Pagi ni hati aku sungguh berbunga-bunga. Bak kata orang, dalam hati ada taman.
Ni haa...sejambak stargazer lilies pojaan hati yang aku terima hari Ahad lepas (for our wedding anniversary) kembang sekembang hidung aku.
Dah la bunga favourite, sekali kembang sampai dekat 12 kuntum.
Sejak hari Isnin hari tu rumah aku bau wangiiiii je. Nasib baik kitorang tak gelabah ingat bau wangi mak lampir ke, apa ke... nak nak semalam kan Malam Jumaat. hehehe.
So, dengan gedixnya tadi aku minta MrHubby amikkan gambar aku dengan lilies tu banyak-banyak.
Dalam kegedikan tu, aku memang berhati-hati jugak lah, to avoid the tiny grain pollens from brushing my blouse. Kalau kena kang, stain nye susah nak keluar.
Sekali...masa sampai lab tadi.... JENG JENG JENGGGGG
OH TIDAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKK!!!!
Dah kena sleeve!!!Jenuh aku tepis sikit-sikit, jentik-jentik je dari belah dalam fabrik. But the stain is still there :(
Terus aku teringat lagu kat TV jaman kanak-kanak dulu...
♫ ♪ Jangan-jangan terlalu suka
Suka-suka akibatnya duka ♫ ♪
♫ ♪ Mari kita bersamalah sama
Membaca amalan yang mulia ♫ ♪
#whattheheck tetiba pasal membaca pulak?
To add salt to the wound...
Tetiba my supervisor told me Dr Leena-Nylander French dari Uni of North Carolina yang akan jadi keynote speaker untuk our conference next week akan drop by kat our lab.
Ahhhh sudahhhhhh.....
Bertambah huduh la jadinya. Mesti dia nampak aku ni selekeh giler,
Kalau kat Malaysia, aku ada je dua tiga jacket/coat standby kat ofis. Kat sini, aku tak buat la pulak.
Camna ni wehhh?
Jap lagi je dia nak sampai...
Anyway, I googled and discovered that these could help to solve my pollen stain problems.
- remove the pollen with sticky tape and such
- do not touch it, the 'oil' from the skin will only set it up in the fabric
- soak in/wash with cold water
- use enzyme-based detergents (may try stain remover too)
Huarghhhh...
Lain kali gedix lagi. Huhu
mcm mana tips tu?tanggal tak ? bila la laki aku nak bagi bunga. tunggu konvo la nampaknya. masalahnya bila aku nak sambung master ni.hahaha
ReplyDeleteCantiknya bunga. Hilang tak stain tu ☺☺
ReplyDeletecantikkan lily bile dah kembang. cantik cam aku gak la kan..
ReplyDeleteakhakhakahka padan muke ko, gedik sangat ...
canteknya lily tu weh
ReplyDeletemana mau cari enzyme based detergent,..hadoi..hehe
ReplyDeletealhamdulillah..keluar jugak stain tu.
ReplyDeletemula2 kuar sikit je.
bila tanggalkan baju...tengok2 dah makin kurang. i read somewhere saying --rubbing it with the same fabric does help. hmmm