Bila keluar gambar Diana Danielle dengan Farid Kamil berlaga pipi, bercium dahi lepas selamat akad nikah, ada yang kata "Awww. so sweet."
Dan tak kurang pula yang butthurt berkata "Ishh apa la nak cium dahi, cium pipi kat tempat awam." Butthurt.
Alaaa. Dah sah, dah halal. Biar le dia.
Lagipun dah once in a lifetime je dia nak ada gambar kawin macam tu. Takkan dah jadi pengantin basi nanti, tetiba nak bersiap pakai baju kawin dengan berandam sakan hanya untuk posing macam mesra-mesra tu?
Mesraaaaa (*tangan gedix macam Bob AF)
Dulu masa bercouple, dah tentu ramai yang menjadi mufti siap dengan hujah takboleh, walhal dia sendiri lupa dia ada kakak/adik/anak perempuan yang who-knows-one-day akan jadi macam tu jugak.
Bagi aku la kan, tak jadi isu pun kalau dah terang-terang hubungan tu halal, selagi tak over. Tapi ada juga yang tak bagi cium dahi lepas selesai majlis akad nikah, especially kalau majlis tu dibuat dalam masjid.
Aku sendiri? Aku buat jer masa kawin dulu. Hehe.
Ni jangan la ada yang nak tiaw aku pulak, konon tuduh aku ni sekular sampai menghalalkan pengantin buka aurat atau bersanding tayang bini yang makeup lebih-hangat-daripada-biasa. Aku pun belajar agama jugak.
Aku tak check pulak kesahihan fakta bila ada komen yang kata Ustaz Azhar Idrus yang cakap bermesra di khalayak tu perkara tu haram walaupun kita dah halal sebagai suami isteri.
Anyway,aku rasa la kan, rasionalnya kita tak digalakkan bermesra sakan di tempat public walaupun dah kawen adalah supaya tak mislead org yang ingat kita belum kawen.Sama ada membuatkan bebudak belum kawen kata "Tu...diorang tu boleh je buat, nape kitorang tak boleh?"
atau pun
untuk mengelakkan salah faham dan 'kemaluan' kepada pihak Pegawai Pencegah Maksiat sebab tersalah terjah ala Abang Nas Ahmad rambut megi.
Mungkin masyarakat kita tak biasa. Our norma yang penuh dengan kesantunan melayu atau adat ketimuran, supaya org tak kata "Elehhh... Macam dia sorang je ada laki. Meluat aku tengok."
Haihhh..kenapa la nak didebatkan sangat benda tu?
Pasal hukum merokok tu haram, terus diam-diam je. Nape? Dah takde modal nak lawan ayat AlQuran?
Kepada orang-orang yang pernah tengok aku dengan MrHubby, atau akan tengok kitorang....
Sila bersiap sedia untuk menanah bijik mata, kalo lepas ni nampak aku cemolot atau meraba-raba laki aku di khalayak ramai. Tapi jangan risau, aku takkan sampai tahap nak beromen lagi sambil melintas jalan. Muahaha.
Harus la ada yang kata "Get a room la weiii." tapi mesti bara je kalo aku pangkas dengan ayat ampuh "Kau mampu?"
---okay, agak evil di situ.
So far maybe orang keliling aku baru cair taik telinga bila dengar aku panggil laki aku 'Cinta.'
"Cinta, Adam dengan Adib mana?"
"Kita nak balik pukul berapa ni, Cinta?"
Lagi rasa macam nak muntah hijau bila aku terpaksa ulang panggil MrHubby kalo dia tak dengar "Cintaa. CinTAAA. CiNTAAAAA." Keh keh keh. Maybe ada yang rasa macam sanggup jadi pekak sekejap.Owhhh,by the way.. i love PDA.
it's does not only mean Public Display of Affection to me, but i also look at it as Public Display of Awesomeness.Heh
p/s:
Entry ini adalah sempena DrNajah (my BFF) ada tag minta komen aku pasal isu PDA ni. So, aku ingat baik aku buat entry je la kat blog, supaya aku tak 'terrrbuat entry' kat Facebook wall orang lain.Heh.
emm..takat cium pipi nak gi keje je;ah..segan jugak nak cium dikhalayak ramai.huhu
ReplyDeletebetul tu... ske hati lah... laki aku... bkn laki ko... huhuhuhuhu...
ReplyDeleteoo..kalu i..i suka reraba cik somi..tangan suka sangkut dkat poket-montot dia..wakakaka..
ReplyDeleteeven dpan public..cik somi pun lebih kurg camtu..infact dia jnis tarik tgn kita pluk pinggang dia..sangkut paler dkat bahu-leher..
kengkdg dpan mak-pak dia pun sibuk nk meleser kat kita..(ok yg tu segan tp buat cam-biasa)
pd i PDA ni ok jer..tp xder la smpi nk ber'french-fries-kiss' dpan org ramai..