Mata selalu menjadi daya penarik. That's why people say, dari mata turun ke hati. Tapi kalo tak menjaga pandangan tu, asyik meliar je pandang merata, satu kes lagi la pulak... Hahaha
Ada orang kata, mata jenis begini-begini...personaliti tuan punya mata begini-begini.
Okay..pertama sekali, sila ambik cermin (tak kisah la cermin muka ke, compact powder ke, side mirror moto yang korang simpan dalam beg ke).
Then, telek mata anda betul-betul.
Kategori manakah mata anda?
Mata besar dan bundarPetanda mata anda kategori ni: Kalo masa korang membaca atau berdiri tengah panas pun orang tanya
"Nape kau beliakkan mata macam tu?"
Orang bermata besar ni biasanya pemarah, kuat berahsia, otak kurang cergas, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
Alamak. Tak jadi nak ngaku ni kategori mata aku! Hampes.
Mata kecikKalo tak masuk kategori atas tadi, atau tak pernah ada orang tegur "
Besarnya mata u! Cantik la!" (ehem, sila makan hati)... jangan ragu-ragu lagi. Ini la kategori anda.
Orang macam ni biasanya peramah, banyak cakap, tapi kurang pertimbangan. Periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
Oops!
Mata sepetAdapun sesetengah orang pulak, mata dia saiz sederhana (lagu Yang Sedang-sedang Saja nyanyian Iwan sebagai background music) tapi sepet without double eyelids.
Petandanya: kalo dah selalu strangers tiba2 sembang dengan korang dalam Bahasa Mandarin/Kantonis may be sebab muka korang macam Cina la kan).

Orang ni biasanya sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab dan perlukan belaian mesra.
Woh! Takkan semua Chinese masuk kategori ni? Tak aci la...
Mata terkedip-kedipOrang kata, jenis mata rajin kedip ni pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.
Tanda-tandanya: 10 kali sekejap dok buat batting eyelids tu (ala-ala minah gedix) dengan meliuk-lentokkan kepala.
Research mengatakan dalam sehari, kita berkedip 15 000 kali. Si kalo dah sampai 30 000 kali tu, bagi aku itu menandakan bahawa...
- Anda sedang panik atau takut
- Anda sakit mata/mata masuk habuk
- Anda saja gatal nak main mata
Aku cucuk mata tu kang, baru tau!
Mata jarang berkedip
Kalo tak cecah 15000 kali, maka dikira kategori ni la.
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.
Orang yang mata jarang berkedip adalah yang sesuai dibuat pasangan. Kenapa?
La... kan tadi aku dah cakap, kalo rajin kedip tu tanda gedix.
Ahhh..takde kuasa aku nak kira berapa kali mata laki aku berkedip dalam sehari. Korang ada kira ke?
Wahahaha....