Aku admit, masa MBP gath & MSK gath... dan masa open house/birthday kengkawan bloggers, aku ada gak tegur the bloggers' hubbies. Antaranya... Am (
Yaya punye), Moro (
Azza punye), Asri (
Farah punye), etc. Sekadar berbahasa la... Takkan la aku pom-pang-pom-pang sembang dengan si bini, tapi si laki tu sepatah haram pun aku tak tegur kan?
But there are times that we can 'sense' that some people are not comfortable with us, although we just say "Makan, bang!"
FYI, laki kengkawan aku selalu aku panggil "Bang" je, walaupun aku tau diorang muda drp aku... tanda hormat la. Bukan aku merenyeh pun!!!
p/s: Ni takde kena mengena dengan bloggers yang aku linkkan tu yePernah sekali tu... aku dapat satu call daripada sorang fomfuan.
Dia tanya
aku ni sape,dan kenapa laki dia contact aku.Erkkk... memang terkejut beruk aku time tu. Aku dah ada anak satu pun time tu... Woh! Hot betul aku gamaknye sampai laki dia berkenan kat aku! (Sila muntah hijau)
Mengenangkan dia tak membabi buta carutkan aku...
maka sambil tahan nak gelak tu, aku pun berdiplomasi...
"Cop!!! Cop!!! Husband awak tu sapa namanye?"Fomfuan itu:
L*****Yours truly:
Dia keje mana?Fomfuan itu:
*** **** tetttttttt* (censored)
Yours truly:
Haaa? My husband pun keje situ jugak.Bla..bla... To cut things short, she seemed to be happy with the justification. Aku pulak termengong-mengong sebab dalam banyak-banyak kawan ofis MrHubby, Mr.L tu aku tak pernah tengok pun rasanya.
Lepas letak tepon tu, aku terfikir... apekah MrHubby ada sms jiwang-jiwang kat laki Mr.L? Takkanlah laki aku 'dual band' pulak kan? Bahahahahaha...
Lepas peristiwa tu, bila ada events (e.g. Family Day and such)... aku pun tercari-cari la rupa Mr. L tu.
Rupanya? Biasa je.
Kalo aritu fomfuan tu mengeluarkan kata-kata kesat kat aku, nescaya dia akan dapat ayat... "Laki awak pun takde la hensem mana, bukan taste saya la!"
Adik aku, Ina pun has had a similar experience.
Dah jenuh explain, tapi si bini tu tetap macam tu. Dari berbahasa halus, beralih kepada caci-maki... dan kembali dengan kaedah Neng Yatimah, iaitu air mata.
Merayu-rayu minta kita tak kacau dah laki dia, sedangkan Ina dah unfriend pun laki dia dalam FB untuk elakkan salah faham.
Hmmm... kesian jugak bila mengenangkan ada wanita yang rasa inferior bila laki dah gatal dok usyar awek lain. Nak nak yang badan pun dah macam liquid paper...
atau yang suri rumah (rasa down sebab tak berkerjaya)...
Padan la dengan lelaki sengal tu pun...
Kau rasa hebat sangat bila bini kau rasa ada competitor?
Kau perasan hot sangat ke, sebab dah berbini pun ada pompuan muda nak kawan dengan kau? Kawan je la... bukannya dia nak kawen dengan kau!