Sejak-sejak dok kat Adelaide dengan MrHubby sebagai homemaker, apparently anak-anak dah makin rapat dengan ayah diorang.
Maklumlah... aku dah jadi ala-ala wanita-kuku-besi-yang-berjaya-dalam-karier-dan-sibuk-sampai-tak-peduli-hal-rumahtangga. Hahaha. Kan aku kata 'ala-ala', jangan la sound aku pulak weiii.
Maksud aku, pagi-pagi je biasanya aku dah ke uni. Memasak, mandikan anak, mengemas, mencuci semua MrHubby yang mithali tu buatkan. So, in a way, puas la anak-anak bermanja dengan dia.
Buktinya tengok la gambar ni....
Pantang nampak position merangkak/melutut... Cikebum dan Tomeytomeyto cepat je panjat naik.
Sekarang, Lil Adib dah 19bulan. So dah makin nampak lak perangai dia macam mana.
Lil Adib dengan riangnya tiup trumpet sambil main cymbals.
Sila abaikan seluar labuh macam kaki sotong tu, sebab dia memang liat nak pakai socks/kasut dalam rumah walaupun tengah winter.
Lepas tu sengaja pulak sepitkan jari sendiri dengan penyepit baju, dan minta kita tolong tarikkan.
Perangai cheeky lagi satu yg dia inherit daripada Lil Adam...tengok la.
Diserkupnya kepala sendiri yang botak ala Bruce Willis tu dengan topi witch ni.
Lil Adam pun kalo ada angin rajin mengaji tu, lepas Maghrib dia mengaji la. Kalo tidak, buku Qiraati ke mana, apa ke mana.
Elehhh... aku dengan Acik pun ada mengelat jugak masa pegi mengaji dulu. Tapi by Darjah 3 gitu dah khatam Al-Quran.
Alhamdulillah, Lil Adam baru nak habis buku 1. Kadang-kadang tu, lancar. Kadang-kadang tu, takut kena marah dengan ustajah, tersangkut-sangkut dia baca.
Anak-anak Mama...
Jadi anak yang soleh tau. Baik, bijak dan berjaya.
Thanks ya is, call to wish besday aku dari jauh... I really appreciate it...
ReplyDeleteSeronok tengok gelagat anak2 ko...
so comel! i miss your boys.. (yg tecik tu ye, yg ayah dia tak kira hehe)
ReplyDeletemcm2 ye gelagat Adam & Adib. seronok dioarg ye sbb ada ayah diaorg yg melayan.
ReplyDeletecomey jer dowang tunggang ayah ya....nampak sgt enjoy study kat sana..all the best sis :)
ReplyDeleteTgk gambar2 ni makes me really can't wait to see my lil guy bonding with his lil bro!
ReplyDelete