Monday, April 29, 2013

Harumnya malam Jumaat eh malam Isnin

Bagi orang-orang dah kawen, pakai harum wangian ittew tak semestinya hanya pada malam Jumaat. Semalam, lepas penat balik dari Harbourtown dan layan tetamu datang rumah jap, aku dan MrHubby pun masuk bilik untuk tidur awal. Almaklumlah malam Isnin, esoknya kan nak keje, tak payah la tengok TV. #alasan.

Macam biasalah... pantang tengok aku duduk dekat dengan ayah diorang bersembang kosong, mesti nak menyelit jugak. 
Masa tu ada la bau wangi-wangi sikit, tapi kitorang buat derk je.

Sampai la aku bangun nak gi bilik air. 

Dan...aku tengok kat hallway....



 
Penuh dengan taburan bedak talkum!!!
Suci dalam debu gittew.

Ni tak lain tak bukan, ni mesti kerja budak si tepung gomak ni la. Entah bila masa dia tabur suri-ram-ram-ram pun tak tau la.

Aku naik geram, tapi nak tergelak pun ada.

So, aku pun panggil dia "Adiiiiib.... who did this?"

Muka dia terkulat-kulat. Takut aku marah le tu.
Aku pandang je muka dia. Tak marah.


Tiba-tiba, dia gi amik baju dalam laundry basket... dan start menggonyoh karpet tu.

Oooo...dia nak bersihkan balik rupanya.
Pandai pun lap sendiri!!!





Segenap tompokan bedak yang dia tabur tu dia kibas-kibas dengan baju tu.
 


  Terduduk kepenatan

Haih la Bearbear Tomeyto...
Lain kali, kalau buat lagi, kena clean up sendiri macam ni jugak!!!




p/s:
Ada yang ingat ni entry pasal cerita 18SX ke? 

3 comments:

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat