Kenapa 'mak nenek'?
Sudah la mak, nenek pulak.
Sebab hanya mak nenek memang akan bersikap lorat macam mak-mak dan nenek-nenek. Itu tak boleh, ini tak kena.
Hishhh... lorat kan?
Kat Brisbane dulu, my first landlady cum godmother's an Aussie.
Aku ingat lagi masa awal-awal kat
Brisbane dulu...dia pesan, jangan kuarkan duit kat ATM yang ala-ala MEPS
tu, nanti kena caj, rugi. Dia pesan supaya jangan ramah sangat dengan
strangers, tapi tu pun dah terlambat sikit sebab aku dah terlebih ramah
dengan sorang mamat Aussie masa beli groceries kat Woolies. Dia pesan,
kunci pintu selalu..bahaya (dia tak tau orang Malaysia memang rasa tak
aman kalau pintu rumah tak berkunci, walaupun kita ada kat dalam)...
dan macam-macam lagi la. Sangat informatif.
Banyak benda remeh la bagi aku.
Dia punya concern tu, kadang-kadang
memang bagus. Macam ibu yang mengingatkan anak kan? Tapi paling tak
tahan daulat, bila dia bersembang tu macam takde fullstop. Senang kata,
macam Ibrahim Pendek yang asyik allahummasollialasaidinaMuhammad je
bersalam tiap kali Labu dan Labi nak buka mulut untuk pinangkan Chegu
Murni untuk Haji Bakhil. (refer minit ke 1:42) Hehe
Pernah gak dia ketuk pintu beria-ia,
tapi aku dengan housemate aku dok diam-diam kat dalam, as if we were not
at home, sebab once dia dah buka cerita...memang alamatnya sampai kau
sangap la berkali-kali.
Okay..itu dulu.
Aku
masih keep in touch dengan Mary. In fact, dia plan nak datang Adelaide
untuk jumpa kitorang nanti. Takpe..aku juga akan berbuat onar dengan
pegi ke Brisbane nanti, bawak batalion aku untuk menyusahkan dia. Hahaha
Aku ingat, semua ni dah berakhir. Ropa-ropanya... landlady kitorang yang baru ni pun LORAT jugak. Adehhh...
Tuan rumah aku sekarang adalah British-Aussie,
si bini nye la. Partner dia pulak ermm..aku tak ingat orang mana. Dua-dua dah tua pun.
Tapi
disebabkan aku suka make friends dengan orang baru, aku pun tak kisah
la kan...what's the worst that could happen, anyway? Paling-paling pun,
once every fortnight dia akan datang kutip sewa. Itu kata hati aku.
Hakikatnya?
Selang dua minggu, MrHubby akan mendengar khutbah Jumaat seawal waktu dhuha. Muahaha.
Dia
start dengan correcting Lil Adam's accent. *facepalm* Adoiyaiiii. Anak
aku tu boleh cakap English pun dah cukup baik tau. Tak payah la sampai
nak bergulung macam Aussie sangat.
Cer aku suruh dia cakap "Saya suka menyibuk hal orang sambil makan keropok lekor goreng garing-garing, letak dalam piring." --korang rasa dia cakap dengan accent Melayu tak?
Then, pot-pet-pot-pet pasal
dripping tap water -apa, dia ingat aku suka nak bagi air tu menitik je
24 jam? Aku yang dengar bunyi tap-tap-tap ni pun rasa annoyed tau tak?
Bila kitorang dah beli LCD TV tu pulak... dia
dok cerita pasal kes ada budak kecik kena hempap dek TV besar. Ye la,
aku tau TV tu 55"- besar dan berat. Nasihat tu memang bagus. Tapi, kalo aku takde pilihan lain, celah mana lagi aku nak pasang TV tu?
Lepas
tu, cerita pulak pasal ventilation. Dia suruh sesekali buka tingkap
bilik... dan tingkap bilik air, to allow exchange of fresh air. Lepas tu
melarat la cerita pasal nanti kalau bilik air tu tumbuh molds, bahaya
untuk kesihatan la...pot-pet-pot-pet.
Memang
la ada betulnya, tapi aku kesian bila aku balik, MrHubby cakap "Lagi
dua minggu, mama je la layan orang tua tu masa dia datang kutip sewa."
Aku pun kata la..."Nape
tak cakap kat dia, kitorang orang bidang environment, mesti la concern
pasal water conservation. Bini I tu orang 'safety and health'...
kitorang tau la weiii"
Hahaha. Kesian pulak aku kat MrHubby.
Tapi,
itu tidak bermakna aku sanggup menghadap maknenek tu. Kebetulan pulak
kalau hari aku tak ke uni, jarang pulak kena minggu-membayar-sewa.
Aku rasa partner dia tu pun tak sanggup kot layan bebelan dia. Sebab at one stage, partner dia pun macamcuba nak potong cakap dia berkali-kali sebab dah obvious sangat kot membuatkan MrHubby rasa hangin.
Ni, tadi dia sms aku pulak..suruh aku call Energy Australia, suruh aku check bill tu and have them paid.
C'mon. Ingat Malaysia tu ulu sangat ke, sampai aku tak tau utilities nak kena bayar? Whatthefotosintesis lah.
Fine.
Habis kontrak menyewa nanti, confirm aku nak pindah.
Kata MrHubby tadi, dia macam terkejut bila dapat tau kitorang taknak sambung kontrak. Haaa.Padan muka.
Kalaulah aku ada tadi kat situ, mesti aku tambah "Sorry, we have to move out bcoz somebody is pretending to be my thong, always up my ass."
sambil buat muka toya-mat-amin dan berlalu pergi.
Boleh gitu?
p/s: Cinta, jadi ke kita belikan TShirt ni untuk dia? Hahaha
susah betul yer, sebab memang betul2 dapat landowner tok nenek ni..hahaha. bertabahlah. kontrak berapa lama?
ReplyDeletewah mak nenek kita pun tak mcm tu sekali. pity your hubby.
ReplyDeletegiler annoying....
ReplyDeleteoh, nasib baik x pernah kena insiden mcm ni. 1st house, guna agency. rumah skang, walaupon ada landlord, tp dia baya2 kitaorg, so IT-literare, tiap2 bulan duit pindah kat dia melalui standing order je. kalo x de kerossakan or aduan, mmg kitaorg x kontek2. u x leh set up standing order jgk ke landlord tu? x yah nk hadap muka org tu personally.
ReplyDeletekalo la tau gitu dari awal kan, patut nya masa mula2 kenal terus ckp, 'me no speak english'. hehehe...