Tuesday, September 25, 2012

Kenali personaliti melalui ubat gigi

Hmmm..dah lama aku tak blog pasal random ramblings. Asyik update pasal life kat sini je.

Semalam aku pegi beli ubat gigi. Kat sini walaupun ada Macleans bagai... kitorang beli Colgate je.

Aku ingat lagi masa kecik dulu.... jaman Kelab Colgate baru dilancharkan (wahh spelling pun lama sempena cherita lama)

Korang pernah jadi ahli tak?
Mesti cool kan ada badge ni.... Siap selit kat beg sekolah masing-masing.



Benci betul aku masa tu sebab Acik (abang aku) sorang je dapat jadi ahli. Yang aku pulak terkulat-kulat nak kumpul penutup kotak ubat gigi Colgate tu. Kalau tak silap, diorang nak tiga penutup kotak yang 250g untuk dihantar dengan borang penyertaan. By the time aku dapat yang ketiga, penutup pertama Mak dah buang entah ke mana (read: Mak jenis rajin mengemas). Sudahnya sampai dah tutup Kelab Colgate tu pun, aku tak jadi ahli lagi. Benci arrr...benci!!!

Sekarang aku masih menunggu Colgate untuk melamar aku jadi model iklan diorang. hahaha
Pernah gi casting aritu, siap dipuji lagi gigi aku lawa. Tapi sebab diorang nak character ibu, maybe muka aku tak cukup keibuan kot -_-

Speaking of ubat gigi, aku masih ingat lagi ubat gigi Darlie... dulu namanya Darkie, sempena orang kulit hitam kat logo dia.
Cer korang tengok...huduh kan?




Agaknya sebab takut orang ingat gigi pun jadi berdaki kot, so diorang pun mem-rebrand kan nama diorang. Hahaha.
Orang yang lahir se-jaman dengan aku mesti tau benda ni. Benci arrr bila dulu aku citer kat students aku, diorang tak tau...membuatkan aku terasa tua. Muehehe


Eh, lupa pulak...
Sebenarnya aku buat entry ni untuk test personality mengikut cara guna ubat gigi....
Korang kategori mana?


Aku pernah dengar kat radio dulu, ada couple bercerai sebab si laki suka picit ubat gigi dari tengah, bukan dari bawah. Whatthefotosintess lah. 

Hmm..now that we have bought a new tube of toothpaste, tak tau la berapa lama boleh bertahan. But I bet yang seco'et kat hujung bila nak habis tu boleh bertahan lebih lama daripada 3/4 of the whole tube kan?


3 comments:

  1. Ahli kelab colgate gak >_<.

    Pagi ni kat radio hot fm ada citer pasal ubat gigi nih gak. Pasal benda ni pon bley bercerai. Alahaiii...

    ReplyDelete
  2. Aah aku pun penah dgr kat hotfm psl ubat gigi & bercerai tu. Serius lawak.

    Aku type yg 1st...tapi before kuar bilik mandi, aku akan bawak yang kat bawah tu naik. Jadilah seperti pic #2. Jap, aku kategori mana nii.

    ReplyDelete
  3. buahahhahhaa saya adalah ahli kelab Colgate ok?

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat