Monday, April 1, 2013

Kering kringgg kringgg

Hamboii..nampak gambar ke'mulusan' ni... terang je bijik mata. Dan-dan klik nak baca ye?
Hehehe.
Cer tengok balik betul-betul.



Actually gambar ni takde kena mengena dengan tumit aku yang tak-berapa-nak-mulus tu.
Sebab aku masih tak dapat buang tebiat buang tabiat aku menghiris tumit. Macam makin kritikal pun ada. Aku rasa macam 'something' dalam tumit tu menggeletek-geletek tumit aku.
Sampai aku terfikir... ada jugak aku operate sendiri ni kang.


Aku perasan, kulit akan jadi prone to itchiness when it is too dry.
Especially bila kuku dah nak cukup seminggu umurnya. Sementara nak tunggu Jumaat (untuk dipotong) tu, memang sedap je menggaru.

As for me, selalu kulit aku (muka) jadi keriiiing sangat-sangat masa pregnant. Tapi bila kat sini summer terik sangat, dan bila winter pun sejuk sampai-berkira-sejuk-nak-sapu-losyen, maka teori KULIT KERING TANDA AKU MENGANDUNG itu dikira sebagai busted myth la.Haha.

 
So far, untuk dry skin.. korang jangan la bagi kat aku losyen yang branded dan wangi-wangi. 
Sebab aku ada ideologi bahawa 'losyen/cream yang wangi tu kurang powernya'. Aku assume, diorang dah bubuh ingredients untuk bagi wangi (fragrance), so diorang terpaksa kurangkan moisturizing ingredients (e.g. lanolin or such) to control the price. Kalau diorang buat losyen/cream yang effective dan wangi, mesti harganya jadi mahal umpama cincin berlian 24juta. 

Okay, tak lawak.


So, as a solution, I have always relied on sorbolene. Tak kira la sorbolene lotion ke.. sorbolene cream ke... sorbolene body wash. Mana-mana la... asal sorbolene.




The bestest thing is... it acts not only sebagai losyen untuk lembabkan kulit. 
You can also use it for nappy rash, skin rash and sunburn.
Untuk shaving pun, tak payah nak beli Gilette foam, guna je sorbolene ni. 
My latest favourite function of this sorbolene thingy is as a makeup remover. Lumur-lumur je kat muka yang dah seharian berbedak, berminyak... then wipe dengan tisu/ paper towel. Voila! Your skin is dirt-free but still moisturized!






Again, as I said, bau losyen berkadar songsang dengan keberkesanan. 
So bau sorbolene cream/lotion ni takde la wangi sangat. Tapi takde la bau macam longkang. Just natural bagi aku.

Masa Dr S datang ke Aussie summer aritu, her skin became very dry, so aku recommend la Sorbolene ni. Dia pun suka, sebab memang cepat nampak hasilnya.
Dan memandangkan my Enya Sorbolene cream pun dah abis, aku pun angkut sebotol lagi, sebab masa tu kat Coles cuma AUD4 untuk botol besar 1 liter.



Cuma masa kat Malaysia dulu (masa preggy), aku cari benda alah ni kat farmasi, humang aii..mahal nak mamf. Sudahnya aku tak beli.
Masa tu harga dia RM21 (kalau tak silap), walhal masa aku mula-mula kenal sorbolene ni, aku beli AUD2 je, which is about RM6 
:P
 
Tapi tak kisah la kan, sebab kulit kering masa aku pregnant dulu, memang takde ubat. Lepas beranak je... terus tak kering dah. Pembawak budak je kot. Patut la anak-anak aku gebu dulu (3.75 and 3.54kg), diorang dah sedut kelembapan dan kegebuan kulit aku ropanya!



p/s:
Review ni tak berbayar ye. Kalau Redwin atau Enya tetiba bagi duit kat aku, confirm aku buat kenduri pisang.

p/s/s:
Jangan pandang lekeh dengan kenduri pisang kat Aussie ni. Pisang mahal wehhh... musim sekarang ni AUD4 sekilo (pernah jejak AUD15 sekilo masa banjir kat Queensland <--the main producer), so orang kaya je mampu berkenduri pisang. Wakakaka



8 comments:

  1. Kalau la hang post awai sikit, pasti aku buat pilihan bijak. Aku tgk Enya td murah tp sbb aku slalu tertipu dgn kewangian body wash & lotion maka aku pandang sepi ja. Lagi bole jimat dr dok beli Johnsons Face Wipe utk remove make up. Thanks Is..

    ReplyDelete
  2. Thanks. Sebab sume masalah yang ko bentang kat atas tu, telah dengan jayanya menimpa aku. Yet to find the solution! Haha dah jumpa!

    ReplyDelete
  3. kalau murah aku jumpa kat sini leh la aku beli. berkira..hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tapi kalo kau beli mmg x nyesal Eliss. Agak2 kaya skit nanti..try la

      Delete
  4. Replies
    1. utk eczema xsure la pulak. kena check senarai ingredients la.

      Delete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat