Mudahnya bila internet di hujung jari.
Click-click. Tap-tap. Boleh tau cerita di seluruh pelosok dunia. Dah tak payah tunggu depan tv, tak perlu duduk hadap komputer. Sambil baring-baring mata separuh nak pejam, sambil suap makanan kat restoran, sambil tertonggeng kepala ke bawah kaki ke atas pun boleh baca updates dan cerita kawan-kawan dan ahli keluarga.... waima strangers sekalipun.
Hebat kan?
Bak kata pepatah yang aku baru nak create... Riak di hujung jari.
Heh.
Korang tak percaya berapa banyak riak yang wujud dalam laman sosial?
Cer korang luangkan 15 minit untuk scroll dan belek updates kengkawan. Dalam masa sesingkat tu, berapa ramai yang korang boleh pangkas dengan ayat "Eii..perlu ke?"
Maybe secara azalinya memang kita semua ada rasa riak, ujub, takbur, bongkak ni... tapi sebab dolu-dolu kita cuma dapat cerita kat orang yang kita jumpa je. Tu pun, maybe diorang akan balas "So what?"
Bila adanya Facebook, blog, Twitter, Instagram, Keek segala toknenek ni... kita bebas nak express. Sebab Mark Zuckerberg tak wujudkan butang "So what?". Maka paling teruk pun, orang cuma akan ignore je.
Meh kita analyse tahap-tahap riak yang ada.
Riak tahap 1.
Terang, jelas lagi nyata. Macam izhar halqi.
Fuhhh... Aku berjaya memiliki Mercedes sebelum umur mencecah 30. Sila makan hati.
Yang ni walaupun terang-terang dia kerek, tapi biasanya orang layankan aje... sebab at least, dia jujur. Kawan aku yang pe'el macam ni, selalu ramai je yang like status dia.
Jaman sekarang ni ramai orang berlumba-lumba sebab rasa inferior kot.
So,bila dapat tunjukkan kat dunia yang dia ada something untuk
dibanggakan, rasa macam legaaaaa gitu.
Riak tahap 2.
Cover-cover tapi sebenarnya memang nak bagi orang nampak.
Contoh:
"Alhamdulillah. Selamat dah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Nak singgah makan kat Itali jap sebelum balik."
Tempek gambar jari ada kesan dakwat kekal-kalau-tak-lupa-goncang, ber-backgroundkan stereng yang nampak logo jenama kereta dia. Cincin berbatu-berlian-sebesar-batu-jemala-patik yang asalnya kat jari lain, dah ditukar siap-siap kat jari yang stained kena dakwat tu. Alang-alang nak snap, biar la orang nampak. Ken???
Dan sengaja je sebut nak makan kat Itali, walhal nak gi makan kat Pizza Hut je pun.
Propa!
Yang ni sama macam tahap orang boh status "Handbag Prada ni, harap je mahal dan matching dengan I punya Christian Louboutin slingbacks, tapi takde compartment. Susah la nak cari iPhone6 I kalo tiba-tiba berdering dalam beg. Benci taw!"
Perlu ke mention Prada? Tak boleh sebut hadbag je?
Kenapa mesti specify Christian Louboutin? Tak boleh tulis 'kasut' je?
Nak jugak sebut 'iPhone6'... instead of henpon/telefon. Ye la, Kalo tulis henpon je pun, rasanya orang dah assume kau pakai smartphone. Saja je nak emphasize.
Riak tahap 3
Ni tahap takbolehblah dan saja pakai reverse psychology.
Contoh:
Upload gambar sendiri dengan muka paling comel (konon) dan letak caption "Titew tak chomeyl, tapi hati titew baik tawww."
sekadar hiasan
Susah-payah kau cuba reverse-psycho orang mengatakan kau tak comel, supaya ramai la yang berlumba-lumba tinggal komen
"Siapa cakap u tak comel? Buta ke dia tu!"
Tapi...kalau ada yang setuju dengan caption dia tu dengan meninggalkan komen "Memang pun tak comel. Baru nak sedar diri?" ... yang tu memang mengundang sentapan si tuan punya gambar la.
Keji kan? Salahkah aku nak agree dengan statement kau sendiri? Hahaha
Memang tahap harus dipanah petir.
Well, aku buat entry ni bukan la nak kutuk tukang-tukang riak... buat reminder je la. Kalau alang-alang nak riak tu, masuk la Riak Tahap 1- senang orang nampak, dan tak la annoying sangat.
Aku pun ada perasaan riak. Cuma antara nak tunjuk atau nak cover je. Sebab riak tu syirik kecil.
Nak tau contoh riak aku?
"Terima kasih, Cinta. Bertuahnya I. Minta Coach, dapat LV. Next week, kita tour pegi makan angin kat 6 negara pulak ye?"
Kau mampu?
hahhaa..sakit perut gelak baca entri ni
ReplyDeletetq hubby by i tab(wpun sblum tu dapat pelempang free sbb bergaduh) tp dlm fb x cite la kan..
kisah benar sorang kenalan
Haha. Mana nak ngaku..sbb bab pelempang tu takleh riak. Haha
Deleteaku suka gambar tu..hahaha..
ReplyDeleteAgaknye tuan badan tu riak x bila gmbr dia terpilih masuk slm blog ni? Hehe
DeleteKahkahkah...sambil baca sambil gelak. Tak menahan tgk gambo tu ☺☺
ReplyDeleteGmbr hiasan je tu. Kang tuan punya mintak royalti..mampuih mak noks
Deletehehehehe suka2
ReplyDeleteQ
Ishh..riak la pulak sbb ada org suka entry I. Hahaha
Deletelike sgt2 kak entry ni..haha..
ReplyDeleteNi pun x ter-express semua lg ni. Tapi kira boleh la kan.
DeleteSmpi gak msg
hahahha. betul2. sebenarnya skrg selalu dok fikir jugak nak tulis status apa supaya tak bunyi mcm riak.
ReplyDeleteyang pasti Kak Ton comey dak??? hahahahahahhaa
ReplyDeletekahkahkah!!!entry kali nie memey xbleh blah...kahkahkah!!!
ReplyDeleteamboiii name dropping x ingat. bird dropping nak? (ckp kat org yg riak itu begitu)
ReplyDeleteaduh, ngekek-ngekek aku gelak...
ReplyDeletea very sentap reminder.