Wednesday, October 27, 2010

Bag tag



Ini adalah entry yang dah sekian lama aku hutang dengan Fizamior, atas sebab aku x tersnap gambar yang dimaksudkan. Hehehe. Dari x pregnant, sampai dah nak beranak dah aku, beb. Kekekeke

Fizamior kata...
I nak suruh Isabelle buat tag nih sebab nak balas dendam kesumat dan saje gatal nak tengok ada apa dalam handbag dia.... Ekekekekekeke.....

Disebabkan arini aku semi-rajin nak menghadap Nanomaterial report yang dah lunyai dibawak ke hulu-ke hilir tu, maka adalah sesuwei arini untuk post entry yang simple je la.

Ngeri gak wei...sebab entry ni menuntut aku menyelongkar handbag aku yang macam poket Doraemon itu. Biasanya segala mak nenek ada.



My bag : Dark brown
Brand : Sachs
Price : RM400-500 gitu kot


Biasanya sebulan sekali aku rajin gak tukar handbag. Matching x matching, haku pedulik hapa kan (kan aku pernah jadi lecturer paling mismatch).

Tapi balik-balik, aku akan tukar balik ke handbag ni sebab MrHubby yang bagi as (1 of) my birthday gifts setelah bertreasure hunt malam-malam buta aritu. Kena la appreciate sampai lunyai, baru boleh mintak handbag baru lagi... ooops!

Okay, meh kita lambak tengok what's inside the bag... (oh no!!!)




1. The matching Sachs purse
Kalo aku tukar dengan handbag funky yang colourful memang akan nampak sangat aneh dan tak sepadan, umpama pinang dilenyek lori.

2. Digicam
I love to have it handy sebab camera hp aku x ganaz.
(Fitri, agak-agak la wei... takkan nak simpan DSLR dalam henbeg nih)

3. Obimin supplement (yang merah2 dalam paket tu)
Ni yang aku pau dari klinik aritu. FYI, aku gila mengumpul supplement bila mengandung kali ni. Dalam dua hari jer, aku dah kaut Obimin dari 4klinik untuk 4bulan. Hehehe.

4. Facial blotter
Dah berkurun aku tak guna, sebab bila nak amik gambar ni baru aku nampak "oh...aku ada blotter rupanya!" (jadi jangan banyak tanya kalo nampak muka aku macam kuali boleh goreng telur).

5. Gaviscon (in tube)
Kadang2 terlambat makan, merana lah aku dengan heartburn. Baik spare satu dalam handbag sampai expired. Hahaha.

6. Key holder (sebelah Gaviscon tu)
Itu baru kunci ofis. Kalo gambar ni diambil masa kat ofis, maka akan ada lagi 2 set key holders (kunci keta & kunci rumah). No wonder la beg aku macam berisi batu bersurat.

7. Memory card reader
Baru ni aku bawak balik dari ofis, nak suruh MrHubby guna, tapi dok jadi tukun sampai ke sudah.

8. Business card holder (UQ, my previous uni)
Kadang-kadang jumpa orang kat luar, adalah x rock bila terlupa bawak business card)

9. Eye Glo
Ni aku sumbat dalam beg just in case mata pedih.

10. Pen drive
Dua jer. Bila tengok lanyard, terus aku gelabah cari staff card... aisey! Mana aku letak ha?

11. Marker pen, ball pens, pen dakwat basah
Nama pun lecturer, mesti terselit gak 1 marker pen. Dan yang lawaknya, kalo nak isi borang, kadang2 seluk, terambil pen merah. Very the 'cikgu'.
Pen dakwat basah tu, saja je bawak. Ye la kan... kalo dakwat kering, nak buat hapakejadah?

12. Handphones
Yang Sony E (pink) tu 012, yang nokia tu untuk 019.
Aku guna 019 sebab coverage 012 macam %&*)*^$%^ kalo kat ofis. 012 tu tak terminate sebab nak bagi Ananda Krishnan terus kaya. Haha. Actually sebab the number is linked sekali dengan MrHubby and parents. Kalo nak tukar service provider, aku yang muda remaja ni senang la...tapi orang tua kat kampung, susah skit. Karang ada problem, satu hal pulak.


13. Paket putih yang terselit celah purse tu adalah dadah.
Hehehe. Takdelah. Itu adalah silica gel (sila jangan salah faham dengan silicon gel untuk membesarkan boobs).
Dah kata sayang handbag kan, harus la simpan dessicant kan?

14. Purse hook
Ni dapat hadiah contest dulu. Tapi jarang guna, mengenangkan berat handbag yang seumpama guni beras itu.

Dalam poket luar handbag...ada susuk. Tu pun kalo aku rajin touch-up lepas solat, maklum lah...aku ni bukan nak maintain 'ratu' je setiap masa.

  • Compact powder: kalo takde, harus nampak macam buruh binaan!
  • Eyeliner: muka aku memang macam tooot kalo tak pakai eye liner!
  • Lipstick: kalo pun aku x kisah, nanti DrWan akan tegur suruh aku touch up sikit (mesti sakit mata dia tengok aku huduh sangat :P)
  • Lip gloss: tak pernah abis. Sebab masalah bibir kepam tu la.

...dan x semena-mena ada laser pointer. Apa boleh buat... dah lecturer!!!


Dalam handbag aku ni kadang-kadang je ada tisu/wet wipes. Very the not feminine kan?
Sunglasses pun aku rasa bulky, so ada dalam keta je la.


Sebagai pembalasan Si Pitung kepada orang yang telah tau isi perut handbag Doraemon ku itu, sekarang aku nak kepoci tau apa ada dalam beg


Yang lain pun, kalo dah buat tag ni, bagitau la. Leh I jenguk-jenguk.

12 comments:

  1. Mampossss..aku kena..aku doa2 je Zeta tu org lain..skali klik,link ke blog aku daaa...huwaaa...camne ni..aku xde handbag..hahaha..

    ReplyDelete
  2. err.. err.. i da penah buat la isabelle.. in fact, i did tag u to do the same! kira setel la hutang tu ye lol XD

    ReplyDelete
  3. banyaknya brg dlm beg ko.aku dah buat zaman dulu tag ni :p

    ReplyDelete
  4. zeta,
    eleh..xkan la xde handbag. ngada la u ni.

    aidaikmal,
    hehe. ye ke? harus la dah berkurun dah u tag kan?

    elissmie,
    hoh.kena terjah ni....

    ReplyDelete
  5. gila skema isi handbag! :P
    dalam hbag i ada gula2 sugus sedozen! lalala~

    ReplyDelete
  6. jiji-fify,
    lps ni jumpa awak, nak mintak sugus la.

    ReplyDelete
  7. oit2..sudah langsai hutang..hehe

    ReplyDelete
  8. zeta,
    cemerlang betoi la makcik ni kalo jadi student haku.

    ReplyDelete
  9. wahahahaha... time kacih la yea buat jugak. ye, i ade 1 hutang tag dgn u. ermmmm, kene tunggu ade mood br boleh buat. ekekekekeke

    ReplyDelete
  10. lady,
    isinya mmg mcm kemas. tapi dlm beg berterabur segala.hahaha

    fizamior,
    i tunggu...

    ReplyDelete
  11. aku kene bag tag ni 2 thn sudah kot!! hihi skang isi dalam sudah berubah kot....

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat