Thursday, April 18, 2013

Introducing Hari Bercakap BM :P


Aku ada obsession sikit terhadap bahasa. Okaylah...'obsessed' might sound too much. 
Aku suka. Aku suka belajar bahasa. Setakat ni yang dalam list aku cuma BM, English, Arabic, Bahasa Indonesia. Ada la grasp sikit-sikit Korean. Bahasa Jepun tu boleh la takat menyanyi lagu Mirae sampai abis.

Okaylah... bahasa lain tu maybe kurang kita guna, kita cerita pasal English la.
Betapa aku nak suruh (ex)students aku kuasai English, sampaikan bila diorang tanya soalan dalam BM masa kelas, aku akan gedix-gedix jawab "Sorry, I dont understand Malay."
Wah, kau...bajet "I sound stupid when I speak Malay" gittew! Meluat tau.

Bukan la aku yang hidung penyet dan berkulit tan-ala-Latina (iyolah tu) ni tak reti BM. Saja je nak encourage diorang cakap English. Dah mengajar pun in English. Exam nanti pun jawab in English jugak. So, alang-alang bertanya tu, biar la in English.

The same goes to my kids.
Aku encourage Lil Adam cakap English dari kecik. Bila dia banyak bercakap BM lepas sebulan bersekolah kat Little Caliph dulu, aku tanya kat teachers dia... rupanya amongst kids memang diorang suka cakap BM, walaupun dengan teachers diorang cakap English.


Bukan la 'kerek' ke, apa ke. Tapi sebab aku nak dia exposed dari kecik, sebagai persiapan sebelum datang ke Aussie (last year), supaya dia tak terasa aliennya bahasa penjajah tu.
Dan manalah tau esok-esok dia nak interview kerja ke, senang nak impress the interviewers. Eh, Lil Adam dah nak keje ke? Hahaha. Poyo!
Lagipun, esok-esok takde la dia tahan kencing semata-mata sebab tak reti cakap "Teacher, may I go out please" masa cikgu tengah mengajar. Macam aku dulu, takut giler nak mintak excuse pegi ke toilet masa hari Isnin (sebab hari Isnin adalah hari Bahasa Arab). Bila dah tereris tu, konfiden je nak mintak permission kat cikgu yang tengah mengajar. Dalam masa sejam, kalau nak keluar pegi b*rak 5kali pun boleh.Tapi kejadah apa pulak aku nak pegi banyak kali, kennn? Kang cikgu/ustaz/ustazah tu tanya kenapa nak pegi toilet lagi, mamfus aku nak jawab 'cirit-birit' dalam Bahasa Arab. Ekekeke.

Akan tetapi, setelah aku dengar kemelut anak-anak Melayu yang terpaksa berhempas-pulas menguasai bahasa ibunda apabila pulang dari luar negara....
(sila impress dengan penggunaan kosa kata aku dalam ayat BM lengkap. wtf)
Anyway, bila aku tengok jenuh budak-budak Melayu yang struggle bila balik Malaysia, kena belajar BM... aku jadi cuak.

Takut bila eja 'kucing'... sebutannya jadi macam 'cooking'.
Risau kalau perkataan 'gotong-royong' pun dia tak tau apakebendanya tu.

Takut jadi macam ni...



Maka aku telah melancarkan HARI BERCAKAP DALAM BAHASA MALAYSIA kat rumah.


Ni semua gara-gara aku sakit hati bila dengar, anak Abang Azul kena tiaw dek cikgu low mentality bila balik bersekolah kat Malaysia "Baru berapa tahun duduk oversea, dah nak berlagak tak reti cakap Melayu."

Kalau anak aku yang kena sound macam tu, tau la cikgu tu aku hadap.

Anyway, Hari Bercakap Dalam Bahasa Malaysia di rumah aku adalah pada hari Sabtu.
So, tiap-tiap hari Sabtu, Lil Adam akan 'tershashul-shashul' cakap English.
Minggu pertama aritu, bila aku suruh dia cakap Melayu, ada ke patut dia jawab "I don't know how to speak Malay."

Ahhh...sudahhh.
Mampuih aku nak jawab kat MIL esok-esok.
Dulu, dia dah bising dah "Kau tu, ajar la Adam cakap Melayu. Esok-esok ni, dia tak reti cakap Melayu pulak."
Tapi aku jawab "Alaa...relax la, Mak. Anak saya tu orang Melayu, reti la dia nanti."


So, amacam bila dah abis baca entry ni... ARE YOU ENJOYS? OR ARE YOU 'BORING'? 
Wakakaka
(#orang yang faham je akan gelak bila baca ayat last ni)

5 comments:

  1. apa sambungannya sis? dapat ke idak adam spekaing melayu tu?

    ReplyDelete
  2. Fathini & Hafizah dulu pun mula2 balik Msia bermasalah jugak nak cakap Melayu. Masa tu Fathini 5 thn, Hafizah 3 thn. Tapi kejap je diaorg pick up BM. Skrg dah laju jer cakap Melayu & boleh terus buat code switching from BM to English. Bagus juga ada hari bercakap BM tu. Kurang2nya Adam & Adib tak terkejut sgt nanti bila balik.

    ReplyDelete
  3. kereknya cikgu tu. padahal dia yg x paham accent english budak tu. jeles la tu hahhaa

    bagus ajar diorg BM kat umah. aisyah sebut kucing, 'kuncing' hr tu. dah ingt dia nak kencing hihih (my last entry kat blog). x sempat update2 lg for a few days dah :P

    tp x pe la, kuasai dua2. lambat laun dpt jgk dah duk bumi msia ni, tu i x heran sgt. hopefully our children wont lose their english once dah balik, tu lbh mencabar

    ReplyDelete
  4. Budak lagi 'kot'! Tu pun nak menyindir tahap gaban. Kalau Adam kena, aku nak join force hadap cikgu tu juga. Eh emo?

    Belle, jom Annyeonghaseyo. Lagho sungguh aku ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak Bie. ko jgn la bagi aku jeles...ajak Annyeongaseyo pulekkk

      Delete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat