Semalam, sedang aku bermalas-malasan kat sofa, ada satu Private Number call aku. Ntah jantan mana ntah. Tau-tau je kata nak 'just chit-chat and get to know' aku. Whatthefotosintesis?
Aku ni bukan la budak remaja sekolah menengah yang gedix lagi desperate... pantang ada orang nak berkenalan je, layan. Baca betul-betul... Aku dah melepasi tahap gedix lagi desperate tu, tapi belum melepasi usia remaja. Hehehe.
So, setelah dua tiga kali aku tanya nama dia, aku cakap aku tak kenal... dia insist kata...sebab tak kenal la, nak sembang-sembang bagi kenal (in English la).
So, aku kata dia silap number kot.
Dia cakap "No, I got your number from your friend in UWA"
Aku argue "What's that friend's name?"
Dia bagi nama "T**** (Indonesian)"
Lawak bodo apantah. Dah la aku kawan aku tak banyak kawan kat Western Australia, kalau ada pun bukan nama T****.
Nampak benor menipunye, bak kata Usop Wilcha.
Lepas refuse banyak kali, last-last aku kata "Sorry, I am not interested." and hung up.
Dia call balik, aku reject.
Silap pulak semalam aku tak balas yang aku ni bekas banduan dan ada anak, tengok kot-kot dia takut tak.
Entah apa-apa la mamat tu. Tadi ada dia call lagi, aku angkat, dengar suara dia dan letak.
Sori la, aku tak interested dengan random numbers macam ni.
Okay, itu dah melencong topik.
Citer asalnya adalah pasal dating Lil Adam...bukan le dating aku. Hahaha.
Well, Lil Adam sekarang ni ada playdate. Bukan le dengan awek, but with a German boy. It started when Felix's parents sent us a letter--- ajak anak kitorang main sama-sama. Ewah..macam jaman dolu-dolu pulak siap hantar surat nak ajak pegi date.
So basically sekarang ni, hari Khamis (kadang-kadang hari lain) Lil Adam akan pegi rumah Felix lepas sekolah. Biasanya Maryse (Felix's mom) yang ambik diorang dari sekolah, dan terus bawa pegi rumah diorang.
Dalam pada aku jenuh prepare makanan untuk dia makan kat rumah Felix, kadang-kadang dia tak sentuh langsung pun... sebab syok sangat dok main. Hampes.
Dan biasanya hari Ahad, Felix datang main kat rumah kitorang pulak.
Ni gambar yang aku sempat snap masa Rudi (Felix's dad) datang nak fetch Felix aritu. Timon adik Felix tu dah ter-mem'barai'kan bean bag... so jenuh la diorang dok main biji-biji styrofoam tu -_-
Lil Adib Tomeyto kena marah sebab sibuk nak 'ketuk' orang dengan robot arm tu.
Biasa ni!!!
Sina (Felix's sister) eating an orange.
Comel... (mode berangan kalau ada anak pompuan with golden hair!)
Tapi menengokkan 'disaster' nya nak menenangkan anak-anak ramai macam ni, terbantut niat nak bagi adik kat Lil Adib. Huhu
Comelnya mereka.
ReplyDeleteAlololo...siannya lil adib tomeyto kena marah ☺☺
wah kelas. ada date gitu :) comelnya rambut gegirl tu :)
ReplyDelete