Wednesday, April 3, 2013

Pernah korang fikir kenapa asyik korang je?

Lately aku rasa pelbagai onak ranjau berliku sungguh dugaan aku. Lepas satu, satu.

Semalam dapat berita MrHubby kena saman ($83) sebab park dekat depan sekolah. Hakikatnya dia tengah queue untuk park kat curb yang lebar tu untuk drop Lil Adam depan sekolah. Signal dah bagi, dan tak keluar dari kereta pun. Bongok betul diorang ni.

Kereta kitorang tu pun dah tiba masa nak kena service dan buat balancing/alignment sekali. Tak tau la berapa pulak kos kali ni.
Nasib baik dalam keghairahan menengok A160 aritu, kitorang decide tak jadi beli. Kalau beli jugak, harus la nanti orang ingat kitorang jenis gila kereta (beli 3 kereta dalam masa 9 bulan?), walhal kat Malaysia dulu kitorang hidup dengan satu kereta je. Sekian lama cuba bertahan daripada beli lagi satu kereta, sebab memang dah plan nak study PhD abroad. Rugi kalau jual balik kereta, bcoz it's a liability, not an asset pun.

Itu belum mention lagi pasal kena pedajal dengan Melayu sendiri (memang tak harus hidup dengan prinsip 'tolong Melayu'!)

Semua makan duit.

Lepas tu, aritu agent rumah aku bodo pulak, pegi biar tuan rumah potong letrik. Sedangkan aku dah cakap Energy Australia akan reissue the next bill atas nama aku. Tapi dasar bengap tu... dia pegi cut-off jugak. Katanya dia dah email aku since Monday, tapi sampai Thursday aku tak terima.
Maka, mendapat la aku dua hari hidup takde letrik. 
Aku takpe lagi... boleh lari pegi ke uni. Laki aku dengan anak-anak la jenuh. Nasib baik dapur guna gas, so boleh la jerang air untuk buat mandi. Kalau tidak, menggigil-gigil la mandi style Bujang Lapok.


Banyaknya obstacles.
Cuma nasib baik je urusan PhD aku takde masalah..berjalan lancar. At the moment la.

Semak kepala aku.
Apa kejadahnya lah semua ni? Why me?
Nampak semua kecik je, tapi... bila dah bertapuk-tapuk one after another, berakai la jugak. 

Kerap aku fikir. 
Dan sering aku terdetik....

"Apalah dosa aku sampai banyak sangat dugaan macam ni?"

Hahaha. Tak sedar diri betul. Sekali kalau Tuhan jawab siap dengan senarai dosa-dosa aku, mampus aku terkulat-kulat.

Hmm... maybe sebab aku ada dedah aurat?
Maybe sebab ada perasaan riak bila buat kebaikan?
Atau sebab solat bukan awal waktu?

Itu yang aku terfikir la. Dan yang aku mampu nak list down kat blog ni.
List lain tu, aku simpan dalam kepala aku je la. Malu, banyak sangat dosa.






Maybe itu cara kaffarah untuk dosa-dosa aku. Sebagai peringatan untuk aku supaya tak terus alpa.
Malas la nak ulas panjang.

Aku dah paham sangat orang kita. Kalau kita pakai elok sikit dari hari biasa pun, boleh tersenyum-senyum kambing ingat kita baru balik dari Mekah... harus la kalau aku buat ayat alim sikit (walaupun sekadar untuk muhasabah diri sendiri), terus cop aku jadi ustajah Abby Abadi. 
Melayu betul!

 
Tapi syukur la kan. 
Lebih baik aku ada perasaan untuk muhasabah diri macam ni, daripada aku dok syok buat dosa takhengattuhan. Tau-tau je Allah tarik nikmat yang lagi besar.
Naya!


11 comments:

  1. hehe.. i senyum je baca ur entry. lately, i rasa mcm byk satu mcm jgk obstacles yg melanda diri ini. rindu plak rasa nak lari balik plymouth, walhl obstacles tu di mana2 aje (dugaan yg byk related to adjusting to new life in msia skang ni). on top of that, 15 bottles of my 3.5oz EBM cair, coz somebody tutup pintu freezer x rapat (nobody ngaku, ni di rumah mak, ramai rakyat di sini). but Alhamdulillah ada lg stash dkt my own house. cuma I just felt like how u described it, 'Why me?!?' sampai la Hubs nasihat2 sket, br la rasa, sket sgt je dugaan ni, nikmat yg Dia bg lg x terhitung. hang in there Is! (this goes to me too sbnarnya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I wish u all the best, Oyis.
      psl EBM tu, sabar byk2 ye. i faham sgt..sdgkan 1botol pun i boleh mengamuk satu pejabat dulu..ni kan pulak 15botol.

      take it as peluang utk kita reflect balik what have we done.

      Delete
  2. kaffarah dosa-dosa kecil kita kan, kalau kena kat sana nanti, lagi azab kan.semoga semuanya baik2 saja. aku pulak nayla naik gatal2..kecik lagi, tadak dosa kan, mungkin kaffarah dosa mak bapak dia...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu s3mua utk kita reflect diri.bukan utk kita blame diri sendiri je tau

      Delete
  3. Aah aku kalau da banyak benda semua went against me...terus tengok cermin, "Padan lah muka, kumpul dosa lagi". Hahaha saiko waktu tu je. Bila da settle sume problem, probability lupa diri memang tinggi. Ish!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 la kita rajin istighfar dan saling remind each other ye Bie.

      Delete
  4. elok juga peluang muhasabah diri... semoga dipermudahkan segala urusan, yang dah sudah tu sudah la ekk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.ada baiknya jd mcm ni. Kalo x..asyik seronok ja. Nak bersyukur pun lupa

      Delete
  5. With havin so much written content do you ever run into any problems of plagorism or copyright violation?
    My site has a lot of exclusive content I've either authored myself or outsourced but it looks like a lot of it is popping it up all over the internet without my permission. Do you know any ways to help stop content from being ripped off? I'd really appreciate
    it.

    My weblog; cedar finance trading

    ReplyDelete
  6. mmg ada pernah terfikir. sbb tu rasanya byk ujian kan, kita ni selalu lalai. (dok peringat diri sendiri juga ni)

    ReplyDelete
  7. Selalu rasa macam tu...hurmmmm...muhasabah diri jap ☺☺

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat