Hari ni aku tak mau cerita dah pasal cikgu-cikgu kesayangan aku, sebab dah puas aku seru nama diorang kat blog ni (2007 here, 2009 here, 2011 here)... tapi masih takde jodoh nak jumpa balik diorang. Sedih tau.
Semalam, aku tengok kat Facebook, ramai betul pakat-pakat balut hadiah untuk cikgu anak masing-masing. Ada yang bagi tudung 3 tingkat ropol ala langsir, ada yang bagi pen, ada yang bagi pouch jerut customized dengan nama...macam-macam lagi la.
Cuma tu la... Hadiah-hadiah ni mostly daripada mak bapak, bukan anak murid tu sendiri.
Aku dengar cerita, ada cikgu yang dapat perfume, dapat kain pasang. Cikgu tadika yang dapat rantai tangan/ loket emas pun ada. Cuma belum aku dengar lagi cikgu-cikgi ni dapat hadiah kereta dan rumah je. Nampak sangat membodek kot! Anyway, kalau dah sampai tahap bagi smartphone tu, masing-masing dah patut check la kot-kot laki masing-masing yang beria nak appreciate cikgu si anak sebab ada udang di sebalik mee. Heh.
Back to 'hadiah daripada anak murid'.
Maybe ramai yang kata... budak-budak mana ada duit nak beli hadiah mahal?
You are wrong, man.
Hadiah tak semestinya mahal. It's the thought that counts.
Contohnya jaman aku dulu... hadiah-hadiah adalah affordable dari tabung anak murid sendiri.
Tak payah menyusahkan mak bapak.
Masa tu..paling banyak orang bagi sabun ketul (sabun mandi) kat cikgu. Biasanya sabun Popinjay la, yang kaler hijau ada gambar burung nuri tu. Wangi wo!
Maybe itu cara berhikmah nak tegur cikgu "Cikgu ni ketiak busuk la, cer pakai sabun ni...confirm wangi!"
Mampu kan?
Ada yang maju sikit, bagi pen Kilometrico. Ball pen je, bukan pen dakwat basah pun. Dolu mana ada FaberCastell, Parker, BiC bagai. Tak payah bagi pen MontBlanc... Kilometrico pun best apa. Ada bagi pen merah, pen biru. You marah, I love you. Eh?
Maybe sebab cikgu kan sinonim dengan pen. So, nak bagi galakan la supaya lebih banyak menconteng kat buku anak murid. Hehehe.
Harga pen masa tu pun baru 60 sen. Aku rasa la.
Murah dah tu... takkan itu pun nak tanya "Kau mampu?"
Tapi aku tak tau la kalau jaman sekarang cikgu-cikgi yang dah biasa dilambakkan dengan hadiah mahal akan terasa "Weh..hadiah murahan apa ni? Tak 'in-trend' langsung!"
Aku sendiri, masa sekolah rendah dulu, tak main la hadiah tipikal... sabun apa barang? Hahaha (poyo!) Aku suka bagi bunga ros sorang setangkai kat cikgu. Sentimental la sikit. Biasanya aku pesan kat Along, suruh beli kat kedai bunga depan panggung wayang Cheok Sah kat pekan BM tu je.
Bunga ros sekuntum 80sen- singgit je at that time. So, aku beli plastik hamper tu...dan balut sendiri bunga tu. Save cost.
Aku kumpul duit belanja sekolah, dan dapat la beli bunga ros untuk cikgu-cikgu favourite aku. Yang tak menjadi cikgu pojaan aku, tak dapat la.
You see?
Tak perlu bodek cikgu dengan hadiah mahal. Afterall, yang penting.. hujung tahun, mesti nak naik stage masa Hari Penyampaian Hadiah (Huh! Nama tak glamer langsung, bubuh la Hari Anugerah Kecemerlangan ke... Hari Apresiasi Kehebatan Akademik Gemilang Terbilang Temberang ke, baru la komersil sikit).
Kalau bagi hadiah kain sutera ke, cincin batu diamond 24juta ke... tapi last-last belajar nye tak pandai, tak guna jugak. Kalau aku la, as an educator, akan rasa such a failure.
Okaylah..cukup pasal tu.
Sekarang aku nak tanya, korang tau ke kenapa Teacher's Day kat Malaysia disambut pada 16 May?
Haaa...tu pun tak tau?
This date was chosen because on the same day in 1956, the Federal Legislative Council of the Federation of Malaya endorsed the Razak Report, one of four reports of the Education Committee regarding education in Malaysia. The document, known as the Razak Report after Tun Abdul Razak who was Education Minister at the time, has been the basis of education in Malaysia ever since. Although it is not an official school holiday, celebrations are usually held on May 16, or earlier, if it falls on a Saturday or Sunday.
Hehehe. Aku pun baru tau...sebab semalam aku google nak cari pasal Teacher's Day in Australia. Apparently it falls on every last friday in October.
Last but not least, I am glad I am somehow a 'teacher'. Sebab in a way, aku ada pahala berpanjangan (InsyaAllah), selagi students aku memanfaatkan ilmu yang aku ajar. Amin....
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
“Bukan umatku sesiapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, tidak kasihan kepada orang yang lebih muda dan tidak menunaikan hak guru-guru.” (Riwayat Ahmad, At-Thabrani dan Al-Hakim)
“Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka.” (Riwayat At-Thabrani).
“Bukan umatku sesiapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, tidak kasihan kepada orang yang lebih muda dan tidak menunaikan hak guru-guru.” (Riwayat Ahmad, At-Thabrani dan Al-Hakim)
“Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka.” (Riwayat At-Thabrani).
“Ada tiga golongan yang tidak boleh dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik; Orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil.” (Riwayat At-Thabrani)
terima kasih sudi mengajar kami.Lecturer yg tdk pernah kisah bersusah payah bersama kami spnjg aktiviti, useful comments, thoughts,
ReplyDeleteknowledge.kesihatan, kebahagiaanmu sentiasa dlm doa kami, insyaAllah
-hydrology & safety class.
Zaman akak sekolah dulu2 jarang ada murid2 bagi hadiah kat cikgu almaklumlah sekolah kampung ramai ibubapa yg tak mampu, ada juga yg mampu bagi. Selalu cikgu akan buat majlis makan2, masak ramai2 jemput AJK PIBG dan ibubapa sekali. Pas tu makan ramai2.
ReplyDeletecikgu2 kat sekolah je yg beria2 dpt mcm2. Cikgu2 kat uni selalu tak de merasa dpt apa2. Byk students yg tak perasan pun Hari Guru bila dah di peringkat uni kan. Ada kat cikgu2 zaman skrg yg mmg siap memilih dan cakap tak nak hadiah pen, mug atau apa2 yg murah2 tu tau. Sabar jelah. Anak knur buat kad sendiri nak bg kat cikgu2 yg dia sayang.
ReplyDelete