Tuesday, April 30, 2013

Terasa muda surrounded by adik-adik

Last week, meriah rumah aku dengan kehadiran adik-adik MASCA, a.k.a geng TTP yang sama-sama kerja dengan MrHubby.  Semua gara-gara celebrate Megat dan Nabilah yang baru je konvo siang tu. Congrats!

 

Mula-mula ingat nak celebrate kat luar, tapi sebab leceh pulak aku nak handle anak-anak nanti, so aku dan MrHubby masak tiga empat dishes dan ajak diorang datang ke rumah je. 

Some of them pernah jumpa aku masa event Merdeka Raya dulu, atau masa Malaysian Carnival. Ada muka-muka yang dah biasa dengan aku, ada yang malu-malu tenuk sebab selama ni aku dah dengar macam-macam cerita pasal diorang. Hehehe.

Family Nabilah pun join, so masing-masing kontrol sikit la kesopanan dan kesusilaan (aku lettew). Maklum la.. aku kan dikira kategori 'kakak' di kalangan adik-adik yang muda tu. Mak budak pulak tu. Kang aku mangkaq sangat, terkujat pulak mak bapak Nabilah tengok.

Tu pun mujur family Nabilah orang Penang, baq hang.
Kalau family Megat datang sama, mesti aku berjalan dalam rumah pun kepit-kepit. Makan sesuap hujung sudu, dan pedap mulut kontrol-kontrol dengan napkin. Ehehe. Segan wehh..aku ni bukan jenis berprotokol sangat.

Gambar makanan dan sesi makan-makan takde, sebab dah lapar sangat.

Anyway, lepas makan, diorang layan movie sambil main Monopoly.

 

Yeop terus jadi abang favourite Lil Adib, sebab rajin melayan main Ultraman.  


Sambil tu... tuan rumah menyampaikan amanat sikit.


followed by ucapan oleh yang diraikan... Nabilah si kecik, bakal engineer.
 

Megat turut menabur janji-janji manis dalam manifesto beliau. Eh?
 

Dua orang je yang diraikan. Yang lain (Pokka, Kuhen, Affan, Yeop, Maisarah, Puteri, Ainul) masih setia di sini meneruskan perjuangan sebagai students. Okaylah tu... ada banyak masa lagi nak hang out sama-sama. 

Then, ada cenderahati sikit daripada kengkawan diorang, disampaikan oleh Pokka.

 
 
 

Baru je Megat nak mengamuk sebab takde hadiah untuk dia.... terus tak jadi, sebab... ada jugak rupanya...
 
 
Affan tak abis-abis nak enterfrem. 
Takpe Affan, esok-esok jadi raja sehari, tak payah enterfrem...memang semua kamera hala ke awak. Hehehe. Motip ayat aku nih??? :P

Rasa rindu nak berkumpul dengan adik-adik macam ni, macam jaman ex-students selalu datang rumah dulu... makan-makan, sembang tengok movie.Sebabnya...
  1. Rumah tak rasa sunyi
  2. Rasa lebih muda. Eh, bukan rasa, aku MEMANG muda pun. Heh.

Came Saturday night, kitorang dijemput join family Megat pulak untuk sama-sama makan kat Barnacle Bill (sebelum diorang balik Malaysia esoknya). 

 

Punya la berlambak fish and chips, sampai tak larat nak makan, sebab by that time aku dan MrHubby baru je gerak dari istana hinggap, makan-makan mee kari. 
Alhamdulillah rezeki.





Kelmarin, kitorang gi HarbourTown, jumpa Pokka. Lil Adib yang selalunya tak-berapa-friendly dah start  berbaik-baik dengan Abang Pokka. 
Lil Adam memang jenis ramah mesra sebab dari kecik dah biasa mingle dengan students aku.




Haihhh..tetiba rindu sangat kat anak-anak murid kat Malaysia. 
Eh...sebut anak murid macam tua pulak aku ni. Adik-adik murid. Haaa...boleh la tu kan.
 

Monday, April 29, 2013

Harumnya malam Jumaat eh malam Isnin

Bagi orang-orang dah kawen, pakai harum wangian ittew tak semestinya hanya pada malam Jumaat. Semalam, lepas penat balik dari Harbourtown dan layan tetamu datang rumah jap, aku dan MrHubby pun masuk bilik untuk tidur awal. Almaklumlah malam Isnin, esoknya kan nak keje, tak payah la tengok TV. #alasan.

Macam biasalah... pantang tengok aku duduk dekat dengan ayah diorang bersembang kosong, mesti nak menyelit jugak. 
Masa tu ada la bau wangi-wangi sikit, tapi kitorang buat derk je.

Sampai la aku bangun nak gi bilik air. 

Dan...aku tengok kat hallway....



 
Penuh dengan taburan bedak talkum!!!
Suci dalam debu gittew.

Ni tak lain tak bukan, ni mesti kerja budak si tepung gomak ni la. Entah bila masa dia tabur suri-ram-ram-ram pun tak tau la.

Aku naik geram, tapi nak tergelak pun ada.

So, aku pun panggil dia "Adiiiiib.... who did this?"

Muka dia terkulat-kulat. Takut aku marah le tu.
Aku pandang je muka dia. Tak marah.


Tiba-tiba, dia gi amik baju dalam laundry basket... dan start menggonyoh karpet tu.

Oooo...dia nak bersihkan balik rupanya.
Pandai pun lap sendiri!!!





Segenap tompokan bedak yang dia tabur tu dia kibas-kibas dengan baju tu.
 


  Terduduk kepenatan

Haih la Bearbear Tomeyto...
Lain kali, kalau buat lagi, kena clean up sendiri macam ni jugak!!!




p/s:
Ada yang ingat ni entry pasal cerita 18SX ke? 

Friday, April 26, 2013

Ayat annoying- Halal ke???

Some people, when they are away from their home country... tetiba terus jadi 'lebih patriotik'.
Yang Melayu jadi 'lebih Melayu' daripada orang Melayu kat Malaysia, 
yang Muslim jadi lebih Islamik daripada orang Islam kat Malaysia.

Contohnya... kalo kat Malaysia..
Bila membeli groceries, kau main capai je semua benda masuk dalam troli. Tapi bila kat obersi, pandai pulak belek senarai emulsifiers bagai. Kalau animal derived yang bovine source, tak berani beli sebab kot-kot tak disembelih. Tapi kalo kat Malaysia, kita assume "Oh...bovine. Lembu. Halal la kan? Bukan porcine pun."

Bila gi makan kat hotel kat Malaysia, tak pernah pulak fikir kot-kot tak halal. Paling kecoh nak tunjuk Islamik sikit pun adalah masa bulan posa. Masa tu baru kalut cari senarai hotel yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Does that mean kalo bukan bulan posa, sesuka hati kita je nak makan kat restoran/hotel mana? Poyo.

Kat Queensland dulu, pun ada jugak manusia macam ni. 
Ada sekali tu, masa UQ Open Day, kat booth UQ MSA (Malaysia Students Association) yang dijaga oleh budak-budak undergrads (Malays, Chinese, Indians). Diorang ada sediakan roti canai untuk ahli baru yang sign up. Aku yang baru beberapa minggu study kat situ, of course la jadi excited bila tengok makanan pojaan rakyat Malaysia. So, lepas bagi nama, terus la menikmati roti canai gunting yang tak besar mana tu, dengan kari seciput tu.

Tetiba, ada sorang abang lalu...
Aku pun cakap la "Bang, jom la sign up, dapat makan roti canai ni. Sedapnyaaa." sambil mengunyah roti canai sampai nak terpejam-pejam mata punya feel.

Sekali dia cakap "Halal ke?"

Aku rasa macam nak hentak orang dan-dan tu jugak pun ada. To me, kalau dalam committee tu ada budak Melayu (Islam), InsyaAllah la diorang dah pesan kat geng-geng dia supaya make sure ayam/daging untuk kari tu dibeli dari halal butchery.
Entah-entah memang budak Melayu sendiri yang masak kari tu. So, jangan la ingat semua orang buta perut tak fikir pasal halal haram apa yang jadi darah daging.

  
Ada sekali tu pulak, aku tengah makan lolipop bodo yang aku dapat free dalam goodie bag apa ntah. Alaaa...lolipop bodo yang takde brand tu. Setakat ada rasa manis dan kaler merah je.



 

Tetiba ada sorang hamba Allah ni tanya "Halal ke?"

Adoiyai. Agak-agak la sikit kot nak tanya pun. Kalau lolipop yang jenis ada cream ke, buttermint flavour ke... logik la jugak nak suspect ada ingredients pelik-pelik.

Cenggini la....
Kita cuba sedaya upaya cari yg halalan toyyiban. Tapi kalau dah terkena tipu tanpa disedari, kita nak buat macam mana? Jolok anak tekak? Minum clorox?

Bila makan kat restoran yang ran by or owned by Muslim...what makes u think dia CONFIRM provide ayam/daging yg halal? 
Maybe ayam daging tu halal, tapi sos yang digunakan sos Tabasco atau sos HP (eh, yang terkini- sos Tabasco dah halal ekk?). Or santan tin yang diguna tu takde emulsifier yang syubhah?
Or how do you tell, maybe desserts yang dihidang ada guna Golden Churn butter as one of the ingredients? 


 
Ada satu restoran Indonesia (name not to be revealed here) kat Queensland dulu, punya la berbondong-bondong orang Malaysia dok pegi makan besar kat situ sehingga menjilat siku. Tapi aku dapat tau daripada sumber dalaman, boss restoran tu beli je ayam/daging dari any butcheries yang bagi harga murah. 
Gulp!

You see... tak semestinya kita serumpun atau sebangsa (even kalo sama-sama seIslam sekalipun) kita boleh guarantee kesucian yang masuk ke perut tu. Halal mungkin senang. Toyyiba? Hmmmm... Belum tentu.
Again, kita cuba sedaya upaya cari, tapi terkena jugak, nak kata apa?

Logik la kan. Berapa ramai orang sanggup bayar lebih mahal untuk pastikan kesucian makanan yang dia serve tu, especially kalau boleh melibatkan untung besar. Duit kan, sapa tak nak. 
Alaaa.. macam  politik la jugak. Duit punya pasal... ramai terus gelap mata. Tak kira la parti apa pun.

Cakap pasal politik ni...
Antara benda yang aku wonder sekarang...orang yang dok berdegar-degar cakap pasal Melayu Islam tu... diorang takde kawan Muslim yang non-Malay ke dalam FB diorang?

Boleh menyinggung perasaan tau. Just like apa yang jadi kat Adam Corrie.
Dan aku percaya, ada juga kawan-kawan Chinese Muslim atau Indian Muslim yang akan terasa atau annoyed bila orang asyik sebarkan pasal asabiyah Melayu utk perjuangkan islam. 
Ooops!


 iklan sikit


Takpe la. 
Pilihan masing-masing. 
Esok-esok nak 'jawab soalan' pun, sorang-sorang jugak. Kennn?

Monday, April 22, 2013

Kegedikan apabila dedaunan berguguran


Autumn is only halfway, tapi sejuknya humang aiii. Hidung pun dah start runny.
So, semalam aku keluarkan winter coats and jackets yang disimpan sepanjang summer. Sedar tak sedar je, berderet penuh coat rack, sampai kena keluarkan balik hangers yang dah disimpan. Entah bila coats tu semua beranak entah (#mukainnocent)
Ni je la yang aku syok bila sejuk-sejuk ni. Boleh melaram dengan winter coat.

colourful fallen leaves at the corner of Anderson/Cawthorne St



Maklum la, kat Queensland dulu, kalo sejuk tergedik-gedik pun, orang pakai jumper je. Harus la orang akan pandang dengan jelingan alien kalau nampak kau pakai coat tebal bulu-bulu. Jauh sekali nak berboots sakan. Tapi aku buat jugekkk (pakai boots tu), sebab dah memang aku suka. Tapi biasanya masa gi city je la.




Dan kalau korang ingat lagi entry lama dulu tentang TEARFUL THURSDAY aku, ini adalah masanya untuk aku buat entry Menyengih Monday. Wahahaha.
Dapat pick up tak? Dapat tak?
Hewhewhew.
Gedixnyaaaa aku nak tunggu winter :P


Syok jugak bila tengok daun-daun colourful berguguran. Boleh feeling-feeling autumn in my heart gittew.
Nanti la, aku buat gwiyomi melawan Adam Adib untuk menambahkan ke-Korea-an aku. Harharhar.


Dalam pada suasana gloomy ni, kat Rundle Mall, stall bunga berseri-seri jugak.



 “Autumn is a second spring when every leaf is a flower.” bak kata Albert Camus. 
Sape Albert Camus? Loyer? Mejistret? Pencipta Kamus? Entah.


Haihhh...bila nak dapat bunga lagi nih?
Kali ni tak nak stargazers la. Nak roses pulak. 
#hint hint
 

Sunday, April 21, 2013

My kids gwiyomi-ing :P


Feel free to view it on Youtube (Gwiyomi comel Adam Adib)
and click 'like' (if you like it)

Red alert tak boleh blah

Cer tengok betul-betul.
'Bendera merah' tu actually apa...

@Hampstead Rd

Thursday, April 18, 2013

Introducing Hari Bercakap BM :P


Aku ada obsession sikit terhadap bahasa. Okaylah...'obsessed' might sound too much. 
Aku suka. Aku suka belajar bahasa. Setakat ni yang dalam list aku cuma BM, English, Arabic, Bahasa Indonesia. Ada la grasp sikit-sikit Korean. Bahasa Jepun tu boleh la takat menyanyi lagu Mirae sampai abis.

Okaylah... bahasa lain tu maybe kurang kita guna, kita cerita pasal English la.
Betapa aku nak suruh (ex)students aku kuasai English, sampaikan bila diorang tanya soalan dalam BM masa kelas, aku akan gedix-gedix jawab "Sorry, I dont understand Malay."
Wah, kau...bajet "I sound stupid when I speak Malay" gittew! Meluat tau.

Bukan la aku yang hidung penyet dan berkulit tan-ala-Latina (iyolah tu) ni tak reti BM. Saja je nak encourage diorang cakap English. Dah mengajar pun in English. Exam nanti pun jawab in English jugak. So, alang-alang bertanya tu, biar la in English.

The same goes to my kids.
Aku encourage Lil Adam cakap English dari kecik. Bila dia banyak bercakap BM lepas sebulan bersekolah kat Little Caliph dulu, aku tanya kat teachers dia... rupanya amongst kids memang diorang suka cakap BM, walaupun dengan teachers diorang cakap English.


Bukan la 'kerek' ke, apa ke. Tapi sebab aku nak dia exposed dari kecik, sebagai persiapan sebelum datang ke Aussie (last year), supaya dia tak terasa aliennya bahasa penjajah tu.
Dan manalah tau esok-esok dia nak interview kerja ke, senang nak impress the interviewers. Eh, Lil Adam dah nak keje ke? Hahaha. Poyo!
Lagipun, esok-esok takde la dia tahan kencing semata-mata sebab tak reti cakap "Teacher, may I go out please" masa cikgu tengah mengajar. Macam aku dulu, takut giler nak mintak excuse pegi ke toilet masa hari Isnin (sebab hari Isnin adalah hari Bahasa Arab). Bila dah tereris tu, konfiden je nak mintak permission kat cikgu yang tengah mengajar. Dalam masa sejam, kalau nak keluar pegi b*rak 5kali pun boleh.Tapi kejadah apa pulak aku nak pegi banyak kali, kennn? Kang cikgu/ustaz/ustazah tu tanya kenapa nak pegi toilet lagi, mamfus aku nak jawab 'cirit-birit' dalam Bahasa Arab. Ekekeke.

Akan tetapi, setelah aku dengar kemelut anak-anak Melayu yang terpaksa berhempas-pulas menguasai bahasa ibunda apabila pulang dari luar negara....
(sila impress dengan penggunaan kosa kata aku dalam ayat BM lengkap. wtf)
Anyway, bila aku tengok jenuh budak-budak Melayu yang struggle bila balik Malaysia, kena belajar BM... aku jadi cuak.

Takut bila eja 'kucing'... sebutannya jadi macam 'cooking'.
Risau kalau perkataan 'gotong-royong' pun dia tak tau apakebendanya tu.

Takut jadi macam ni...



Maka aku telah melancarkan HARI BERCAKAP DALAM BAHASA MALAYSIA kat rumah.


Ni semua gara-gara aku sakit hati bila dengar, anak Abang Azul kena tiaw dek cikgu low mentality bila balik bersekolah kat Malaysia "Baru berapa tahun duduk oversea, dah nak berlagak tak reti cakap Melayu."

Kalau anak aku yang kena sound macam tu, tau la cikgu tu aku hadap.

Anyway, Hari Bercakap Dalam Bahasa Malaysia di rumah aku adalah pada hari Sabtu.
So, tiap-tiap hari Sabtu, Lil Adam akan 'tershashul-shashul' cakap English.
Minggu pertama aritu, bila aku suruh dia cakap Melayu, ada ke patut dia jawab "I don't know how to speak Malay."

Ahhh...sudahhh.
Mampuih aku nak jawab kat MIL esok-esok.
Dulu, dia dah bising dah "Kau tu, ajar la Adam cakap Melayu. Esok-esok ni, dia tak reti cakap Melayu pulak."
Tapi aku jawab "Alaa...relax la, Mak. Anak saya tu orang Melayu, reti la dia nanti."


So, amacam bila dah abis baca entry ni... ARE YOU ENJOYS? OR ARE YOU 'BORING'? 
Wakakaka
(#orang yang faham je akan gelak bila baca ayat last ni)

Wednesday, April 17, 2013

WW -Pity the children. Haha

WW- The best way to answer true/false question








p/s:

I used to do something similar masa sekolah dulu. Just to confuse the teacher.
If they see it as the right answer, I'll still get the mark. Hahaha.
Keji kan?

Mengajar anatomy to a 6y.o boy

Aku teringat lagi masa dulu aku dok cari-cari terms yang sesuai (and sounds 'subtle') to refer to private parts, bila bercakap dengan Lil Adam.
Read HERE.

Pada suatu hari, sedang Lil Adam tengok tv, meraba-raba pusat sendiri... tetiba dia popped soalan kat aku yang dok bermalas-malasan di atas bean bag.

Lil Adam: Mama...do u know where is the tummy hole?

Me: Sure. Your belly button kan? The navel.




Lil Adam:  Hmmm. Then if we go further up, we have this (._|_.) What is this, Mama?

Me: The chest. (#trying to avoid)

Lil Adam:  No, this one. Bonbon.(tunjuk nipple dia sendiri)

Me: Bonbon is actually the breasts, but we call it bonbon, as our secret code. Just like 'bird'.

Lil Adam:  What are they for?

Me: Err... I will have to ask the doctor first.

Lil Adam:  Why ask the doctor?

Me: *poker face*


Dan sekarang... aku dah gelabah.
Dah la awkward bila bagitau anak, lelaki ada breasts. Takkan nak cakap kegunaannye untuk breastfeeding pulak. Hewhewhew.
Haru!


Monday, April 15, 2013

Wahai warga Adelaide yang gemuk, sila la undergo surgery!

Mulai sekarang, aku akan melihat orang-orang gemuk di sekitar South Australia dengan penuh setim kasih sayang.



Bukan lagi dengan persoalan yang mencucuk-cucuk kepala "Tak susah ke matsaleh ni nak cari baju? Agak-agak dia ni nak masuk The Biggest Loser tak?"

Sekarang ni, aku mengharap sangat South Australians (esp. Adelaideans) gemuk. Hehehe. Tapi gemuk yang ada niat untuk undergo surgery la. Kalau takat gemuk yang nak disimpan, buat apa.
Tak kira la abdominoplasty surgery, atau nak operate dan buang breasts ke (due to potential breast cancer)...Janji diorang nak bagi isi-isi lebihan tu kat aku.

Bukan la aku nak tempek isi-isi tu kat badan aku. Badan aku pun sedang rancak mengumpul lapisan insulator to keep me warm sempena winter yang akan datang. Hehe.
Aku nak slabs of the abdomen bcoz I need the SKIN!!!



Maybe ada yang dah baca aritu, dah tau la sikit pasal projek aku yang menggunakan kulit manusia.

Tapi, the latest news yang aku dapat, lately tak ramai orang undergo surgery. Maybe dalam 6 surgery je setahun. So, maknanya, tak banyak sangat la 'bongkah isi yang berkulit' yang boleh dapat, nak nak kalau orang tu gemuk.


Kalo macam tu la gayanya, I might have to work on animal skin.. pig skin is the most likely. Sebab lagi senang nak dapat, berbanding dengan binatang lain.

Lepas tu, co-SV aku pun tanya "Which one do you prefer - pig skin or dead people's skin?"

Daripada pig skin yang membuatkan aku jenuh nak samak tiap hari,  baik aku guna human cadaver skin, a.k.a kulit orang mati.
Last aku tengok post mortem dulu, masa practical training kat HKL. Lama dah tu. Tapi cadaver skin ni tak best sangat la kot, sebab maybe dah treated dengan chemicals. Haihhh...

Gini je la....


Marilah kita sama-sama mendoakan supaya ramai orang berisi lebih kat South Australia ni mendapat hidayah untuk operate buat 'tummy tuck'.

Maybe aku kena start edar flyer kat Rundle Mall  kat potential victims.


Atas flyer tu kena ada ayat 'You too, can look fabulous like Angelina Jolie  (after tummy tuck). Gimme that extra flabby parts'.

Wednesday, April 10, 2013

Oh irony!


 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.
 
 
 
 

.

  
 
 
 

 
 


Nuffnang ads

My Heartbeat