Wednesday, December 12, 2012

Air tangan? Yay or Nay?


Air tangan. Maksudnya adalah hasil kerja yang diusahakan oleh seseorang, biasanya masakan la. Contoh: "Kuih koleh kacang yang epik ni air tangan mak mentua aku nih.?"
 *aicehhh..bodek MoksuJamal (MIL sendiri) pulek*

Tapi... kalau kita makan kat kedai mamak (contoh je), tak nak la pulak kita dengar orang sebut "Sedap betul air tangan mamak ni.."
Hewhewhew. Maybe sebab orang terbayangkan bulu-bulu lengan Mamak tu kot. (ohh..tetiba aku rindu kat macha-macha Shaaz dan Khalifah Seksyen 3)


Okaylah.
Sejak aku dok Adelaide ni, antara keajaiban yang dah berlaku adalah AKU BUAT KUIH!!!
Wahahaha. Epik woh.
Kalo kat Malaysia, cucoq pisang pun aku beli depan Masjid I'tisam. Inikan pulak nak makan kuih pelik-pelik, pegi je stall/kedai makan mana-mana. Dalam erti kata lain... BELI.

Tapi, dengan tidak semena-mena...aku menjadi rajin menerai (read:try) masak.

Masak lauk tu, aku dah pass senduk kuali kat MrHubby... So, keje aku adalah buat dessert--- especially to satisfy my sweet tooth, dan sebagai buah tangan masa potluck kat majlis sesama kengkawan.

Dua tiga hari lepas, aku gi beli frozen durian dan buat Durian Crepe.
Sebagai Hantu Durian, menahan godaan adalah sesuatu yang sangat susah. "Tidakkk... Jangan la goda I. I tak rela you."
Tapi akhirnya aku tertewas jua.



Mahal woh durian kat sini. AUD 6.95 baru dapat 3,4 ulas. Tapi kira okay la untuk lepaskan gian.
Aku tak terbayang kalau aku mengidam cempedak kat sini... celah mana pulak aku nak cari?

So, ni le bahan-bahannya...

  • Tepung gandum,  campur sikit dengan tepung ubi
  • Santan/fresh milk
  • Secubit garam
  • Whipped cream tu aku buat sendiri je pakai thickened cream. 
  • Colouring -kuning! (aku tak faham nape ada orang buat kaler hijau, pink bagai. Kan ke warna kuning tu untuk resemble warna isi durian! Ngeng!!!)
Resepi ni aku bega-bega daripada macam-macam sumber, tapi takde la mengada sampai guna 7 jenis tepung.

Buat crepe...nipis-nipis, jangan tebal. Nanti jadi macam pancake!


Put a dollop of cream kat tengah tu, dengan isi durian... dan tambun lagi dengan cream.
Lepas tu lipat ler... apa lagi?


Selain daripada durian crepe, aku jugak dah pandai buat Kuih Bakar/ Kemboja.
Hebat la bagi aku yang selama ni tau makan je. Heh.


Apple sultana strudels.

Curry puff (rupa sama je macam yang kat atas ni.)
Aku buat yang puff la, aku tak try lagi buat karipap yang kena canai kulit karipap biasa tu)

Buah melaka sap-sap-suiii.


Cucoq keria.
Yang ni kalau Lil Adam tolong golekkan gula... memang dia rajin. Tapi dia boleh hadap sampai 10 bijik sekali makan.


Pizza campak-campak.Ni buat masa majlis housewarming aritu.



Yang ni cake yang aku buat masa Muslim Princess Dinner aritu.


Aku jugak ada buat desserts biasa-biasa macam
  • Bubur Pulut Hitam
  • Serawa Pisang dengan Sagu
  • Bubur Kacang Hijau.
Alhamdulillah aku dianugerahkan kekuatan dan kerajinan untuk buat semua-semua ni.
Sempat aku tanya kat MrHubby, nanti balik Malaysia... agak-agak kita rajin tak masak macam ni lagi? 
Dia jawab "Ehhh.. bukan kita makan kat kedai balik ke?"
Hahaha. Takut dia kena terus pegang senduk kuali kat dapur lettew.

9 comments:

  1. bravo ! hebat2.blk msia lepas ni boleh bukak kedai dessert :)

    ReplyDelete
  2. betul3! bukak kedai dessert sebagai side project..amik saya utk jage kedai..kikiki..sedapnye durian crepe tu..yumm!

    ReplyDelete
  3. wahhhh! geng la kita.. i pun br buat durian crepe semalam - sedap kan yum yumyum.. nanti balik boleh la i rasa kuih2 u yang lain tu hikhik

    ReplyDelete
  4. Tudia... tak semena no... agak2 lg 2 thn ni cnfm boleh bukak kedai ni. :-)

    ReplyDelete
  5. Hah Is, kang ada sedara mara dari Malaysia tak baca entry masak-masak ni? Kang balik dok pakat suruh ambik tender buat kuih muih kang

    ReplyDelete
  6. bila duk di perantauan semua jd bole buat hehe. i pon terpikir2 jgk, balik ni masak sendiri ke, sambung pe'el beli kat kedai? problem nya ialah kat msia nnt waktu kerja x flexi mcm masa belajar, tu yg plg takut..

    ReplyDelete
  7. elissmie,
    mcm le byk duit sgt kan? haha

    ati hime,
    nnt tkg jaga kedai mkn smpi abis x?hehe

    aidaikmal,
    blk nnt, rajin ke i?

    me shuhada,
    ha..hang bg modal, buleh la diusahakan.

    gina,
    i low profile xbgtau kat family. takut nnt dikerah masak. so pretend je x pandai masak.haha

    oyis,
    betul tu. alasan kukuh sgt...blk ni terkejar2 dgn keje, fetch anak, penat...so last2 mkn kat kedai. hahaa

    ReplyDelete
  8. wohooo~ hebat la maksu, masterchef la ni =)

    ReplyDelete
  9. wahh... kagum seh.... klu dok luar negara camni la kan? mesti kena usaha buat jugak kalau teringin

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat