Monday, May 27, 2013

Why should a wife shop alone?


I believe ramai lelaki yang tak suka ikut pasangan bershopping.
Kalau masa bercinta, kemain lagi mengekor berkepit sama-sama. Tapi bila dah kawin, sorang dah 100m ke depan, yang si bini pulak tertinggal kat belakang mengheret anak dan barang-barang yang dibeli. 

Kalau dapat supplementary credit card ke, tak kisah la nak shopping sorang-sorang. Tapi nampak sangat macam si laki tak sudi temankan bini syok sendiri. Hahaha


Masa aku tak kawin lagi, aku pernah date dengan lelaki yang rajin temankan shopping. Diulang, rajin temankan aku shopping... bukan temankan aku rajin shopping! Bukan apa... orang pompuan kan biasanya nak ada teman untuk bagi pendapat- fesyen yang dipilih tu sesuai ke tak, kaler kasut yang nak dibeli tu elok ke tak. Aku bukan nak minta diorang bayar pun, sebab aku biasanya bayar sendiri barang yang aku nak. 
Eh, sapa kata lelaki tak pandai bagi pendapat? Tak payah la tunggu ada kawan gay atau metrosexual untuk ada fashion sense yang bagus. MrHubby aku tu walaupun tak ubersexual, reti je bagi pendapat--- sesuai atau tak baju atau barang yang aku berkenan nak beli.

 
Tapi aku pernah gak date dengan lelaki yang malas nak ikut pilih barang. Dia cuma cakap "Haa..awak masuk la sorang-sorang, nanti nak bayar, panggil ye."

So walaupun hampes cenggitu, dimaafkan la sebab dia tolong bayarkan. Kalau aku jahat dulu, aku dah kikis sampai botak. Hahaha.


 
Anyway... kalau dah lepas kawin pun, suami masing-masing masih tak nampak ciri-ciri mithali nak ikut shopping, baik tak payah ajak langsung la...
Kang jadi macam ni, haru....


1 comment:

  1. Lebih suka shopping sorang2 dari shopping dgn somi.

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat