Thursday, November 11, 2010

Saja nak psycho

Ini adalah entry sempena berjauhan dengan MrHubby yang dok berkursus.
Saja nak bagi dia baca dan psycho bagi dia rasa tak sabar nak balik. Hehehe



Tadi, masa Lil Adam dok tengok cartoon kat TV, tiba-tiba dia cakap "Mama, Adam takde big hug Ayah..." (dengan muka sedih)
Aku pun tanya..."Adam miss Ayah?"
*angguk*

Kesian dia...
Agaknya dah banyak hari sangat tunggu MrHubby outstation.




1st day aritu (Monday), he was still okay. Siap menyibuk ambik penyapu masa aku nak sapu porch.
"Mama, Adam macam witch!"

Cheeky betul budak sorang ni.

**********

Malamnya, aku buat-buat sedih. "Adam, Mama miss Ayah..."
"Nanti Ayah datammm (read: datang=balik), Mama hug Ayah. Nanti Ayah buy baju cantik for Mama."

Pandai pulak dia pujuk.
Tapi masuk kali ke-2 aku buat macam tu, dia buat derk je. Agaknya dia fikir "Mama aku ni mengada-ngada la..."

**********

Then, aku call MIL. Lil Adam sibuk nak cakap dengan Tok. Masa tunggu Tok nye jawab fon, dia dah sengih2.
Sekali Tok dia "Hello..."
Ayat pertama Lil Adam "Tok... Adam nak makan ketam."

Kuat betul pengaruh National Geographic yang dia tengok malam sebelumnya.

**********
The next day, Lil Adam lukis kat magnetic board dia. Aku MMS gambar ni kat MrHubby "Cantik tak Adam lukis whale?"
Errr... ada rupa whale ke tu?


Malam ke-2, masa dinner, aku tegur dia supaya guna tangan kanan, instead of tangan kiri (ikut dan dia je,asal boleh).
So, dia letak sudu ke tepi dan gagau nasi tu dengan genggaman tangan, suap ke mulut.
Hehe. Korang bayangkan je la...Kalo suap dengan genggaman, harus la pipi pun melekat segala nasi. Comot macam Ayah dia!

**********
Aku marah bila cari remote Astro tak jumpa. Sedangkan sebelum aku terlelap, memang ada atas katil tu.
Bila kena marah, Lil Adam menikus bawak diri (baring) kat baju yang bergantungan kat luar bilik.

Kesian pulak aku tengok. Selalu kalau aku marah, dia pegi kat Ayah dia. Kali ni,bawak diri le jwbnya.
Bila dah jumpa remote tu... dengan sengih2 dia cakap "Ha...Adam nampak dia..." (sambil memuncungkan mulut untuk kiss aku. Bodek la tu).

**********
Malam tu, aku tengok citer Goblin, dengan lampu semua dah tutup.
Dengan semangatnya Lil Adam pun tengok. Dan bila MrHubby call, dia pun cerita.. "Ayah, ada black momok. Moti (read: noti) black momok!

**********
Pagi semalam, dalam kol 11 gitu, tiba-tiba Lil Adam cakap..."Mama, jom solat."
Aku pun tanya, "Adam nak solat apa?"

Dia jawab..."Mama, jom kita mudok." sambil tarik tangan aku pegi bilik air.
Hehe...nak tergelak aku dengar sebutan wuduk jadi mudok.

Esok-esok dah besar, kau malas solat, siap kau Mama balun!

**********
Lepas tengok Dora the Explorer Specials (yang ada task Dora kena cari red ring), Lil Adam sibuk2 nak belek cincin kat jari aku "Mama, mana red ring?"

Aku: Do u love Mama or Dora?
Adam: Adam love Mama.

Aku: Oo...do u love Mama or Ayah?
Adam: Love Mama and Ayah.

Aku: Hehe. Love Mama & Ayah.... or adik?
Adam: Errr... ad.. (gaya macam nak sebut tiga2 tapi xreti buat ayat panjang sgt) Love adik girl.
Aku: Ha? Love adik girl?
Adam: Love adik boy.

Hahaha. apa-apalah nak oiii...

**********
Okaylah korang..aku nak pi tunggu depan rumah la.
Mana pulak si penjual Putu Mayam ni?
Tengah aku dok ngidam nak makan putu mayam, takde pulak dia lalu. Dengar hon dari jauh jer...

12 comments:

  1. haha lawak la hero macho akak yang sorang tuh! nak pinjam la seminggu dua! ;P

    ReplyDelete
  2. comel la lil adam ni! mesti ayah dia tak sabar nak balik jumpa dia lepas baca entry yg sungguh psycho ini! ha-ha

    ReplyDelete
  3. bila hubby takde, anakla jd peneman setia kan. COmel je Adam lukis whale tu. Auntie Nur nampak bentuk whale tu.

    ReplyDelete
  4. jiji-fify,
    haa..sila ler.sila..sila.

    aidaikmal,
    keji x buat mcm ni?:P

    transformed hsewife,
    wah..aunty buleh interpret la. hahah

    reitak,
    sekali je.kali ke-2... nasib kau la, mama oii

    ReplyDelete
  5. kihkih comel la adam.. haa cemana dapat tak amkan putu mayam petang tadi?

    ReplyDelete
  6. haha...tergelak sorang diri bila baca entry ni... ada2 jer si adam ni..

    ReplyDelete
  7. sian adam nyorok sorang2 bila mama x jumpa remote ye, lenkali suruh mama beli remote astro extra kat pasar malam, RM5 je ...buat spare kalau x jumpa remote asal hehehe

    ReplyDelete
  8. Adam..mai la dtg umah aunt..sure seronok layan adam ckp..

    ReplyDelete
  9. wah talkative ye... kesian sgt time dia kena marah psl remote tu huhu

    ReplyDelete
  10. Si Cokot K.Adi dah besar.. wah2 kakak ke haha.
    still remember the day b4 he was born. sessi melahap yg lazat...

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat