Monday, December 10, 2012

Cara- cover malu bila tak ingat nama org

"Heiii.. lama tak jumpa kau. Makin sihat nampak? Sekarang kerja kat mana? Ooo ni anak-anak kau la ekk? Aku macam ni la...bla..bla..bla..."

Lepas 2,3 minit... (sambil salam)
"Okay lah. Nanti bila-bila jumpa lagi. Boleh nge-teh ke...apa ke."

Siapa tu, bang?

Kawan sama universiti dulu.

Ooo. Sapa nama dia?

Entah.

Eh, boleh pulak cenggitu?
Pelik aku. Sembang bagai nak rak, tanya itu ini. Tapi tak tau nama.

Aku ingat, aku yang 'bersalin students' tiap-tiap semester ni je yang tak hafal nama orang. Harus la kan, kalau satu kelas dah melarat sampai 80 orang. Tapi sekali kalo aku ingat, dengan spelling dan nama bapak dia pun aku boleh bagi.

Kadang-kadang kita ingat muka orang. Tapi tak ingat nama.
Macam tu la kot aku assume, maksud MrHubby.

Pernah juga aku argue...

Orang lelaki lagi la tak pernah bother nak ambik tau nama betul kawan-kawan, apatah lagi full name. Contoh la.. Kalo panggil Doyok, dah tentu la nama dia bukan Abdul Doyok, dan kalau panggil Burut, aku rasa nama dia mesti bukan Mohd Burut. (#ifyouknowwhatitreallymeans)

Aku membebel... "What if kawan tu eksiden.. dan polis/saksi call tanya 'kenal tak encik sekian-sekian (nama penuh dia)... "
Silap haribulan boleh jawab.. "Ntah..saya tak kenal pun orang nama macam tu."


So, untuk mengatasi masalah tu, aku guna either one of these tactics.

Taktik#1 
Biasanya kita akan tukar-tuar no.hp kan sebelum berpisah...so inilah masanya.
Aku save-kan nama orang dengan cara-cara untuk aku ingat dia. 
Contohnya aritu masa Muslimah Princess Dinner, aku kenal orang baru yang mukanya sejibik macam lawyer aku, Jaslina. So, baru-baru ni MrHubby gelakkan aku bila dia belek phone book dalam henpon aku, dia jumpa nama...
Oz Aina mcm Jaslina

Hahaha.
Itu untuk orang baru kenal. Takpe lagi.




Kalau kawan lama yang kita dah lupa nama? Kena la guna taktik lain.


Taktik#2
Sekarang ni, aku guna taktik ni.. (masa nak save no.hp) aku akan bagi hint... lepas sebutkan no.hp aku.. aku akan sebut "Is" (supaya dia save nama aku sebagai Is, just in a case he/she has forgotten my name).  
In return, aku expect dia pun sebut nama dia la jugak. Hehehe
 
 

Taktik #3
"Ni nak boh nama glamer ke nama penuh ni?"
Biasanya dia akan sebut la nama dia.

Err...nak spell macam mana ni?
 
Walau bagaimanapun, taktik itu tetap boleh terkantoi. Hehehe


3 comments:

  1. aku suka terus terang. eh apa nama ko? series lupa..kekekeke

    ReplyDelete
  2. i slalu ckp je, 'sorry i'm bad with names, what's urs again?'

    the perks of being 30s and above. org x marah sgtkalo dah pelupa tu :P

    ReplyDelete
  3. kalau nama students mmg tak ingat walaupun katalah ada 20 org je dlm satu kelas. Tp kalau satu kelas ada 3 org Muhammad, mmg susah ler. (students arab kan byk nama Muhammad/ Ahmad).
    Kalau kwn2 lama, selalu tak malu2 dah tanya je nama atau mmg guna taktik nak ambik no hp la.

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat