Saturday, May 4, 2013

Rombongan Che Kiah memetik buah bersama artis

Sempena cuti Anzac Day minggu lepas, geng-geng aku telah mengadakan Rombongan Che Kiah Memetik Strawberry dan Apple. Excited punya pasal, perjalanan jauh tak ku rasa... ♫ ♪ kerna hatiku melonjak sama...♫ ♪ wo wo wo.. strawberry picking... ♫ ♪ Wo wo wo apple picking...♫ ♪

Nak sampai ke tempat tu, kena lalu Germany dulu. Jauh kan? Dari Aussie kena lalu Hahndorf. Hahaha. Propa kan? Hahndorf is just pekan ala Germany actually.



Maybe ramai yang pernah makan jem Beerenberg sebelum ni. Haaa...ni la dia tempat asalnya jem tu.
Bayaran masuk cuma AUD3 per adult (kids under 13 masuk free). Then, dah abis petik, bayar le ikut berat strawberries yang diangkut bawak balik.

Sampai kat Beerenberg Farm, masing-masing galak bergambar dengan gerbang ke arah farm tu.





Yours truly memetik strawberry, cari yang besar dan gemuk-gemuk je.
Dah la fresh, manis wo strawberry dia. Regardless the fact aku study pasal pesticides, tapi sebab tempted nak makan yang freshly picked, tak aci basuh dulu... getu je, terus masuk mulut. Hehehe


Lil Adib mula-mula macam blur. Tapi lepas aku ajar dia petik sebiji, asal dia nampak je yang merah (tak kira le besar ke kecik), dia tarik dengan penuh perasaan sampai jatuh terduduk. Hahaha.







K.Zack, Gina, Kak Surah and Darwin.


Haa... sapa terer, cari ler mana satu artisnya dalam gambar jejaka-jejaka Melaya ni. Kalau tak jumpa jugak, satgi aku reveal. 
Hint: Aku Tanpa Cintamu


Kitorang tak petik banyak sangat, sebab kat rumah aku tu memang aku sorang je hantu buah. So daripada benyek, baik petik mana yang larat dimakan je.
 



Since it was already noon, gerak dari Beerenberg, kitorang gi picnic lunch dulu kat Botanical Garden. Sekarang tengah autumn, so pokok macam-macam kaler ada... hijau, kuning, koko, merah.




  

Standard la kalau picnic Melayu, tak cukup sekadar sandwich dua keping. Lengkap dengan nasi goreng, ketupat rendang, gulai kambing semua ada.





Haaa...cer tengok gambar ni. Nampak tak artisnya yang mana satu? 
Hehehe.

It's Izzat of Mirwana la. Dia baru gak datang Adelaide ni, ikut wife dia sambung belajar sini.


 Sambil mak bapak makan tu, anak-anak seronok main sliding toboggan kat slope. 



Actually ada je signage kat situ tulis dilarang sliding sebab faktor keselamatan. Tapi sebab signage tu pun dah tumbang, buat-buat ignore je la. 
Apart from sliding, budak-budak ni berguling downhil macam Hindustan.











Then, off we went to Hollidays Rd, Summertown for apple picking pulak.
Apples were priced according to the types. So, dalam excited memetik tu, kena agak-agak la jugak kang asyik petik yang mahal je.




Sebanyak-banyak apples bergayutan atas pokok...


banyak jugak banyak apples tergolek atas tanah.
 


Yang mahal-mahal, kitorang baham kat dalam farm tu je. Yang murah je kitorang petik bawak balik. Hehehe  


 

Lil Adam kalau time Lil Adib Tomeyto tidur, boleh la bermanja-manja dengan aku. 

Siap bagi bunga lagi untuk mama. Wahh..mat romeo gittew.
 
Memandangkan MrHubby kena pikul Lil Adib, so aku 'selca' a.k.a camwhore je la.


Bila Lil Adib dah bangun... cepat la sikit penuh baldi tu.
  



Kat sini jugak diorang ada produce home-made jams and apple cider vinegar. Murah sangat as compared to the commercial ones. So, beli la sikit.


Just a view of another farm, on our way back home.

 Ni je apples yang kitorang bawak balik. Ni pun jenuh nak makan. 
Buat apple crumble pun baru luak 3,4 biji je.
 


Strawberries dari Beerenberg pulak aku buat milkshake. Yummmm...

Teringat aritu DrSupiah datang. Tak kesampaian hajat dia nak petik epal. Takpe la... maksudnya nanti kena make another trip ke sini la kot. Hehehe.
Lepas ni kalo kengkawan nak datang, check season dulu ekkk.

2 comments:

  1. tak pernah petik apple dulu. strawberries & blueberries ada la.

    ReplyDelete
  2. Bestnya dpt mkn apple fresh dari ladang.

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat