Thursday, June 16, 2011

Halal haram ASN/ASB-latest




Dulu orang dok sebar-sebar pasal Akum/Askum/Salam tu... aku cukup marah kalo diorang tak update dengan pembetulan bahawa ucapan 'Salam' tu dibolehkan.
Ye la, takut orang tak baca blog atau sumber lain yang ulas tentang boleh takbolehnya guna istilah tu... dah tak pasal-pasal orang dok citer benda yang salah.

Anyway, sebab baru-baru ni aku citer tentang syubhah & haramnya ASN/ASB adalah wajib aku menyebarkan latest update ni...


KUALA LUMPUR 13 Jun - Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.

ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.

"Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.

"Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut," katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang www.islamituindah.my.

Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.

Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.

"Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.

"Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus," jelasnya.

Sementara itu, ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang. Katanya, fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.

Bagaimanapun, surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.

"Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu," kata jurucakap jabatan tersebut.


source: here


Tapi la kan.. bagi aku, senang citer... Kalo dah ada fatwa macam-macam ni, tak payah je la melabur kat ASN/ASB ni.
Baik pi jual gelang. Bahahahaha....

9 comments:

  1. boleh baca more details pasal asb haram dekat suziey.com..

    ReplyDelete
  2. tapi kalau ASB dengan buat loan memang confirm haram. sbb loan tu ada riba'.

    ala..ASB pun bukan besar sangat dividen dapat..tak sampai 10%.. baik jual gelang bak kata ko belle.. hahahhaa...

    ReplyDelete
  3. baru baca ttg isu ini juga td.alternative, jom masuk public mutual inv! :)

    ReplyDelete
  4. betul jugak u kata is, kalau dah was-was tentang kehalalannya baiklah melabur ikut cara lain :)

    ReplyDelete
  5. naper la depa suka buat kita conpius...

    ReplyDelete
  6. naper la depa suka buat kita conpius...

    ReplyDelete
  7. mmg mengkonfiuskan org...

    jual gelang magnet ka??? hahah

    ReplyDelete
  8. dalam zaman nie banyak benda disekeliling kita yang haram....kenapa dok pening kepala fikir ...kan dah kerajaan bagi jaminan ianya HARUS..terpulanglah kalau nak melabur-laburlah,kalau tak yakin jangan melabur,ini buat keluar fatwa haram pulak kan bagi orang bercelaru...pecah belahkan orang ini pun boleh buat dosa juga tu.

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat