Tuesday, September 11, 2012

Cerita raya (1433 H) kami di Adelaide


After so much dilly-dally, konon sebab nak kumpul gambar dan nak resize gambar, so akhirnya ni la entry raya aku untuk tahun 1433 Hijiriah ni.
Nak buat macamana... Procrastination is my middle name kan? Hewhew
Ni tengah rajin ni, aku akan backdate sekali entry-entry yang bulan puasa punya. Kalo rajin, korang tengok la. Kalo malas, boleh klik je iklan kat atas tu, bagi duit raya kat Lil Adam dan Lil Adib.

Anyway, sebelum apa-apa, aku nak buat ucapan raya ala-ala corporate company kat Malaysia...
"Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakyat Malaysia..."



Hahaha. Poyo di situ.

Pagi raya kami dimulakan dengan MrHubby pegi ke masjid di Wandana. Aku terpaksa membatalkan niat untuk ikut sebab takut anak-anak berbuat onar di masjid.


Ni untuk sesapa yang tak sempat bayar zakat fitrah lagi. AUD15 tuuu... amekkaw. Ada la nak dekat RM50 sekepala.


Memandangkan aku sibuk bersilat di dapur, so adalah tak relevan untuk aku letak gambar aktiviti solat sunat raya banyak-banyak.

Jadi tengahari tu, kitorang ramai-ramai berkumpul di Thorndon Park untuk Majlis Riang Ria Raya anjuran MyPSA. Sebab MyPSA punye kan, maka muka-muka postgrads la kebanyakannnya.

Syok tengok setiap keluarga datang dengan tema kaler masing-masing. Apa kira pun, kalau tak kenal anak-sapa-yang-meraung-sebab-terjatuh-ni, hanya perlu pandang keliling dan browse cari orang dewasa yang pakai sedondon dengan kanak-kanak tersebut. Kalu tak dapat sedondon, sedonden pun jadiklahhhh...


Cakap pasal baju, masa dah sampai kat Thorndon Park tu baru la terperasan, baju raya MrHubby masih ada tag lagi kat belah dalam lengan bajunye. Hehehe. Comelnya..laki sapa la yang ketaq sangat nak pakai baju raya baru tu. Hihihi


Malaysians and good food mana mungkin dipisahkan. So, antara menu utama aritu adalah nasi kaler-kaler (aku tau makan je), sate, rendang, ketupat, dan segala macam lagi la...
Pendek kata, apa yang ada kat Malaysia, mostly ada je kat atas meja.


Selain menu utama, ramai gak yang bawa juadah masing-masing... 
Yang rajin, boleh tolong bakar satay... yang malas macam aku, tolong makan je.

 
Farah, K.Zack, K.Azie dan K.Surah


Sambil makan, sambil bersembang, bergosip dan bergelak ketawa.



Abg Azul menjadi assitant kepada Farah, the tokey satay.


Abg Syed, Abg Suffian, MrHubby, Abg Idris, Khairezan dan Abg Azul. Ni mostly muka UiTM nih, patutnya boleh hantar gambar ni kat Dato Sahol supaya VC rasa gumbira melihat staf-stafnya di sini yang survive walaupun elaun dapat rate B. Eh, apakah?







An attempt to camwhore with these two lovely girls. Aku suka betul Tihani dengan Ika ni. Kalau aku dapat anak pompuan nanti, harap-harapnya comel dan well-mannered macam diorang.


Lepas dah puas makan, Khairezan on behalf of Anep (President) yang balik raya kat Malaysia pun introduce kitorang sebagai warga postgrad yang baru kat Adelaide.


Masa ni Lil Adib tengah tido dalam stroller, so kitorang bertiga je la.


Family Zuhairi dan Ummi adalah yang datang sebelum kitorang. So, kira sama-sama baru la jugak.


Sementara menunggu semua orang beratur nak amik gambar, apa lagi? Bergosip la dulu dengan Gina Manan. hehehe



So, that was our first day of raya (di sebelah siangnya).
Lepas balik dari park tu, sambung pulak beraya dan makan sampai kembung kat rumah Idris/Hairani dan UmarFaruq/Kay.



In short, memang tak sempat la nak feeling-feeling. Semua happy.
Nak sedih apanya? Dah bertahun raya kat Malaysia, bukan selalu nak beraya kat tempat orang kan?


6 comments:

  1. bila lagi nak merasa raya ditempat orang ni kan. syok jugak tgk :)

    ReplyDelete
  2. wah,bestnya belle!syiok tengok :-)
    eh,mata ko ala ala rohzita cikwan lor dlm gambor ngan tihani tu :-)

    ReplyDelete
  3. selamat ari raya belle,

    windu kat korang sekeluarga la.. especially lil adam..

    ReplyDelete
  4. mmg best je raya kalau dpt beraya dgn kwn2 Msian yg ada kat sana. Dulu pun raya kami meriah je.

    ReplyDelete
  5. Bestnye raya org tu mkn nasi hujan panas. Lol

    Selamat hari raya beb!

    ReplyDelete
  6. makin cantik plak i tengok u ni! meriah gak raya korang ya dah macam kat malaysia ja. :-D

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat