Monday, November 12, 2012

Menayang (._)(_.)


During the pageant last two days, I uploaded a pix of myself in the middle of the crowd with the caption "Picnic by the roadside- at The Credit Union Christmas Pageant."



It  was liked by many of my friends and acquaintances and invited various reponses (sikit je)...but suffice to make me ask MrHubby about the appropriateness. It never crossed my mind that gambar tu akan menimbulkan kontroversi sebab Nursing in Public (NIP). 
Afterall, MrHubby yang tolong snap gambar tu, dan dia tau aku nak upload kat FB.... and my FB photos are only open for viewing to friends (one level only).

Sebenarnya, aku dah pernah tanya kat MrHubby pasal apa pendapat dia, apa hukumnya...dah tanya lamaaaa dulu. MrHubby  kata, dia tak kisah..sebab itu adalah 'urusan' aku dgn anak. I am doing my business by feeding my kids. Berdosa la kalo orang pandang dengan pandangan bernafsu. Kind of macam orang tu setim bila pandang t*tek mak sendiri.

"Lagipun masa BF kan selalu Mama alihkan sikit badan..cover sikit. Bukan la terus 'ta-daaaa' depan orang pun."
Yup. Aku bukannya menayang t*tek aku pun.




So..aku tanya la pulak..apa pendapat dia kalau yang published in magazines tu. Contohnya macam untuk ruangan Kasih Ibu dalam Majalah Pa&Ma..yang ada gambar mak-mak dok breastfeed anak masing-masing. Similar issues timbul bila MediaMalaya post pasal benda ni. Read HERE.

MrHubby kata..tak jadi masalah la. It's a magazine on parenthood!
Bukannya majalah Mangga yang memang menyembulkan segala yang tersembul untuk tontonan dan bacaan golongan remaja sampai ke orang tua.
So, aku sangat kesian kat orang-orang jumud yang maybe asyik baca majalah lagho je sampai tak pernah selak langsung any medical books or magazines- yang terang-terang akan pampang gambar keseluruhan organ penyusuan tu, malah organ pembiakan pun ada.  

Fine, ada yang kata bonding antara ibu dan anak,  tapi  tak yah la nak tunjuk orang. walaupun tak nampak, tapi automatic aku imagine mulut baby tu kat mana.   
Whatthefotosintesis lah. 
Setim sangat ke kalo tengok gambar mak-mak tgh menyusu? Daripada dok buat fatwa macam-macam..elok la jantan-jantan miang yang kekuragan belaian tu berpuasa.

Kalo dah tak tahan jugak..asyik nak kena mandi wajib je kalo setakat nampak si ibu menyusu-tanpa-
tunjuk-t*tek .. menikah je la. Dah masuk tahap wajib menikah dah.
Duit tak cukup? Too bad..sebab korang pilih pompuan high maintenance..hantaran kurang daripada 10k..babai. Harus la nanti dapat anak, kau kena spend duit utk beli formula (FM) pulak kan..sebab tak nak bini-high-maintenance kau tu menyusu kat public. 
Kalo mampu nak spend beratus-ratus sebulan untuk beli FM..bagus la. Kalo tak..too bad. Masa tu good luck la untuk rasa what-if-ada-jantan-lain-setim-terpandang-bini-kau-tengah-NIP.
What goes around comes around kan? 


Ada juga yang kata tak payah la sampai nak hantar gambar ke magazine. Kesian ibu-ibu yang tak dapat BF anak diorang..mesti diorang rasa inferior.
Hmm..malas cakap la kan. 
Bagi aku..Ya, nombor satu, perlu ada ilmu tentang BF. 

Tapi memandangkan menurut bestpren aku..colleagues dia yang doktor pun 'tak boleh' BF..aku percaya, faktor kedua adalah kesungguhan dan keazaman. 
Tapi kalau kau boleh kata "Eh, rajinnya you luangkan 10-15 minit untuk pam susu masa kerja."... nampak sangatlah diri tu tak sanggup bersusah-payah untuk pam susu. Lepas tu, esok-esok, komplem pulak "Alaaa...I punya BM supply drop la." 
*sigh* Susah nak ajar orang tak faham konsep Supply vs Demand ni.

Fine. Kot ye pun tak boleh jugak, cer bayangkan kos FM yang perlu dibeli setiap bulan. Aku tak tau sekarang berapa harga setin susu yang ada 8X DHA, gangliosides dan segala alfa, beta, omega. Tapi seingat aku, kalau dicongak-congak...setin cuma bertahan seminggu lebih, sebulan boleh jejak ratus-ratus.
Owh..lupa pulak aku. Maybe harga FM tu cuma 1%  daripada harga henbeg Coach diorang..apalah sangat kan?
So, if there's a will...there's a way. InsyaAllah. 
Jaga pemakanan. 
Doa jangan lupa. Sebab Allah yang bagi rezeki dan kesihatan kat kita.



Baru jap tadi, aku tanya pulak Sharyn dan Ganyk kat ofis aku ni...apa pendapat Aussies tentang NIP.
Ye la kan, kot-kot la orang Australia anggap gross sangat ke.

Sharyn cakap "I don't think there should be an issue. Babies need to be fed. Not that u go around bare-chested. I have seen moms doing it in the garden, at the restaurant, everywhere. I reckon Aussies are open, and they wouldn't mind it. I haven't seen anyone coming to a nursing mom, telling they shouldn't do it in the public. Evn if there is, it could be an old bugger! Why do you ask?"

Ganyk, sebagai seorang lelaki... dia pun anggap 'it's not a problem.' 


Apapun, aku suka dengan komen poyolahkau, salah seorang kat post tu.

Salam. Sebagai seorang bapa dan suami, asalkan tidak mendedahkan aurat yang tidak sepatutnya, gambar penyusuan ibu dan anak tidak salah, malah harus digalakkan. Tidak timbul unsur riak atau menunjuk-nunjuk kerana ibu-ibu ini memang menyarankan setiap ibu bapa lain yang melihat gambar tersebut untuk mencuba atau meneruskan penyusuan bayi mereka sehingga umur 2 tahun, maka kesediaan mereka untuk tampil secara umum merupakan satu mesej bahawa penyusuan susu badan adalah satu trend yang baik dan tidak perlu disembunyikan, lebih-lebih lagi oleh masyarakat Melayu yang kononnya sensitif tak bertempat. 
Kepada ibu-ibu yang gagal menyusu badan dan merasa sedih melihat ibu lain menyusukan anak mereka, itu perasaan semulajadi yang membuktikan bahawa penyusuan badan memang suatu aktiviti ibu dan anak yang amat baik. Tuhan maha mengetahui dan tidak akan menghukum anak yang tidak berjaya disusukan oleh ibunya. Jika lelaki itu miang, tak perlu tengok gambar ibu menyusu pun, dia boleh bayangkan yang bukan-bukan, tengok perempuan pakai purdah pun dia boleh khayal macam-macam, jadi janganlah risau sangat pasal gambar menyusu badan. Banyak lagi ada gambar artis seksi dalam suratkhabar dan majalah, tak ada pulak orang kata ini akan menaikkan nafsu ghairah lelaki miang. 


Bak kata pengacara Melodi "Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi"... so takyah la kecoh-kecoh sangat. Kennnnn?


10 comments:

  1. Belle, dah baca blog nih?

    http://cursingmalay.blogspot.com/2012/11/nipp-nurse-in-privacy-please-nipple.html

    Apa masalah dorang ni ha? Pompuan seksi meksi yg tunjuk lurah sampai nak nampak tetek tak plak bising. Ni ibu² yg nak bagi anak2 makan (BF) plak yg nak di kecohkan. Aku tgk gambo2 tu tak der pon nampak tetek dorang terdedah.

    ReplyDelete
  2. thanks for the link.mmg i tunggu2 pun....

    ReplyDelete
  3. aku sokong breastfeeding...

    *tetiba :D

    ReplyDelete
  4. itu pon nak kecoh2... yg Media Malaya tu apa masalah dia.. susah hati bebeno...

    ReplyDelete
  5. dear,

    thanks to those gamba mak-mak menetek anak dalam pa&ma that i feel motivated to bf my 2nd child and I did it..
    ;-)

    ReplyDelete
  6. nilah yg susah nak tukar mentaliti org2 Msia ni. benda yg baik BF anak jd kecoh sbb tak setuju bila buat in public. thn 70 an dulu2 mak2 kita kena brainwashed percaya yg FM lg baik dr BM. skrg je baru ada kesedaran balik.

    ReplyDelete
  7. walaupn xkawen lg..tp pendapat sy.bf baby ni plg baik..walau pun ramai xsdr..for me..xda isu pun..amanh dan tanggungjawb..kasih sayang seorg ibu..tu yg ptot fikir..pada laki miang di luar sana..dorg pun dulu time kecik time xda fm pun dorg minum ape..

    ReplyDelete
  8. what a narrow-minded community we live in.
    bukannya kita sengaja tayang..bukan kita tak cover2. agak2 la nak buat statement bangang pun kan?

    ReplyDelete
  9. ok ni MY opinion tau.. to me tak salah if org tu jenis yg open and bleh BF depan org ramai.. mmg takde any issues on that.. tapi kalau me myself and i.. hehe.. i pemaleww.. so utk diri sndiri maybe i wld cover up with kain or seangkatan dgn nye..

    but it's never wrong to BF in public.. dgn syarat mmg ko tak tayang tek kat org.. haha.. cth pernah ada sekali dlu.. my husband saw a lady dgn slambenye selak dan tesembul tek selama beberapa saat.. then baru dia suap anak die.. haha.. ok itu sgt memalukan..

    but mother's nowdays dah pandai nak nurse in public and pandai cover mana yg patut.. so it's ok.. u Is.. mmg jenis kental.. haha so i think menda ni mmg u open.. no issues for u.. :) (ni positive comment tau)

    i pon pernah jugak upload a picture of myself BF-ing ayden in the BF-ing room dlu.. tapi i make sure.. tercover betul2 walopon mase tu masih free hair.. huhu..

    ReplyDelete
  10. You wouldn't want to -- Higher HDL is a good deal better for your Health. You might be required to keep some medications as a part of try preparations to head off inaccurate results, can be reduced and a intelligent tier retained. You should own liver use achieving a knock off in the cholesterol levels or when the patient does not follow adequately with these measures, the obvious option for the clinicians is to start out on the drugs.

    Also visit my site - cholesterol high medicine over counter
    my page > cholesterol high medicine over counter

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat