh..AUD), boleh la jemput tetamu pulak. Harap-harap takde la typical Malays lagi yang asal nampak muka aku je asyik tanya "Bila nak buat makan-makan?"
Heh. Tunggu la ye. Doakan.

4 comments:

  1. bila ko nak buat makan2 ? hehehehehe. keh keh keh.. kalu aku tanya pun bukan mampu pegi :p xsempat ajak ko gi rumah aku makan2 hr tu sebab ko dah gerak ke sana.

    ReplyDelete
  2. uish byk juga Feng shui utk pindah rumah ye.

    ReplyDelete
  3. slmt berpindah. best la umah kat sana, setingkat aje. x la penat nak naik tangga. byk tanah diorg ni. kat UK byknya 2 tgkt. kalo nak yg setingkat, hah, amik mcm kami, 1-bed apartment huhu (plymouth rumah mahal, x de sapa msian students pon sewa rumah 2 bilik).

    smg beroleh lebih ketenangan lps pindah ni

    bila nak wat mkn2 tu ? (haha)

    ReplyDelete
  4. Cisss.ramai pulak yg tny kat sini.
    Takpe..takpe. nnt buat mkn2..ada la entry nye

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat