Thursday, September 27, 2012

Mari membaca entry ini sambil menjaga kesihatan



Lalalala.... today I made my way to the lab very early in the morning. Funny to see the city was not busy as usual. No wonder la at once I went to the International Student centre, pukul 9 pun tak buka lagi.




The Datacom guy just came and set up my new desktop at my workstation. There's nothing wrong with the previous one. It's just my SV yang baik hati nak bagi aku guna a wider screen. Nasib baik aku duduk hujung, so takde la kantoi aku blogging ke facebooking ke. Heh



Eh alamak... Dah nak dating dengan SV la. Nak kena siapkan draft ni.
Tu la gatai sangat tunjuk rajin,meng-offer diri nak bagi dia belek draft sebelum submit ke IBP. 
Nanti sambung lagi la...

In the meantime, marilah menjaga kesihatan... *facepalm*




Wednesday, September 26, 2012

Tuesday, September 25, 2012

Kenali personaliti melalui ubat gigi

Hmmm..dah lama aku tak blog pasal random ramblings. Asyik update pasal life kat sini je.

Semalam aku pegi beli ubat gigi. Kat sini walaupun ada Macleans bagai... kitorang beli Colgate je.

Aku ingat lagi masa kecik dulu.... jaman Kelab Colgate baru dilancharkan (wahh spelling pun lama sempena cherita lama)

Korang pernah jadi ahli tak?
Mesti cool kan ada badge ni.... Siap selit kat beg sekolah masing-masing.



Benci betul aku masa tu sebab Acik (abang aku) sorang je dapat jadi ahli. Yang aku pulak terkulat-kulat nak kumpul penutup kotak ubat gigi Colgate tu. Kalau tak silap, diorang nak tiga penutup kotak yang 250g untuk dihantar dengan borang penyertaan. By the time aku dapat yang ketiga, penutup pertama Mak dah buang entah ke mana (read: Mak jenis rajin mengemas). Sudahnya sampai dah tutup Kelab Colgate tu pun, aku tak jadi ahli lagi. Benci arrr...benci!!!

Sekarang aku masih menunggu Colgate untuk melamar aku jadi model iklan diorang. hahaha
Pernah gi casting aritu, siap dipuji lagi gigi aku lawa. Tapi sebab diorang nak character ibu, maybe muka aku tak cukup keibuan kot -_-

Speaking of ubat gigi, aku masih ingat lagi ubat gigi Darlie... dulu namanya Darkie, sempena orang kulit hitam kat logo dia.
Cer korang tengok...huduh kan?




Agaknya sebab takut orang ingat gigi pun jadi berdaki kot, so diorang pun mem-rebrand kan nama diorang. Hahaha.
Orang yang lahir se-jaman dengan aku mesti tau benda ni. Benci arrr bila dulu aku citer kat students aku, diorang tak tau...membuatkan aku terasa tua. Muehehe


Eh, lupa pulak...
Sebenarnya aku buat entry ni untuk test personality mengikut cara guna ubat gigi....
Korang kategori mana?


Aku pernah dengar kat radio dulu, ada couple bercerai sebab si laki suka picit ubat gigi dari tengah, bukan dari bawah. Whatthefotosintess lah. 

Hmm..now that we have bought a new tube of toothpaste, tak tau la berapa lama boleh bertahan. But I bet yang seco'et kat hujung bila nak habis tu boleh bertahan lebih lama daripada 3/4 of the whole tube kan?


A quite one, and a pretty big one. Partaaayyy!


Mula-mula anak berumur setahun, MrHubby and I agreed not to have a birthday party every year.
Masa setahun, standard la...sebab yang pertama kan. So biar la celebrate. Cuma aku takde la meraban buat besar-besaran siap canopy dengan scallop bagai, macam nak menyambut menantu... sebab bagi aku anak sebesar setahun tu tak faham apa pun lagi. Mak bapak je yang melebih (tak tau la melebih excited atau melebih nak menunjuk)
Masuk tahun ke-2 rasa, apa salahnya buat untuk kawan-kawan nursery dia. Bila dah 3tahun, anak dah faham erti 'birthday', so dah sesuai sangat la nak sambut, which means lepas tu dah logik untuk celebrate. Maka plan untuk tak nak celebrate every year tu macam dah dilupakan. Hehe.
Anyway, biasanya it's just a small one.

This year, we bought an early birthday present for Lil Adam, which he likes very much. Siap tutup pintu bilik kalau nak main, sebab takut adiknya yang little monster tu datang mengacau.

Siangnya, aku balik awal dari uni, saja nak luangkan masa. Dan MrHubby belikan a quarter cheesecake from The Cheesecake Shop. Nak beli sebiji kang besar sangat, setakat nak makan berempat je.

So, lepas dinner...diam-diam aku nyalakan lilin dan tutup lampu. By the time kitorang nyanyikan Happy Birthday, nampak sangat muka Lil Adam overwhelmed.


Mata bersinar-sinar bak mata Shin Chan tengok kakak cantik. Ekekeke. Maybe sebab dia tak expect ada surprise macam tu (well, actually, aku tak sorok pun...cuma dia yang tak nampak awal-awal)


He made a wish (entah apa la wishnya tu) and blew the candles off. Lil Adib pulak blur-blur macam tak faham apa yang terjadi.


So, happy birthday, my smelly boy!!!




Tengok la kat mana dia potong kek tu... Terus kat tengah-tengah, kau!!!
Hahaha. By that time Lil Adib pun dah menyibuk nak potong kek, so mengamuk-ngamuk la dia.


Tapi tak susah pun, so aku cuma nyalakan balik satu lilin, dan bagi dia tiup atas kek tu (hahaha...sebijik macam perangai Adam masa kecik).


Nyum nyum... they really enjoyed the choc mud cheesecake.





Not to forget, a piece for Mama :")


Then, I told him to find his card on the study table...



My, look at his face. He was excited to see the pirate cartoon, and not to mention the pictures I drew in the card. Pics of his first love, Thomas... and Ultraman and Angry Birds.


And I read the card for him, explaining what everything means. Again, I will keep the card for him just like the previous years.




End of last week, instead of throwing our housewarming cum birthday party at the Thorndon Park, we had it at Ummi and Eri's place. Ni semua sebab weather forecast kata hari Ahad nak hujan (tak hujan pon semalam. Grrr).
So, kitorang combine dengan housewarming diorang, sebab somehow tetamunya sama je. Apa salahnya kan? Sebab makanan tetap double, since aku punya barang masak pun dah beli semua.

Well, my menus were pizza, potato salad and bread butter pudding.



Dan Ummi pulak, dengan hebatnya telah membuat soto. Giler aaa buat soto dengan 6 ekor ayam, which aku rasa kalau aku buat, memang pengsan la kot.

 

So, aku cuma tolong buat bergedel dinding. Hehehe
I mean, aku tempelkan kat dinding  mangkuk tu sementara nak tunggu Ummi salut dengan egg white untuk digoreng. (fuhh..I will never have the kerajinan to make bergedel all by myself)


 Kebetulan pulak birthday Farah (anak Ummi) is just two days before Lil Adam's. So, memang ngam sangat la kitorang buat housewarming cum birthday party tu sesama.


Potong nasi impit pun nak bergambar. Poyo kan? hahaha


Oh ye, lupa aku nak mention... menu lain yang dibawa oleh tetamu punya la banyak...
Ada pau, kuih lopes, pulut dan kuih durian, bingka, muffin, keropok, etc.
Aku ingat MrHubby dah snap, tapi dia sibuk layan tetamu rupanya sebab Eri (tuan rumah bersama) kena entertain anaknya yang tak berapa sihat.


Dari pukul 3 sampai pukul 6, meriah rumah tu dengan tetamu. Paling meriah, mesti la masa nak potong kek.


Adam is 5, Farah is 6.
Kek Farah punya la gedabak nombot 6. Kek Adam ciput-tet jer, cuma aku lukiskan Angry Birds atas kek tu. Hahaha





Bapak-bapak semua bersembang kat backyard.



Aktiviti makan-makan diteruskan. Aku asyik terkantoi dengan Abg Idris, sebab asal dia nampak aku je, aku tengah mengunyah kat dapur. Biasanya tuan rumah sibuk layan tetamu sampai tak lalu makan. Tapi aku pulak, sibuk makan..Hehe


Sayangnya birthday cake ni sampai lambat sikit (K.Ati bawakan). Kalau tak, boleh potong sekali masa ramai-ramai tu.



Hishh..gambar mak-mak takde rupanya dalam kamera tu. Next time aku kena peringat MrHubby la.
Yang melepak dalam bilik mainan ni pun aku snap sendiri je.


Lil Adam sibuk membelek heater dengan Arissa.


Well, alhamdulillah...majlis berjalan lancar.
 
Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi datang. Terima kasih juga sebab bagi macam-macam hadiah kat Lil Adam. Tengok la budak ni, excited dalam timbunan hadiah.


Dan thanks juga kepada Ummi/Eri yang sudi ber-joint venture dengan kitorang.



Monday, September 24, 2012

Merdeka Raya 2012 @ Annesley College


Just like raya puasa yang disambut sebulan, merdeka pun is another event yang disambut berulang kali tanpa perlu tunggu tahun berikutnya. Heh.


So, besides that event di siang hari, ada lagi satu jugak.
Well, this one took place at the Annesley College. Gillingham Hall, was it?

Tapi standard la Malaysians kan? Suruh datang pukul 6, katanya start pukul 7.
Tapi pukul 8 lebih baru start.


Sampai tmbuh janggut dok menunggu dalam dewan tu.
Haihhh...  dah jauh dari negara sendiri, bawak-bawak le ikut perangai punctual matsaleh sikit.


Sementara tunggu dewan penuh, apa lagi? bergambar le kerjanya...


Abg Fizul gaya macam 'spy' dah. Hahaha.
#ifyougotwhatimean
Tapi actually dia tak bersalah pun.


And when the time comes.... Datuk Rauf Yusoh dan Dr Jumiati naik stage...

All rise!!!


Maka semua pun bangun menyanyi lagu Negaraku.
Dan lagu patriotik Satu Malaysia yang aku tengok ramai orang miming-miming je, sebab maybe baru sekali dua dengar. Aku pun terhafal sebab nyanyi masa kat BTN. Tiap kali start event, kena nyanyi, maunye aku tak hafal.




Dalam pada kata dress code is smart casual, ada juga yang rasa smart dengan selipar. Wahahaha.
alo aku tau, xde la poyo aku berbaju kurung bagai. Dah la baju kurung tak banyak aku bawak.

MrPresident MyPSA dan Treasurernye semangat mengibar bendera.
Orang nyanyi, diorang semgih-sengih kat kamera je.



Well, to summarize, there was just a short talk by the VIP.
Tapi sebab masing-masing dah lapar, maka dah jadi macam masuk telinga kanan, kuar telinga kiri. Hehehe,

 Lil Adib yang tido sepanjang majlis tu pun dah bangun balik bila dengar semua orang nyanyi lagu Tanggal 31.




Oh ye, masa event berlangsung ada Masterchef Malaysia, Dr Ezani datang untuk event Malaysian Carnival.
Well, she was a student here rupanya. No wonder la.
So, bergambar dengan celebrity chef adalah satu kemestian regardless korang pandai masak atau tak. Hahaha

Masa aku sembang dengan Dr J pun bebudak lelaki kat belakang tu dok sibuk bergambar dengan Ezani.




Us- the young mommies. Aqilah/Alya, aku dengan Cikebonbon dan Farah/Ismail.
Lil Adam tak ikut, kitorang tinggakan dia main kat rumah Abang Shibi.


Gambar masa makan jangan harap la korang dapat tengok. Sebab masing-masing dah lapar tahap dewa.
Tapi merasa la aku seorang dato'  tolong sendukkan lauk ke pinggan aku. Berjiwa rakyat gitu. Heh


Cuma dapat amik gambar pasangan pengantin lama makan beradap (ni baru betul-betul berhadap!) sebab diorang start makan bila semua orang dah kenyang.



Lepas abis makan dan tapao, VIP pun masuk bermeeting... kami pun balik.

Nuffnang ads

My Heartbeat