Thursday, September 20, 2012

Petua di dapur untuk my Monsterchef



Memandangkan MrHubby selaku Monsterchef (as Lil Adam calls it) sudah berjaya menunjukkan bakat terpendam terendamnya di dapur, hari ni, sebagai tanda sokongan kepada bakat baru beliau  aku nak share sikit petua-petua di dapur yang aku pernah amalkan, dan yang aku pernah baca tapi tak pernah buat.



Telur
i) Hindarkan cicak dari dapur atau bahagian lain di rumah anda. Bersihkan kulit telur and letakkan di
tempat tempat yg anda inginkan. Bau dari kulit telur itu dpt menghindar cicak dari berkunjung.

Kalau cicak masih banyak, itu menandakan itu adalah cicak mutant. Boleh la panggil Pak Mail (abahku) yang terer melastik itu untuk tolong. Sekor dia cas singgit jer.

ii) Gunakan telur yg sederhana atau sederhana besar ketika membuat kek. Jangan gunakan telur yg terlalu besar kerana ia akan membuat kek anda “tenggelam” setelah sejuk.

iii) Telur lama/baru – Masukkan telur di dalam periuk berisi air sejuk bercampur garam. Jika ia tenggelam, telur itu masih segar/baru. Jika timbul, buang saja telur itu.
 Brokoli
Brokoli yg sudah kuning setelah disimpan berhari hari masih boleh digunakan. Masukkan brokoli di dlm mangkuk berisi air sejuk. Pastikan brokoli di dalam air yg penuh. Biarkan selama 1 jam. Brokoli anda akan menjadi hijau dan bolehlah dimasak.

*Tapi kalo dari kuning, dah hijau balik, dan kuning lagi... maksudnya nanti pegi Gepps Cross, jangan le tamak lagi membeli sayur. Kan membazir itu amalan syaitonnnn :P


Pengisar (Blender)
Untuk menajamkan pisau mengisar, kisar garam kasar. Kalau tak tajam jugak, gunalah garam kasar untuk blend segala bahan yang korang nak blend. Biar masin semua. Heh.

Nak lagi senang, beli je la lesung batu...jangan jadi macam aku (read HERE)


Bawang Putih
Untuk mengupas bawang putih dengan mudah, panaskan di dalam microwave over selama beberapa saat. Jangan microwave lama sangat pulak, sampai titttt-tiiiit-tiiiit microwave tu bunyi suruh 'remove food'... kang terus lecur semua garlic.

 

Tomato
i) Untuk meranumkan tomato yg masih hijau,
masukkan tomato dan pisang ke dlm plastic ziploc dan biarkan selama 2 hari. Tomato anda akan ranum.



ii) Tomato yg terlalu ranum dan sedikit lembik boleh menjadi ranggup. Rendam tomato yg ‘over-ripe’ di dalam air sejuk dicampurkan sedikit garam. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
 

*Adapun ini adalah petua untuk buah tomato, dan bukanlah untuk Adib Tomeytomeyto kita.



Kentang
i) Sebelum membakar kentang, rendam di dalam air garam selama 15 minit. Kentang akan lebih cepat empuk. Nak senang lagi, masa nak beli tu, tanya la 'kentang ni sesuai utk baked ke, fried?'

ii) Jangan simpan kentang bersama bawang. Ia akan cepat busuk. Juga jangan disimpan kentang bersama diapers anak yang sudah dipakai. Nescaya akan bertambah busuklah kentang tersebut.
iii) Jika ingin mengoreng kentang, rendam kentang yg dipotong di dalam air sejuk selama 1/2 jam. French Fries anda akan menjadi lebih rangup.



Jagung
Ketika merebus jagung, jgn campurkan airnya dengan garam. Ia akan membuat isi jagung itu keras. Campurkan sedikit gula dan jagung anda akan menjadi lebih enak.

Kalau nak lagi sedap, bubuh dollops of butter and salt and pepper and susu pekat. Hehehe. Melampau betul.







 


Beras
i) Untuk memutihkan nasi, campurkan 2-3 titis jus lemon sebelum memasak (cantekk sangat sebab kita tengah kaya dengan lemon)

*Tapi jangan gatal-gatal nak try putihkan pulut kuning dengan lemon pulak. Aku luku karang.



ii) Untuk menjauhi serangga dari beras, letakkan beberapa helai daun pudina di dalam kampet beras.
 



Baking Soda
Bersihkan peti sejuk anda dengan baking soda. Masukkan sedikit ke dalam air. Ia akan menghapuskan bau yg tidak enak dari dalam peti sejuk anda.


Jangan risau, peti sejuk korang tidak akan mengembang macam kek.



Limau
Limau nipis / kasturi akan mudah diperah jika dimasukkan ke dalam air panas selama 5-10 minit atau di panaskan di dalam microwave oven selama beberapa saat. 

Tapi aku selalu golek-golekkan je limau/lemon atas meja.

Bebola Ikan
Gunakan kunyit dan sedikit air dan kertas putih jika anda ingin tahu samaada bebola ikan yg anda beli di pasar ada Asid Boric. Cecahkan kertas putih ke dlm
campuran air kunyit dari dan biarkan kering. Letakkan bebola ikan ke atas kertas yg ada cecahkan itu dan biarkan selama 1 minit. Jika anda lihat ada tanya merah jambu atau merah kecoklatan pada tempat anda meletakkan bebola ikan itu, maka asid boric terkandung di dlm bebola ikan. 


  
Adunan Tepung / Ulian
Jika adunan tepung melekat pada tempat ulian anda, simpan adunan di dalam freezer untuk beberapa minit kemudian bolehlah digunakan.

*Tapi rasanya kalau buat donat, maybe boleh sentot jugak kalau macam ni...sebab yeast takleh ferment. Hehe

Biskut
Alaskan di bahagian bawah tin biskut dengan kertas minyak (blotting paper) sebelum menyimpan biskut untuk mengelakkan biskut dari cepat lemau.


*Untuk kita-kita yang lemau nak buat keje... boleh mandi minyak supaya naik syeikh. Hehe


Source: HERE

2 comments:

  1. mesti your hubby mmg dah jd expert kat dapur ni. sous chef pun ada (Adam&Adib). hehe

    ReplyDelete
  2. Ӏ lovе "Green Smoke" the best onе tо dаte.
    after Dealing with atleast 6 diffeгent types, My partner and i
    kept having trοubles ωіth either the bаttery pаsѕing away to soon, or leaκages in the catragеs.
    As wеll as, you could never evaluate which thе problem haԁ been with the
    Threе pieces, and so і probly wand upwards throughing out types that were nonеthelеѕs gooԁ, but not knowing.


    Here is my blog poѕt: support.jodohost.com

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat