Wednesday, May 8, 2013

Nak bini macam Aishwarya, laki macam Ashraff Muslim?

Dulu semua (okaylah bukan semua, most) lelaki teringin nak ada bini macam Aishwarya Rai. Maklumlah... bak kata lagu jaman kecik-kecik dulu...
"Hidung mancung seludang... ♫ ♪ betis bagai bunting padi ♫ ♪ sungguh cantik dipandang ♫ ♪"



Tapi bila lepas beranak... dia mengembang macam tertelan Mauripan,  dagu pun macam kek terlebih baking soda... terus semua pakat kata 

 "Aku maksudkan Aishwarya lain la. Bukan yang ni...." (#cover malu)

"Eh...aku bergurau je dulu tu. Muka aku ni, mana la layak dapat yang lawa macam tu" (#baru sedar diri)






Itu untuk lelaki.
Yang pompuan pulak, arakian keluar cerita pasal Ashraff Muslim kawen dengan Dayana, tetiba terus ngaku minat kat si Ashraff. Walhal sebelum tu tak pernah kenal pun mamat ni berlakon cerita apa.

Almaklumlah... orang ada rupa, dan alim (masa tu kan dia baru je menceburi bidang perubatan Islam). Maka regardless tahap kegedikan dan kelawaan diri, pakat-pakat la jeles kat si Dayana. Siap ada yang meng-offer diri lagi nak kawen dengan Ashraff.


Sekali...bila semalam keluar cerita pasal Ashraff berniat nak kawin lagi satu, tapi Dayana redha... ramai la yang mengutuk dia. Termasuk la pompuan-pompuan yang dulu gilakan si Ashraff ni. Ramai yang kata baru tiga tahun kawin tak dapat anak, dah gatal nak menikah lain (walhal dia tak sebut pun nak poligami tu sebab zuriat). 
Yang lagi aku pelik, si Dayana tu dah cakap redha, ramai pulak yang 'I-feel-you' dan membantah-bantah.


Aku pelik sangat orang kita ni. Mengaku tahu poligami tu halal, diizinkan Allah. Bukan takat dua... empat pun boleh.
Tapi bila bukak topik ni kat dalam Facebook ke, radio ke, mana-mana pun la... mesti jadi panas.


Nak lagi lawak, aritu masa berborak dengan dua orang kawan aku, sorang tu punya la semangat cakap "Aku tak halang poligami, asalkan bukan dengan suami aku!"

Pulak dah. Kejadah apanya cenggitu? Allah takde bagi exception la.


Bagi lelaki pulak, memang ada suami-suami yang tahu kemampuan dan kemampusan masing-masing kalau ada niat nak pasang lebih daripada satu.
Ye la kan... Memang susah nak berlaku adil.
Kang yang muda suruh stay overnight, yang tua mesti 'merengkam' dalam hati.
Kang sorang minta cincin penuh jari, sorang lagi minta gelang sampai siku tak boleh nak bengkok.



Aku pernah berbicara hati-ke-hati pasal poligami ni dengan MrHubby.
Alhamdulillah setakat ni hati aku kuat lagi. Dan Alhamdulillah so far dia pun rasa tak perlu ada orang lain. Or maybe dia rasa dah jenuh layan aku sorang tak tau la, kan? Hahaha

So, setakat ni kalau orang kata kat aku nak ngorat laki aku (maybe dia bergurau je), aku masih boleh jawab "Sila la. Tu pun kalau dia nak kat awak..."

Bukan berlagak. Tapi walaupun kita sayang kat suami, bukan ke kita masih ada anak-anak?
Kalau takde anak, kan ke kita masih boleh ngadu kat Allah?

Lain pulak ceritanya kalau tanya si pompuan yang bakal menjadi bini muda. 
Haaa...cer sembang dengan mana-mana pompuan yang 'berkawan' dengan suami orang. Lembut gigi dari lidah. Sanggup berkongsi. Akan memahami. Takkan minta lebih-lebih. Cukup la sekadar berada di sisi. 
Tapi bila call tak berjawab, terus mengamuk mogok tak nak makan. Whatthe? 
Merajuk. Berazam dalam hati- tak nak dah jawab nanti si laki tu call balik (tapi cair bila dapat delivery bunga sejambak).
Bila tiba masa mengandung, terus naik syeikh! Rasa kena tinggal. Bila pegi check-up sorang-sorang, rasa macam terabai, dan laki-tak-guna-yang-dicintai-tu cuma tau sedap je. #ifyouknowwhatimean

Tapi kan... aku tengok dalam ramai-ramai perempuan yang mengaku alim, nampak alim, memang alim.... tak semua yang mampu terima hakikat bahawa ALLAH YANG PEGANG HATI KITA. Dia yang berkuasa nak tetapkan hati kita, cinta sampai mati kat sorang tu je atau tetiba rasa gatal nak ada spare part.


Sekarang kulit cekang, muka lawa... boleh la "I lap yu, you la satu-satunya."
Esok-esok bila poket dah tebal, dah pandai pilih caddy comel-comel masa main golf.. dah pandai pegi overseas trip dengan kengkawan yang sama-sama botak dan buncit... maybe dah lain ayatnya.

Bini pulak asyik sibuk dengan kelas poco-poco sebab nak bagi kurus atau sibuk dengan MLM nak tambahkan kekayaan.
Masa tu, ayat untuk pasangan tu masih sama lagi ke?


Cer fikir jap...
Kita lupa kan?

Allah tu dah izinkan poligami, so kita ni siapa yang nak emotional marah-marah kata tak boleh?

Hmmm...

Dan aku terus menggaru-garu dagu...


11 comments:

  1. betul tu
    saya juga x menentang benda yg di halalkan
    dan percaya hati kita dipegang olehNya
    apapun berdoa kasih kami hingga ke syurga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn.
      mudah-mudahan Allah tetapkan hati dan iman kita

      Delete
  2. aku ok je kalau encik suami nak kawin lain.. asalkan dia adil.. kalau dia rasa dia mampu.. dipersilakan.. so far dia tak yakin lagi la..tak tau la kot kalau rezeki harta dia lebih nanti apa cerita..hihi..

    skang ni...layan kerenah sorang bini ngan tiga orang anak pun dah pening kepala katanya.. hihi..

    awak ingat saya batang pisangggg..kakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saye kooooorek biji mate awak?
      hahahahaha.
      that's epic!

      Delete
  3. saye no komen tapi mmg speechless bila dgr cerita pasal diorg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nak peliknya? nama pun hati. berubah2.

      ni mesti muda lagi ni

      Delete
  4. mak oii Aiswarya mcm dipam2 bdn dia. hehehe. takpela dia bahagia skrg. psl Ashraff tu baru tahu bila baca kat sini. Dayana dah redha yg lain yg sibuk2 ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la.
      sudu mesti la lebih drp kuah...baru buleh hirup sorg sikit.ekekeke

      Delete
  5. masa gmbr ashwarya rai keluar lps dia bersalin tu, i tunjuk kat cik hubby. saja.... nak bgtau, alangkan miss world pon lps bersalin, inikan plak i hehehe....supaya expectation dia x lebih2 hehehe

    ReplyDelete
  6. hehehhehe... lama xblog walking... tetiba ko tulis pasal poligami pule... Koreeeeek jgn xkoreeek... madu 3 mmg epic... P.Ramlee yg epic sebenarnya...

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat