Aku dan Acik beza cuma dua tahun. Well, kalo kira betul-betul...actually cuma setahun dua bulan, sebab Acik was born in December, dan aku February.
Kami membesar sama-sama, main Scrabble sama-sama sampai gaduh (sebab Acik selalu mengelat), mandi telaga sama-sama (masa kecik la!), main bayang-bayang jadi penari kabaret waktu malam (masa takde karen lagi), pegi mengaji sama-sama, ponteng mengaji sama-sama.... dan macam-macam lagi sama-sama.
Biasanya, aku dan Acik tak dapat duit belanja pun masa pegi mengaji. So, kami selalu 'pao' duit syiling dalam celepa Brylcreem Tok. Aku pernah cerita pasal ni aritu (Read: HERE)
Ni semua gara-gara dekat dengan tempat mengaji (rumah TokCik Pa), ada kedai Mak Tom/
PakDin. Tu kira port nak melencong paling best la at that age. Jaman tu
mana reti melepak, so melencong 15minit tu dikira heaven la. Hehehe..
Tapi kami pao pun bukan banyak-banyak. Sekupang dua ja. Amatur la katakan.
Pao mesti ada strategi. Kalau sekali pao banyak, esok-esok dah tak leh pao dah. Lagipun, takut la kantoi dengan Tok (tapi aku rasa Tok memang dah tau pun, tapi dia buat-buat tak tau).
Aku biasanya akan invest sekupang tu untuk beli ais kepal. Kalau ada dua kupang, boleh la beli ais kacang.
Gambar hiasan
*ais kepal Kedai mak Tom cuma bubuh air gula kaler merah je*
Acik?
Haaa..dia kan jantan.
Dia akan guna duit dia untuk main game.
Alaaa..game tong yang kita bubuh duit syiling tu, pulas, dan keluar kacang.
Jenuh aku cari rupa tong game tu nak tempek kat blog ni, tapi tak jumpa.So korang buat-buat macam faham je la ye.
Game yang paling 'in' masa tu adalah Western Bar.
Sambil Acik main game, aku makan la ais kepal aku. So, aku tak merungut banyak.
Tapi kalau ais kepal aku dah tinggal plastik, tapi game dia tak Game Over lagi...mula la aku tak senang duduk. Dan untuk men'diam'kan aku... Acik akan bagi aku makan kacang botak yang keluar dari tong game tu.
Kiranya instead of pemain game yang mengudap sambil main game, aku le jadi tukang makan. Acik rela je, janji aku tak bising ajak balik. Hehehe.
Yang ni versi iPhone.
Haaa... yang ni...
kaler oren tu nampak la mambrang sikit, baru la real. Hahaha
Nampak gaya anak-anak jaman sekarang tak merasa la nak melencong lepas mengaji.
maklum la... banyak sangat crime. mengaji pun berhantar, berjemput... main game pun kat gadgets je la.
Sekian sahaja imbasan nostalgia arini.
Tetiba aku rindu kat abang aku.
Betapa indahnya setiap kenangan kan... seberapa banyak pun harta yang kita ada, sehebat mana pun kenderaan yang kita gunakan, tidak mampu untuk kita balik ke sana, mengulangi semula detik yang kita tinggalkan itu... dan alangkah bertuahnya seseorang, bila dia di rindui oleh seseorang yang merinduinya.... :-) Hargailah setiap kenangan...
ReplyDeletewuuuuu.....aku pon rindu kat hang...rasa nak balik pi zaman tu balik...kena pi la ngji banyak mana pon asai bleh pi balik zaman tu...betapa bestnya...mmg kenangan yg xbleh nak lupa....
ReplyDelete