Thursday, January 17, 2013

Salah faham yang memupuk kebengapan ibu-ibu tentang BF


Aku pelik. Memang susah nak emphasize kat orang... kenapa breastfeeding (BF) lebih mudah berbanding bagi formula (FM). Jenuh jugak nak explain kalau orang salah faham tentang BF. Susah la bila terpaksa tinggalkan anak, takut b(._)(_.)b 'jatuh' la..macam-macam alasan... 


Aku faham sebab aku sendiri tak berapa dapat sokongan daripada MIL dan SILs awal-awal dulu. In fact, kawan-kawan yang BF pun biasanya memang tak mendapat sokongan daripada generasi W (atas daripada generasi X, memandai je aku kasi nama.hehe).


BF pun nak kena belajar ke?
Haa...yang ni kesilapan paling utama. Aku dulu pun ingat senang je...sua kat baby, settle cerita. Tapi sebenarnya tidak. From experience, I learned that there's a lot more to know...
Contoh simple... Baby kuat menyusu bukan pasal dia lapar atau susu badan tak cukup, tapi sebab BM tu mudah hadam. Dan kalau takde ilmu, seseorang tu akan bermasalah bila tak tau camna nak handle EBM, atau cara-cara nak enhance BM/ensure continuous supply.
Benda ni tak payah cakap pasal orang jauh-jauh...dalam family sendiri pun dah ada. Kerana perkara-perkara-yang-nampak-macam-senang ni ada ahli keluarga aku yang konon melabur beli pam mahal, tapi sudahnya buat jadi tukun je. Tapi ada juga ahli keluarga yang consistent dan rajin consult dengan ibu-ibu lain, jadi Alhamdulillah berjaya BF seperti yang diharapkan.




Leceh la
Leceh...Bagi FM je la.
Haa...pahala nak bergunung-ganang, tapi tak nak susah langsung. Tau nak mudah je. Kalau orang kata minum susu lembu, jadi lembu... tau pulak marah (memang tak patut pun cakap macam tu).

If we talk about bangun malam, aku rasa lagi mudah terus selak baju/bra dan hala la  b(._)(_.)b  kat baby tu... Lebih mudah daripada lawan mencuit laki-bini..."Bang, turn awak pulak bancuhkan susu anak." Then, susu terlebih panas, kena sejukkan, terlebih sejuk pun tak boleh.
If we talk about travelling (with the baby), korang tak payah bawak tin susu, flask air panas, air masak sejuk, botol yang dah sterile, etc.


Sakit tuuu...
Engorge? Haa...apa lagi? Rajin-rajin la pump. Tu tanda banyak susu tu. Kalau dok mengaduh je sampai demam, memang la nampak kesan negatif je.
Baby gigit? Alahai... takde sampai putus pun. Kalau kena gigit, tepuk la sikit baby tu, biar dia stop gigit.
Inverted n*pple? Yup...ada kawan aku yang dapat menyusu sampai dua tahun walaupun mengalami masalah tu (aku tau dia baca blog ni).





Kan dah start keje balik, kena BF jugak ke?


Tak susah pun setakat luangkan masa sekejap untuk anak sendiri. Dah kata sayang, takkan takleh berkorban masa kot? Lagipun ada pump yang jenis Freestyle sekarang, boleh handsfree masa mengepam...so sambil tu boleh driving, boleh blogging...




Tapi, FM kan ada DHA, omega-3, gangliosides bagai..
But again, all those are not as naturally good as BM.


Lagipun kalo DHA banyak, nanti kepala anak jadi besar. Read HERE. Haha





B(._)(_.)b kecik, susu tak cukup la
Besar macam Dolly Parton atau leper macam pengkid, semua tu dipengaruhi oleh fat tissue je. BM production pulak dipengaruhi oleh saiz mammary gland, dan kelenjar tu sama je untuk setiap pompuan.
Aku 'kesian' kat orang yang berfikiran macam ni, sebab it goes back to rule no.1 tadi. Tak cukup ilmu. Bagi diorang, kalau dua hari cuba pump, cuma dapat 1oz je, tanda susu dah kering. Deyyy... sebab tu la orang suruh bertanya dan membaca.
Aku pernah dengar pengalaman orang yang setiap hari pump cuma mampu dapat setengah oz. Setengah oz tu lebih kurang 15ml je. Ciput tet sangat. Tapi sebab dia tau konsep supply vs demand, sebab dia yakin dengan rezeki Allah untuk anaknya, sebab dia betul-betul determined... dia dapat menyusu sampai setahun lebih dah.



Dan yang super-ultra-paling-bengap...
Nanti b(._)(_.)b kendur, tak sexy la
Adoi...Aku rasa macam nak tunjal je kepala moron yang buat statement tu. Tu la, dulu suruh belajar sains, main-main. b(._)(_.)b tu boleh 'sag' sebab faktor umur meningkat dan faktor graviti. Kalau macam tu, memang aku doakan lagi melandut dan melayut la...sampai boleh selempang ke kiri ke kanan masa nak pegi toilet. Wakakaka.


Lagipun dengan BF la boleh bakar kalori dan cepat kurus. Makan la macam 'ada membela' macam aku pun, tapi kesannya tidak terserlah. Hehe.
Aku tau ada mak-mak akan komplen kata "Tipu arr. Aku dah BF, tapi x kurus pon!"
Yang tu kena berbalik kepada faktor umur la, atau metabolism badan.

Apa pun, when there's a will, there's always a way.
Betulkan niat tu dulu. Tanya diri sendiri... kenapa nak BF?


15 comments:

  1. Aku rase nk print je entry ko ni bagi si bengap yg terdekat ni baca. Jenuh aku ajar tapi tetap la x mau gak. Dgn alasan geli! Pang

    ReplyDelete
    Replies
    1. print je n letak atas meja dia...or buat2 bagi link kat dia.

      Delete
  2. Love this entry! Betul la eh apsal generation W kurang supportive bab BF ni eh? My mom bukan la x support tapi mcm xdak ilmu so pernah gak bila ilhan nangis2 cranky dia tanya "Susu x cukup kot?". Adoi laaa jenuh nasib amin dok bagi smngat utk i BF! Takut gak jadi mcm time irfan

    ReplyDelete
  3. anak pertama BF 3 bulan sbb keje shift + ilmu kurang
    anak ke 2 BF sampai 2 tahun 2 bulan
    anak ke 3 BF sampai 2 tahun 2 bulan jugak

    anak akan dtg (kalau ada) insya Allah akan BF juga
    kalau dah tak nak.banyak la alasannya ;)

    ReplyDelete
  4. Betul tu isma...hehe..aku ni mmg dari mak aku ke kakak ke MIL, ipar duai mmg family ber'bf'...so Alhamdulillah...takde masalah..smpi anak dh besor pun nasih ninindo kitorg kata..haha

    ReplyDelete
  5. Suka entry nih. Nak BF kena ada ilmu. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kalau faham konsep BF, takkan jadi masalah. Kena yakin & ignore mulut² longkang yg kekadang bley buat org hilang minaf nak BF anak.

    ReplyDelete
  6. betul tu..kena belajar sebenarnye ilmu bf ni..sy dulu ank pertama mmg buta terus bab2 bf..mak ckp pam la ms keje..oh tak,umur baby 2 bln sy dh campur dgn fm..yg no 2 ni sy ceduk ilmu sana sini..alhamdulillah umur sthn 4bln still bf lg..

    ReplyDelete
  7. Setuju dgn entry ni. Org2 tua mmg susah nak faham psl benda2 ni dan susah nak kasi sokongan utk org mcm i yg mmg sedari azali amat struggle utk BF anak. Anak pertama dlm perut MIL dah ckp, mesti i susah nak BF baby sbbb breast i kecik. Tp anak pertama i lahir, i usaha dan berjaya fully BF sampai anak ke2 lahir. Tp yg tak syoknya, bila anak ke2 dah 2 bln baru dpt tau yg my MIL pernah kasi air masak pd anak sulung i sbb EBM i tak cukup. Sedih rasanya. Bila anak ke2, i usaha BF baby, tp mmg struggle sampai skg. Stok tak penahnya cukup. For 2nd baby kena top up formula, tak mau dah kena bagi air masak lagi. Dr air masak baik bagi formula. Even kena top up i still usaha cari dan consume milk booster, pump consistently. Skg nak try product motherlove more milk special blend lak. Hopefully berkesan dan mampu tambah supply EBM to my baby Aryan. Tak mau top up formula dah. Amin.

    ReplyDelete
  8. sukaaaaaaaaaaaaaaaaa sgt2 entry ni, i pun suka BF sbb dpt cpt kuruskan badan...biarlah B lendut sbb B tu xnmpk..yg nampak ialah body dh slim ke x ngeeeeee

    ReplyDelete
  9. mmg terbaik entri nie! i dah BF anak i almost 8 month, insha Allah akan cuba sampai 2 tahun... Ehhh?!! sori sori terbawak2 pula aku nih! hahahaha... ;)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah my mom and MIL pro-BF, which was very unusual sbb zaman 70s - 80s tu diorg ckp sbnarnya very cool kalo bole bg anak2 FM, kira diorg dianggap kolot la masa tu nak save duit hehe. anak2 diorg sendiri pon semua bg breastmilk, so i had no problem dari segi support. but yes, i agree with your entry. i mmg berapi kalo dgr org ckp, 'susu x de', 'baby i kuat minum', 'baby u pompuan, baby i laki, lain tau..' (sorry, my anak2 sedara semua boys, all lahir2 above 4 kg, minum susu kuat mcm apa jgk, and mummy pon carrer woman, tp bole jgk buat, sampai 2 thn x minum2 pon FM ok je, maintain chubby)...

    pastu bila kita nasihat sket2 suh rajin2 la bwk menge-pump and kesedaran psl relationship between supply and demand, mula la bukak cerita psl dah rezeki dia byk tu je. rezeki tu mmg dari Allah, tp kena la usaha sungguh2. kalo dah malas, jgn la sabitkan benda2 lain plak. tu psl kena ada ilmu. bkn hentam keromo je buat..

    can u tell this is a really hot button for me too? :P

    ReplyDelete
  11. Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2 : 233)

    Refer lagi kepada Surah al-Ahqaaf 46:15)

    ReplyDelete
  12. Aku BF je selagi boleh Belle. Macam-macam cabaran nak mengepam susu ni jgk rupanya. Aku pernah kena sound sebab tumpang bilik untuk mengepam. padahal dah diberi keizinan ni, alih2 cakap belakang pulak tak puas hati aku tumpang bilik dia. macam mner tu?

    ReplyDelete
  13. baru je baca blog ni malam tadi. pagi ni baca metro ada juga pasal cerita berkongsi susu pulak~

    ReplyDelete
  14. agreed! huhuhuhu....hadif kuat 'bonbon' di tgh malam....every 2 hours

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat