Last Friday, we registered Lil Adam to his soon-to-be be primary school.
EAST TORRENS PRIMARY SCHOOL.
Sebenarnya dekat dengan rumah kitorang ada sekolah lain- Charles Campbell College. Perghhh..kecik-kecik lagi anak aku dah boleh masuk kolej.
Jadi sebab aku taknak orang semua ternganga bila aku sebut anak aku masuk kolej, maka aku pun hantar ke East Torrens (ET). Hehehe
Okay, aku tipu.
Sebenarnya aku hantar ke ET sebab kat situ ada Intensive English Language Program (IELP)... formerly known as New Arrival Program (NAP) which caters for students from non-English speaking countries.
Diorang tukar nama sebab program tu jugak untuk aborigines... so it is an offense la kalau dikira aborigines tu 'newly arrived' pulak kennn?
Setelah ditimbang kati, aku rasa lebih baik aku masukkan Lil Adam ke IELP ni, supaya dapat pendedahan kepada intensive English curriculum. Hehehe.
Kalau masuk kindy atau sekolah terus, dia anggap anak aku equal macam matsaleh biasa je. So, tak syok la kan?
Well, kitorang jumpa dengan Tracy Wallis and she explained everything, yang membuatkan kitorang rasa lega nak hantar Lil Adam ke situ.
Dah la culturally/lingusitically diversed sampai 40 jenis, curriculum dia sangaaaatlah aku suka.
... sampai hati aku pun goyang 'camna nak pindah next year? Kang sekolah baru dia tak best pulak, camna?
We were also introduced to the Principal, Meredith Starkey...dan bakal cikgu kelas Lil Adam- Wendy Olsson. Kelas tu nanti ada 9 orang je. Wahhh. Lemak la anak aku nanti, dapat extra attention.
Disebabkan Lil Adib yang clingy jadi over-excited masa dibawak tour ke library, gym, computer room, activity room, etc... maka tak dapat la aku snap banyak gambar. Haishhh...
Tapi pendek kata, aku rasa... kalau la MrHubby yang study kat sini, mesti aku akan sibuk mengaktifkan diri join the activities kat sekolah ni. Aku kan gila buat artworks walaupun orang sains.
Silap haribulan, aku jadi macam Susan Mayer (Desperate Housewives) yang jadi Art teacher, tapi minus that va-va-voom punya part la..Hahaha (#ifyougetwhatimean)
MrHubby pulak malu-malu tenuk gittew nak join other parents, sebab standard la kan... mostly mak-mak je (ada sorang bapak mat saleh je masa kitorang gi tour keliling sekolah tu). Tapi aku usik MrHubby "Alaaa... join je la. Nanti boleh la Ayah tukar-tukar resepi dengan mak-mak budak tu."
Memandangkan Lil Adam will only enrol next term (early Oct), so yurannya hanya dalam $60 gitu. Yang lain, tak payah bayar sebab aku hebat. Hehehe. Sebab aku HDR (higher degree research) student la.
So, Lil Adam...
Hadap la TV/ipod/games tu puas-puas...sebab lagi tiga minggu, kena bangun pagi pegi sekolah.
Hehehe
Mama pun nak enterframe kat sekolah baru Adam
Pesanan untuk Otromen Hensem "Sila jangan ngorat gegirl matsalleh tu sume...cuci mata takpe".
ReplyDelete